Apabila kita sebut je pasal CINTA, huish kemain lagi.. Lagi2 buat remaja.. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa kebanyakan remaja di bumi Malaysia ini sedang bercinta.. Kalau tak pun, ada PERASAAN SUKA terhadap seseorang.. Alaa, ini perkara biasa je buat semua yg sedang meningkat ke alam remaja atau yg sedang menjadi remaja.. Dalam Islam, cinta bukanlah satu HALANGAN.. Nak bercinta?? Bercintalah.. TETAPI ada syaratnya.. Mu ingat takdo syarat?? Ada, ok?? Syarat2nya?? Ni dia.. level2 siapa yg sepatutnya kita cintai dahulu..
1) ALLAH S.W.T > Kerana Dialah Pencipta kita.. Dan Dialah yg MENGUASAI alam semesta ini.. Segala gerak-geri kita adalah kerana keizinan-Nya..Tanpa rasa cinta terhadap-Nya, terbaliklah kehidupan kamu.. Apa2 DOA & NIAT kita, Dialah yg mengabulkannya, InsyaAllah, dan BUKANnya orang lain. Kerana Dialah TUHAN kita dan Dialah yg SATU..
(Utk mencintai Allah = Sentiasa Melaksanakan Perintah-Nya & Meninggalkan Larangan-Nya)
2) RASULULLAH S.A.W > Baginda merupakan KETUA UMAT akhir zaman.. Siapa umatnya?? KITALAH!! Kerana kelahiran bagindalah, banyak pecah-belah, kekeliruan, dan sebagainya DAPAT DISELESAIKAN.. Baginda bukanlah tuhan TETAPI UTUSAN Allah S.W.T yg diamanahkan oleh-Nya untuk membantu orang2 akhir zaman ke JALAN yg BENAR. Ada 2 benda yg ditinggalkan oleh baginda setelah wafat.. iaitu Al-Quran & Hadis2..
(Utk mencintai Rasulullah = Sentiasa Mengamalkan Sunnah & Berselawat Ke Atas Baginda)
3) DIRI SENDIRI > Ada satu pepatah yg berbunyi.. "How Can We Love Others, When We Don't Love Ourselves??" Others di sini TIDAK termasuk Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W kerana apabila kita mencintai mereka lebih drpd diri sendiri, InsyaAllah kita akan cintai diri kita juga.. Apabila kita mencintai orang lain melebihi diri sendiri, nescaya hidup kita tidak akan dalam keadaan tenteram (kecuali mencintai Allah & Rasul-Nya)
(Utk mencintai Diri Sendiri = Sentiasa Berusaha Utk Memajukan Diri Utk Dunia & Akhirat)
4) i) IBU BAPA > Merekalah yg menjaga, membesarkan kita.. Kasih Sayang mereka TIDAK TERNILAI.. Kasih sayang orang lain TIDAK SETINGGI mereka.. Sayangilah mereka selagi mereka masih bernafas di dunia.. Jangan menyesal apabila mereka sudah tiada.. Derhaka seorang anak terhadap ibu bapa akan DIBALAS di DUNIA & AKHIRAT.. (Jikalau seksaan di dunia dah teruk.. apatah lagi di neraka, betul tak??)
(Utk mencintai Ibu Bapa = Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Mereka & Berusaha Utk Membuat Mereka Gembira)
ii) SUAMI > Ini adalah WAJIB bagi seorang ISTERI.. Kerana Syurga di bawah tapak kaki suami.. Seseorang isteri WAJIB mendengar kata2 suami (kecuali jika arahan suami melanggar perintah Allah S.W.T) Tidak ada keberkatan jikalau seseorang isteri itu bersikap buruk terhadap suami.. Terimalah KELEBIHAN & KEKURANGAN seseorang suami dgn hati terbuka.. Utk kekurangan suami itu adalah UJIAN Allah S.W.T , maka berusahalah utk mengubahnya.. InsyaAllah.. CINTA tehadap SUAMI adalah UTAMA SEBELUM ibu bapa (setelah seseorang perempuan itu telah berkahwin) Utk Suami pula, CINTA terhadap IBU BAPA adalah UTAMA sebelum ISTERI..
