Thursday, 21 February 2013

Menjejak Langkah Rasulullah S.A.W #7

Dari Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah S.A.W bersabda :
""Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti."

(Sumber : Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid III > m/s 27 ..
                 Ada juga pada Buku Rekreasi Hati 101 > m/s 6)

Keterangan : Setiap Muslimin dan Muslimat di muka bumi ini adalah BERSAUDARA.. Tidak kiralah yg baik atau yg jahat.. Apabila kita bersaudara, maka hendaklah kita menjaga maruah kita dan mereka.. Tugas kita sebagai Muslim terhadap Muslim yg lain ialah MENOLONGNYA di waktu susah, MENUTUP RAHSIANYA atau AIBNYA, MENJAGA batas2 pergaulan, MEMBIMBING mereka2 yg di jalan yg salah kepada JALAN yg BENAR, kerana Allah S.W.T akan membalas kebaikan kepada kita berkali-kali ganda di dunia & akhirat.. InsyaAllah.. Setiap manusia melakukan kesilapan, maka JANGANLAH kita gelakkan/menghina kesilapan/kesalahan mereka kerana kita juga TIDAK SEMPURNA.. Jikalau mereka melakukan kejahatan/kesalahan, TEGUR2LAH mereka dengan cara yg baik.. Tegur juga ada caranya,, Ada tegur yg membawa kpd PAHALA tetapi ada juga yg membawa kpd DOSA.. Tegur yg membawa kpd pahala ialah menegur mereka SECARA BAIK, NADA RENDAH, dan mempunyai TATATERTIB dan ADAB.. Manakala tegur yg membawa kpd dosa ialah MENENGKING-NENGKING mereka (lebih2 lagi di khalayak ramai), MARAH tanpa soal selidik, TIDAK menjaga ADAB, MENGHINA mereka dalam teguran dan sebagainya.. Ingatlah bahawa mula2 tegurlah melalui PERCAKAPAN, jikalau tidak mampu, tegurlah melalui PERBUATAN, dan sekiranya memang tidak mampu, maka tegurlah melalui HATI.. Nescaya Allah S.W.T akan mendengar rintihanmu.. Wallahualam.. =D

No comments:

Post a Comment