Monday, 25 February 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #8

Dari Al Barra' r.a, Katanya :
"Nabi S.A.W memerintahkan kami dengan tujuh macam perintah, dan melarang kami dengan tujuh macam larangan. Baginda memerintah kami :
1) Mengiringi jenazah
2) Mengunjungi orang sakit
3) Memenuhi undang
4) Menolong orang yang teraniaya
5) Membaikkan sumpah
6) Menjawab salam, dan
7) Mendoakan orang yang bersin,
Baginda melarang kami memakai bejana perak, memakai cincin emas, dan memakai berbagai macam sutera.

(Sumber : Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid II > m/s 63-64)

Keterangan :
(1) Apabila kita mengiringi jenazah, selalunya kita akan rasa sedih dan takut kpd Allah S.W.T. Maka kita akan mendalami lagi ilmu-ilmu agama, bertaubat atas kesalahan yg sering dilakukan, melaksanakan perintah-Nya dgn lebih khusyuk, dan sebagainya.. kerana..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan (mati)."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 76)

(2) Apabila kita mengunjungi orang sakit, nescaya kita boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan si sakit.. Dan apabila kita ingin melawat, bawalah sedikit buah tangan.. Ziarahilah mereka yg sakit kerana...

Daripada Thauban r.a. , Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang memungut ganjaran dari syurga sehinggalah dia pulang."
(Riwayat Muslim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 198)

(3) Undang di sini bermaksud jemputan seseorang ke majlisnya (seperti bacaan tahlil, kenduri kahwin). Apabila kita dijemput, maka pergilah ke majlisnya jikalau kita mempunyai masa.. Biarlah sekadar datang sekejap dan ucapkan tahniah/takziah (bergantung pd majlis).. Itu pun sudah memadai.. Kerana selalunya yg menjemput kita ialah jiran2.. Maka kita boleh merapatkan lagi hubungan silaturrahim.. InsyaAllah..

(4) Setiap manusia pasti ada masalah.. Kadang kala masalah itu mendatangkan penganiayaan kpd seseorang itu.. Maka tolonglah si dia kerana Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W amat menyukainya dan pasti ada ganjaran yg tidak terhingga di akhirat kelak.. InsyaAllah.. kerana..

Daripada Jabir bin Abdullah r.a. , Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Setiap kebaikan adalah sedekah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 140)

(5) Dari Abdullah r.a., Nabi S.A.W bersabda :
"Barangsiapa yang bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja"

(Sumber : Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid III > m/s 74)

Kita mestilah mematuhi sumpahnya dan kalau langgar sumpah, dibayarnya kifarat sumpah itu.. Sumpah ini adalah satu perkara yg amat sensitif.. Ia diibaratkan seperti satu janji.. Sumpah ini dibolehkan tetapi hanya dengan nama Allah (seperti dalam hadis).. Selalunya sumpah ini lebih bagus dilakukan JIKALAU kita ingin mempertahankan sesuatu yg benar.. Tetapi seelok-eloknya kita berdiam diri sahaja jikalau kita tidak yakin atas sesuatu..

(6) Menjawab salam ini WAJIB (jikalau seseorang itu memberinya dengan betul).. Manakala memberi salam ini SUNAT.. Tetapi JANGANLAH kita mempermainkan salam (memberinya secara main2) kerana berdosa kita melakukannya.. Jawablah salam seseorang itu.. hanya SATU perkataan je pun.. iaitu "Waalaikummussalam".. itu pun susah sangat ke?

(7) Apabila seseorang itu bersin, Sunat membaca "Alhamdulillah". Dan siapa yg mendengarnya Sunat pula menjawab, iaitu membaca : "Yarhamukallah" (maksudnya : Semoga anda dikasihi Allah)..

>Rasulullah S.A.W MELARANG lelaki memakai bejana perak, memakai cincin emas, dan memakai pakaian bermacam sutera.. Kerana semua itu merupakan perhiasan wanita.. Jadi tak perlulah kita memakainya.. Pakai pakaian yg menutup aurat sudah laa.. kan?? Wallahualam.. ^^

No comments:

Post a Comment