Wednesday, 13 February 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #2

Dari Abu Qatadah As Salami r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :
"Apabila seseorang kamu masuk masjid, hendaklah menunaikan solat dua raka'at sebelum duduk"

(Sumber : Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I  >  m/s 158)

Keterangan : Solat dua raka'at yg dimaksudkan Rasulullah S.A.W ialah Solat Sunat Tahiyatul Masjid.. Solat ini boleh ditunaikan apabila kita menjejakkan kaki setiap kali kita ke dalam masjid.. Solat ini bukanlah khususnya ditunaikan hanya sewaktu Solat Jumaat.. tetapi seboleh-bolehnya SETIAP KALI kita masuk masjid dan SEBELUM DUDUK.. Jikalau solat sunat ini digalakkan Rasulullah S.A.W pastinya ganjaran pahala menguntungkan.. InsyaAllah.. Solat Sunat Tahiyatul Masjid ini adalah SATU-SATUNYA solat sunat yg BOLEH ditunaikan SEWAKTU KHUTBAH DIBACAKAN (Solat Jumaat).. Solat sunat selain solat sunat Tahiyatul Masjid adalah HARAM ditunaikan sewaktu khutbah dibacakan.. Tunaikanlah solat sunat ini seikhlas hati kerana ada keberkatannya yg tersendiri.. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment