Thursday, 28 February 2013

Have A Great Week With Surah Al-Kahfi !! =D

  Ramai orang berfikir bahawa pd malam Jumaat adalah afdal jika baca surah Yaasiin.. Tetapi hadis yg mengatakan tentang bacaan Surah Yaasiin pd malam Jumaat adalah jadis dha'if. Maka tidak kuat utk kita berhujah tentang bacaan Surah Yaasiin pd malam Jumaat.. Kerana bacaan Yaasiin bila2 pun ada kelebihan dan keberkatannya, InsyaAllah.. Tetapi surah yg AFDAL dibaca pd malam Jumaat ialah Surah Al-Kahfi.. Kerana..

Daripada Abu Said al-Kudri daripada Nabi Muhammad S.A.W. Baginda bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat."
(Hadith direkodkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim)
 

Surah Al-Kahfi adalah surah ke-18 dlm Al-Quran dan mempunyai 110 ayat..  Maka mulalah amalkan Surah Al-Kahfi ini pd setiap malam Jumaat.. Dengan keikhlasan hati dan bacaan tajwid yg betul, InsyaAllah ganjaran yg tidak terkata akan datang kpd kita.. Tidak di dunia, di Akhirat pasti.. Wallahualam.. =)

(Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat > m/s 107)

No comments:

Post a Comment