Tuesday, 19 February 2013

Wanna Do A Good Deed? Let's Sedeqah !!

  Sedekah merupakan sesuatu perkara yg amat disukai Allah S.W.T serta Rasul-Nya.. Kebanyakan manusia di dunia ini (terutamanya orang Islam) menganggap bahawa sedekah itu hanya MEMBERI WANG/BARANG kpd orang2 miskin.. Itu adalah SALAH SATU cara utk bersedekah tetapi sedekah ini amat LUAS maknanya.. Sedekah ini BUKAN sahaja kpd orang miskin atau fakir miskin tetapi kepada sesiapa sahaja. Sedekah ini bermaksud MEMBERI sesuatu yg dapat menyenangkan/meringankan beban seseorang. Tenaga yg kita ada ini jikalau digunakan utk menolong orang seperti menolong orang buta melintas jalan juga boleh dikira sedekah. Pernah dengar ayat ini? :
"Senyum Itu Satu Sedekah"
  Ayat ini menyatakan jikalau kita SENYUM dengan ikhlas kpd seseorang juga boleh dikira sedekah.. Maka Lakukanlah Sesuatu Yg Dapat Meringankan Beban Seseorang.. Berikut adalah hukum2 sedekah :

SUNAT : Bersedekah kpd orang2 Islam yg memerlukan bantuan (wang, tenaga, dll)

HARUS : Bersedekah kpd orang2 bukan Islam yg memerlukan bantuan (seperti menderma kpd orang2 bukan Islam yg ingin membuat kebajikan dan sebagainya)
(Tetapi LEBIH AFDAL Menderma Kpd Orang Islam Dahulu)

HARAM : Apabila kita bersedekah kpd orang2 bukan Islam/Islam yg ingin menggunakan benda yg kita sedekahkan ke arah yg Haram seperti membeli arak, zina dan sebagainya ataupun kita mendermakan benda2 yg Haram.

(Sumber : Kemah Keming UAI Ep. 2)

Tetapi bersedekah juga ada syaratnya.. iaitu yg Pertama, Tidak Berniat Menunjuk-nunjuk (seperti derma kerana inginkan publisiti) yg Kedua, Menderma Dengan Benda2 Yg Halal (Bukan dari sumber haram atau benda haram seperti Rasuah). Tetapi dibolehkan sedekah dan diterbitkan di akhbar2 atau di kaca2 televisyen JIKALAU seseorang Pemimpin itu ingin menunjukkan kpd rakyat bahawa dbeliau menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin kerana tidak ingin ditimbulkan fitnah oleh rakyat.
Maka bersedekahlah dgn Niat Yg IKHLAS, Tidak Menunjuk-nunjuk, Kerana..

Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a, katanya Rasulullah S.A.W Bersabda :
"Bersedekah Secara Sembunyi 'Memadam' Kemarahan Tuhan"
(Riwayat Al-Tabrani)

(Sumber :Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 110)

Maka, Dermalah Secara Ikhlas Kerana Mungkin Manusia Tidak Melihatnya Tetapi Yakinlah Bahawa Allah S.W.T 24/7 Melihat Amalan2 Kamu Dan Allah S.W.T Jugalah Yg Bakal Membalasnya Berkali-kali Ganda, Tidak Di Dunia, Di Akhirat Pasti.. InsyaAllah dan Wallahualam.. =)

No comments:

Post a Comment