Makan merupakan perkara yg dilakukan oleh setiap insan di muka bumi ini.. Ingatlah bahawa ada di luar sana di negara2 miskin yg amat payah utk mendapat sesuap nasi.. Bersyukurlah bahawa kita rakyat Malaysia dpt hidup dalam keadaan yg senang.. Maka, makanlah makanan yg Halal dan JANGAN sesekali memakan/meminum benda yg Haram.. Setiap kali makan, mulakanlah dgn Basmalah dan selepas itu ucaplah Alhamdulillah.. Tak mati pun sebut ayat2 tu.. Dapat keberkatan lagi adalah... Makanlah secara sederhana tetapi mengenyangkan.. Makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.. Dan inilah beberapa Sunnah Rasulullah S.A.W dalam ADAB MAKAN :
1) MAKAN BERJEMAAH
> Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukan TIGA perkara secara bersendirian iaitu :
* Solat Fardhu
* Bermusafir
* Makan
Segalanya dilakukan secara BERJEMAAH.. Jika kita lihat sedalam-dalamnya, makan secara berjemaah (beramai-ramai) ini dapat MENGIKAT ERAT hubungan silaturrahim, terutamanya bersama-sama KELUARGA.. Melalui makan berjemaah inilah dapat kita MENGENALI antara satu sama lain dengan LEBIH MENDALAM.. Malah ibu bapa juga boleh mengetahui suka/duka/masalah anak2 dan ibu bapa bolehlah bertindak.. Dan InsyaAllah hubungan antara ibu bapa dgn anak2 akan lebih rapat..
2) MULA DGN BASMALAH, DOA DAN KANAN
> Sabda Rasulullah S.A.W :
" Sesungguhnya Syaitan Menghalalkan Makanan (Yg Dimakan Oleh Manusia Yg Ia Mendapatkan Bahagian Daripadanya), Kecuali Yg Sebutkan Nama Allah Padanya."
(Riwayat Muslim)
> Sabda Rasulullah S.A.W :
" Jangan Kamu Makan Dgn Tangan Kiri Kerana Syaitan Makan Dengan Tangan Kiri"
(Riwayat Muslim)
>> Ingatlah bahawa apabila kita membaca basmalah sebelum makan pun ada KEBERKATAN.. Dan boleh menghindarkan drpd gangguan syaitan.. Tetapi lebih baiklah jikalau kita baca doa makan.. Mesti hafaz da kan? Kalau yg tak hafaz tu nampak sangat tak pernah baca doa makan sebelum makan.. Kantoi suda.. XP ... Anyway, yg hadis kedua tu menunjukkan bahawa makan dgn tangan kanan paling baik tetapi tidak tangan kiri.. Lagipun tangan kiri selalunya kita gunakan utk....... Faham2 je lah.. Bukan makan sahaja dengan tangan kanan tetapi SEMUA perkara, mulakanlah dgn bahagian kanan.. Dahulukanlah Kanan..
3) DAHULUKAN MAKAN DARI TEPI BUKAN DI TENGAH
>Daripada Ibn 'Abbas r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda yg bermaksud :
"Keberkatan Itu Akan Turun Di Tengah-tengah Makanan, Maka Makanlah Dari Pinggir-pinggirnya Dan Jangan Kamu Makan Dari Tengahnya"
(Riwayat Al-Tarmizi)
Utk mendapat keberkatan, makanlah terlebih dahulu dari bahagian tepi bekas. Jgn terus makan dari bahagian tengah. Selain kelihatan sopan, tidak rakus dan tenang, tindakan itu akan menyebabkan keberkatan pada makanan itu akan dinikmati.
4) MENJILAT JARI SETELAH MAKAN DAN MENGUTIP MAKAN YG TERJATUH
> Dalam Sahih Muslim, disebutkan sebuah hadis drpd Anas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W menjilat ketiga-tiga jarinya selepas makan dan Baginda bersabda yg bermaksud :
" Apabila Makanan Salah Seorang Drpd Kalian Jatuh, Maka Bersihkanlah Kotorannya, Lalu Makanlah. Jangan Biarkannya Utk Dimakan Syaitan."
>> Setiap kali kita makan, kadang kala pasti ada beberapa cebisan makanan yg terjatuh. Maka SEGERALAH mengangkatnya, bersihkannya dan makanlah (kecualilah terjatuh di atas tempat kotor yg nyata). