Kebanyakan keluarga di Malaysia ini mempunyai Pembantu Rumah atau bahasa lainnya Orang Gaji.. Tugasan mereka ialah melaksanakan kerja2 rumah kerana kesibukan pasangan suami isteri mencari rezeki.. Pembantu2 rumah yg sering kita ketahui ialah drpd negara2 luar.. Haa, International gitu.. seperti drpd Indonesia, Filipina dan sebagainya.. Walaupun pembantu2 ini diberi gaji bulanan yg telah ditetapkan, namun majikan2 masih perlu menjaga ADAB dgn mereka walaupun mereka "hanya" pembantu rumah.. Adab2nya adalah seperti berikut :
1) TIDAK MEMBEBANKAN PEMBANTU RUMAH
Sememangnya mereka telah ditugaskan melaksana perintah kita utk membuat kerja2 rumah, TETAPI ingatlah bahawa merka juga MANUSIA biasa yg ada had2 tenaga.. Bukan semua kerja mereka boleh buat sekaligus.. Mereka juga perlukan rehat yg secukupnya... Dan JANGANLAH bebankan mereka dgn kerja yg terlalu banyak.. Mengalahkan orang yg bekerja di office.. Dan bantulah mereka kerana...
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya :
"Saudaramu dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai pembantu bawah kekuasaanmu. Sesiapa yg berada di bawah kekuasaaannya, maka hendaklah dia memberinya makanan daripada makanannya, memberinya pakaian daripada pakaiannya. Kalau dia memerintah kepadanya pekerjaan yang dia tidak mampu melakukannya, hendaklah membantunya."
( Riwayat Al-Tirmizi)
2) MENJALIN KERJASAMA BAIK
Kadang-kala ada beberapa keluarga yg memandang rendah dgn pekerjaan sebagai pembantu rumah, maka mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai majikan terhadap pembantu rumah.. Dan mereka juga bersikap kurang sopan terhadap pembantu rumah.. Dan menyebabkan pembantu rumah bertindak kasar terhadap anak2 majikannya atau melarikan diri.. TETAPI semua ini boleh DIELAK sekiranya kedua-dua belah pihak menjalinkan hubungan yg BAIK.. InsyaAllah.. Bagaimana? Well, banyak caranya.. Antaranya :
i) Sentiasa mendengar masalah mereka dan tolong selesaikannya jika mampu
ii) Sentiasa berbual mesra dengan mereka
iii) Sentiasa mengizinkan mereka melawat keluarga mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sewaktu cuti perayaan
iv) Tidak membebankan mereka dgn kerja yg terlalu banyak dan berat
3) MEMINTA TOLONG BUKAN MEMERINTAH
Setiap drpd kita ada kekurangannya.. Sebaik mana pun kita, pasti akan ada kesilapan yg dilakukan.. Terutamanya dari segi BAHASA kita kepada orang ramai.. atau bahasa majikan kepada pembantunya.. Ingatlah bahawa apabila kita ingin meminta tolong mereka, mintalah dgn cara yg baik, nada lembut dan sebagainya.. Kerana kita ini TIDAK LAYAK utk berkurang sopan terhadap mereka kerana mereka juga MAKHLUK Allah S.W.T.. Mereka juga mempunyai perasaan.. Majikan mempunyai akal, maka fikir-fikirkanlah.. Renungkan.. Adakah kita bersikap baik terhadap pembantu kita? Wallahualam..
4) MENDENGAR KATA
Nasihatkanlah kpd anak2 kita supaya mendengar kata pembantu rumah.. (kecuali yg buruk2 laa.. =P) Kerana dgn cara ini, anak2 akan menghormati pembantu rumah DAN juga LEBIH menghormati dan mendengar kata ibu bapanya, InsyaAllah.. Dan majikan2 juga perlulah mendengar masalah2, rintihan2 pembantu kita agar stres mereka dapat diatasi dan dapat melaksanakan kerja dgn lebih bagus.. InsyaAllah...
Maka ingatlah majikan2 di luar sana.. JAGALAH adab2 kita terhadap pembantu rumah kita.. Kerana..
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya :
"Tidak masuk Syurga orang yang buruk tingkah lakunya kepada pembantunya"
(Riwayat Al-Tirmizi)
(Sumber : Majalah SOLUSI Isu 47 > m/s 31)
Apa yg sering kita dengar atau lihat di media2 massa ialah tajuk2 seperti "Pembantu Rumah Mendera Anak" .. Seperti baru2 ini iaitu seorang pembantu rumah yg dikenakan 20 tahun penjara kerana melambung bayi majikannya.. Well, pada pendapat saya.. "Laa 20 Tahun je? Kenapa tak 200 tahun tambah dgn sebatan? Lagi adil.. Ataupun lambung dia sampai patah riuk.." .. Tetapi jikalau kita fikir dalam2, mengapa mereka berperilaku begitu? Kebanyakannya adalah kerana majikan TIDAK MENJAGA ADAB, KURANG SOPAN, MENGHINA mereka.. Senang cerita kalau tak nak anak kita didera pembantu rumah.. TAK payah ambil pembantu rumah.. Seorang ISTERI dan pembantunya si SUAMI sudah memadai.. Wallahualam.. =)
No comments:
Post a Comment