(Utk mencintai Suami = Sentiasa Melayan Suami Dengan Penuh Kasih Sayang & Mendengar Kata2nya)
5) GURU-GURU > Mereka ini diibaratkan Ibu Bapa KEDUA setelah ibu bapa sebenar.. Mengapa?? Ia adalah kerana mereka merupakan PENDIDIK kita yg memberikan ILMU kepada kita.. Tidak kiralah sama ada ilmu duniawi atau ilmu akhirat.. Guru2 ini ada yg BAIK, LEMAH LEMBUT, tetapi ada juga yg GARANG.. Tetapi jikalau kita lihat sedalam-dalamnya, garang mereka itu adalah utk mendidik kita supaya menjadi orang yg berguna di masa hadapan, InsyaAllah.
(Utk mencintai Guru2 = Sentiasa Menghormati & Mengamalkan Ilmu Mereka)
6) BFF/BF/GF > Haa.. No 6 nilah yg ramai suka sangat.. Namun, adakah kamu meletakkan mereka di No 6 atau kamu sebenarnya meletakkan mereka di atas lagi?? Rasanya ramai yg meletakkan mereka di atas lagi. Sebenar-benarnya utk mencintai seseorang (Bf/Gf) boleh CUMA jaga BATAS2 PERGAULAN.. Tapi ramai yg berpegang-pegang, berpeluk-peluk, bercium-cium, malah BERZINA!! Astarafirullah.. Sebab tulah banyak kes pembuangan bayi berlaku.. Tahu ataupun tidak kpd penzina2 yg membuang bayi, mereka telah melakukan 2 KESALAHAN iaitu BERZINA dan MEMBUANG BAYI.. Orang sebegini sePATUTnya DIBUNUH sahaja (kecuali yg betul2 bertaubat). Ramai perempuan yg hamil di luar sana MENYESAL dgn perbuatan mereka.. well, Nasi Sudah Menjadi Bubur.. Nak menyesal pun selepas melakukannya?? Hmm.. No comment on that one.. Anyway.. Kalau yg sedang bercinta tu, TAK PAYAHlah SMS/CALL selalu.. skali skala cukup.. dan TAK PAYAHlah DATING.. kerana lebih baik dating LEPAS NIKAH.. Kepada yg berdating tu, JAGA BATAS PEGAULAN.. HARAM berpegangan tangan (apatah lg yg lain2).. Senang cerita kalau bercinta tu DIAM2 sudah.. tak payah laa nak kecoh2 kat orang lain, fb, twitter dan sebagainya.. Cintailah Seseorang Itu Kerana Allah S.W.T.. Bila?? LEPAS NIKAH... =D .. Tahu ataupun tidak.. BFF atau Best Friend(s) Forever sebenar-benarnya LEBIH MEMAHAMI drpd BF/GF.. I'm seriously serious..
7) RAKAN-RAKAN > Setiap manusia pasti ada rakan mereka yg tersendiri.. Cuma kawan ni bermacam ragam.. ada yg BAIK dan ada yg KURANG BAIK.. Maka pandai-pandailah kita mencari rakan yg dapat MEMBIMBING kita ke jalan yg benar.. Bukan senang utk cari kawan mcm ni, tapi kenalah berusaha.. Betul Tak?? Jikalau kawan kita itu seorang yg kurang baik (suka hisap dadah, merempit, etc), ELAK2kanlah kerana takut suatu hari nanti kita akan terpengaruh dengannya) Carilah rakan yg baik, InsyaAllah baiklah budi pekerti kita.. InsyaAllah..
(Utk mencintai Rakan2 = Tidak Menyakiti Hati Mereka & Sentiasa Menolong Mereka Di Saat Susah)
Jadi, sudah tahu siapa yg sepatutnya kita mencintai dahulu dan seterusnya?? Maka kepada yg sedang bercinta tu, JAGALAH BATAS2 PERGAULAN.. Jauhi Maksiat.. JAUHI ZINA.. Dan sekuel inilah yg perlu dielakkan..
(Pegang Tangan > Pegang Bahu > Pegang Pinggang > Peluk > Cium Pipi > Cium Mulut > ZINA)
BAHAYA!!! Dimurkai Allah S.W.T !! Tak Takut Balasan-Nya Yg BENAR itu ke??!! Kpd yg sudah terlanjur tu, Subhanallah.. TAUBATLAH!! Sementara Pintu Taubat Masih Terbuka!! Jgn Tunggu Saat Mati Kelak!! Allah S.W.T itu MAHA PENYAYANG & MAHA PENGAMPUN.. Igt tu!!


No comments:
Post a Comment