Friday, 22 February 2013

Awak Nampak Lebih Comel Kalau Auratmu Ditutup ^^

  Aurat, merupakan sesuatu yg WAJIB ditutup oleh setiap manusia terutamanya yg beragama Islam. Wajib ditutup drpd siapa? Ditutup drpd orang2 yg BUKAN MAHRAM kpd kita. Bukan aurat sahaja, malahan BATAS2 PERGAULAN juga. Kedua-dua ini wajib dijaga drpd orang yg bukan mahram. Utk kedua-dua jantina iaitu LELAKI & PEREMPUAN.. Lebih2 lagi perempuan kerana auratnya lebih ketat drpd lelaki.. Mengapa? Kerana perempuan ini ada kebolehan MENGGODA dan lelaki pula MUDAH TERGODA.. Dan perempuan juga lebih lemah drpd lelaki, sebab itu lelaki telah ditetapkan oleh Allah utk menjadi PEMIMPIN kpd perempuan.. Tetapi apa yg kita dapat lihat di sekeliling kita ialah perempuan jauh lebih ramai yg tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi dgn cara yg salah. Perempuan ini suka PERHATIAN drpd lelaki sebab itu setiap drpd mereka ada perangai "menggedik" walaupun sedikit (jgn mrah yew girlz?). Sebab itulah ramai yg berpakaian seksi atau menjolok mata. Dan kerana itulah kes2 rogol, zina, gangguan seksual berlaku dgn banyak sekali di negara kita. Had2 Aurat Utk Lelaki & Perempuan adalah seperti berikut :

LELAKI : Dari PUSAT hingga ke LUTUT (sebab itu JANGAN pakai baju "fit" kerana sewaktu kita bersolat dan melakukan rukuk/sujud, jikalau TERBUKA dari kawasan pusat, maka TIDAK SAH solat kita.. Maka berhati-hatilah)

PEREMPUAN (dgn bukan mahram) : SELURUH badan kecuali muka & tapak tangan
                         ( dgn perempuan Islam lain) : Dari PUSAT ke LUTUT

(Sumber : Buku Rujukan Pendidikan Islam SPM)

  Tetapi sekiranya kita telah berkahwin, kita (suami) BOLEH lihat isteri dari atas sampai ke bawah, dan isteri BOLEH melihat kita (suami) dari atas sampai ke bawah. Itulah NIKMAT PERKAHWINAN dan HALAL berjimak.. Perempuan ini tidak wajib pakai tudung, TETAPI WAJIB MENUTUP AURAT. Kenapa tak wajib pakai tudung? Contohnya :

> Pakai tudung tetapi PAKAI BAJU KETAT sehingga menampakkan BENTUK TUBUH BADAN, boleh? (TIDAK!)

> Pakai tudung tetapi PAKAI BAJU JARANG, boleh? (TIDAK!)

> Pakai tudung tetapi pakai baju LENGAN PENDEK, boleh? (TIDAK!)

 Dan seumpamanya...
Maka ada 4 syarat2 utk wanita MENUTUP AURAT :

1) Menepati Had2 Aurat (seperti dinyatakan di atas)

2) TIDAK menampakkan BENTUK TUBUH BADAN (pakaian LABUH)

3) TIDAK memakai PAKAIAN JARANG

4) TUDUNG atau penutup kepala yg MENUTUP BAHAGIAN DADA

  (Kata2 Ustaz Azhar Idrus)

 Sekarang ni MAKIN RAMAI yg sedang berusaha utk menyusuaikan diri dgn tudung (kpd yg dulunya tidak bertudung), Alhamdulillah.. Walaupun mungkin cara mereka itu ada salah sedikit.. Sekurang-kurangnya mereka sedang menyusuaikan diri.. Lebih2 lagi artis2 di Malaysia.. Alhamdulillah.. =) .. Tetapi ingat, SENTIASALAH berusaha mencari kesalahan dari segi pemakaian agar dapat menepati syarat2 dan had2 aurat.. Wallahualam.. Sebenarnya perempuan yg memakai tudung dan menepati had2 aurat sgt sejuk mata memandang, dan mereka kelihatan lebih comey gitu.. =D .. Betul dok? Alaa Tomei Tomei.. XD


No comments:

Post a Comment