Setiap manusia di alam ini pasti mempunyai liku-like kehidupan yg tersendiri.. Ada yg berjaya dan ada yg tidak.. Yg membezakan mereka ialah USAHA mereka utk membaiki diri atau memperbaikkan lagi diri utk mencapai sesuatu matlamat.. Itulah yg menyebabkan ada orang berjaya dan ada yg sebaliknya.. Maka dalam Majalah SOLUSI isu no 47, pd m/s 74-75, ada memberi sedikit tips n tricks utk memajukan diri yg diberi oleh Ahmad Fadzli Yusof (Professional trainer di RK Training and management. Lulusan ijazah sarjana muda dan sarjana di UIAM. Merupakan Certified NLP Pratitioner bertauliah drpd National Federation of Neuro Linguistic Programming, Amerika Syarikat). Tips2 beliau adalah : (keterangan adalah drpd diri saya sendiri)
1) MEMILIH ROLE-MODEL BERJAYA
Setiap drpd kita pasti ada idola masing2.. Sebenar-benarnya idola seseorang amat mempengaruhi mereka2 yg meminatinya.. Dari segi penampilan, pemakaian, cara bercakap dan sebagainya.. Maka pilihlah idola atau role-model yg dapat memberi inspirasi kpd anda utk menjadi lebih bagus kpd diri dan kerjaya. Bagi saya, idola yg terbaik adalah drpd kalangan pemimpin2 dunia yg memimpin dgn adil dan berjaya terutamanya pemimpin2 Islam seperti Khalifah2.. Tetapi pemimpin yg TERBAIK dan sepatutnya dijadikan idola setiap Muslim ialah.. Nabi Muhammad S.A.W iaitu Rasul yg terakhir.. =)
2) MEMBINA KEYAKINAN DIRI UTK MAJU
Keyakinan ini terbina atas pd inisiatif diri sendiri... Jikalau kita tiada keyakinan diri, maka mudahlah kita utk gagal.. Jikalau kita menemui sesuatu kegagalan, maka janganlah terlalu bersedih dan anggaplah bahawa itu merupakan ujian Allah utk kita BELAJAR DRPD KESILAPAN dan membaikinya dan tidak mengulanginya.. Maka KUATKANLAH minda dan hati utk yakin pd diri sendiri utk berjaya di dunia & akhirat kelak.. InsyaAllah..
3) SUKARELA UTK BEKERJA DGN YG TERBAIK
Selalunya di tempat kerja, pasti kita ada saingan yg hebat.. Iaitu seseorang yg dikatakan lebih hebat drpd kita.. Kadang kala sifat dengki dan iri hati pasti akan timbul, maka itu akan menyebabkan kerenggangan hubungan silaturrahim, amalan2 syirik (sihir) berlaku.. ELAKKANLAH!! Bagaimana? Tunaikan kewajipan sebagai Muslim, tingkatkan daya usaha, DAN bekerja serta berkawan dgn yg terbaik.. Mudah-mudahan kita juga dapat menjadi seperti si dia atau LEBIH BAGUS drpdnya.. InsyaAllah..
4) BANYAK MEMBACA
Tidak perlu melakukannya kerana rasa terpaksa.. Tetapi lakukanlah kerana ingin meningkatkan pengetahuan.. Bacalah sesuatu yg berfaedah pada MASA LAPANG utk meningkatkan ilmu pengetahuan.. Bacalah komik2 sekadar ingin menghiburkan hati dan menghilangkan stres.. Tetapi kadang kala membaca komik juga dapat memberi idea2 bernas supaya kita meningkatkan kualiti sesuatu kerja kita..
5) SERTAI SERTA FOKUS PROGRAM2 LATIHAN
Program2 sebegini sering kali disiarkan di akhbar2 atau di rancangan2 di televisyen.. Maka ambillah peluang sebegini supaya kita menjadi lebih baik drpd kita yg sebelumnya.. Dan apabila kita menyertai program2 sebegini, FOKUSLAH pd setiap apa yg diperkatakan oleh penceramah kerana mereka ada "key-word" utk jawapan anda..
6) BERFIKIR UTK MENGGANDAKAN KEBAIKAN DAN KECEMERLANGAN
Allah S.W.T telah kurniakan setiap manusia anugerah yg paling berharga.. iaitu AKAL FIKIRAN.. Ia dicipta-Nya adalah supaya kita dapat berfikir tentang BAIK BURUK sesuatu, MENGKAJI ilmu2, dan sebagainya.. Maka janganlah kita "membuang" akal kita begitu sahaja.. Janganlah kita MALAS BERFIKIR.. FIKIRLAH sedalam-dalamnya kerana kadang kala buah fikiran kita BOLEH menjadi "emas" kepada kerjaya kita.. InsyaAllah.. =D
No comments:
Post a Comment