Ada banyak perkara2 pelik akan berlaku sekiranya kita mengalami Akhir Zaman.. Perasan Tak bahawa makin lama makin banyak benda2 pelik berlaku.. Well, ini adalah seba sedikit benda yg berlaku dan SEDANG berlaku di akhir zaman...
1) Ucapan SALAM hanya diucapkan kepada orang yg rapat. Kadang kala tidak lagi kedengaran ucapan salam tp yg kita selalu dengar orng2 sekarang terutamanya Remaja menggunakan ucapan "salam" yg "istimewa" .. contohnya " Wassup Bro!!" .. " Yo!!Yo!!Yo!!" .. dan sebagainya.. Tetapi kurang memberi salam yg sebenar iaitu Assalamualaikum.. Dan ada juga yg memberi salam sebegini.. contoh .. "Salam" , dan yg paling BAHAYA ialah "Smekom".. Tahu tak, bahawa maksud Smekom dan seumpamanya ialah "Celakalah Engkau!!".. Senang cerita, bagilah salam yg sebenar iaitu Assalamualaikum kpd rakan2 di Fb, Twitter, Sms dan sebagainya
2) Masing-masing MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dan tidak peduli dengan orang lain.. Haa.. kalau yg ni selalunya kita boleh tengok di jalan2raya sewaktu memandu.. Perasan tak bahawa ada penguna jalanraya yg sedikit pun tidak mempedulikan nyawa sendiri dan orang lain.. Contohnya, memandu lebih drpd kelajuan yg ditetapkan, Tidak memberi 'signal', dan sebagainya.. Mementingkan diri laa tu..
3) Dengan JIRAN pun kita TAK AMBIL TAHU.. Tidak kenal dengan jiran sendiri.. Ajak ke 'open house' pun tidak dan sebagainya.. Hehe.. yg ni rasanya sesuai utk kebanyakan orang.. Berapa ramaikah yg KENAL jiran2nya di kawasan perumahannya? Tak ramai.. Kalau kenal jiran pun yg depan rumah, sebelah rumah je.. Itu pun kenal-kenal gitu je.. Betul tak?
4)Yang paling ditakuti apabila ada ibu-ibu yg "melahirkan" "tuan-tuan"nya, sebagaimana telah disabdakan Rasulullah S.A.W.. Hmm.. yg ni pulak.. Sudah banyak sangat kes Anak TINGGALKAN Ibu/Bapa/Kedua-duanya.. Ataupun menjadikan Ibu bapa sebagai "ORANG GAJI" yg tidak bergaji.. Astarafirullah.. Ibu bapa yg IKUT kehendak anak2/mentua2.. banyak tengok dalam dramakan? Tapi dlm "real life" pun ada.. banyak sangat.. Apabila Ibu bapa menghembuskan nafas terakhir, BARULAH nak minta ampun/maaf dan sebagainya.. Der, tak guna dah.. Mu jawab Esok Di Akhirat!!
(Sumber : Majalah SOLUSI Isu No. 47 > m/s 8 *tetapi ada tambahan2 drpd diri saya sendiri utk kesedaran orang ramai.. InsyaAllah*)
(Pesanan drpd diriku : Kepada anak2 yg sudah berjaya sehingga ke menara gading tu, JAGALAH kedua ibu bapamu sewaktu mereka masih hidup di dunia.. BERILAH kasih sayang sebagaimana banyak kasih sayang yg telah mereka limpahkan kepada kamu sewaktu kecil.. Ingat, tanpa jasa ibu bapa kamu.. Tidak akan berjaya kamu menjadi seorang MANUSIA yg cemerlang di dunia & akhirat.. Jangan fikir menjaga mereka itu satu bebanan.. tetapi fikirlah bahawa inilah masanya utk membalas jasa2 mereka sewaktu menjaga kamu.. Nescaya, Allah akan menggandakan pahala dan rezeki buatmu.. InsyaAllah)
No comments:
Post a Comment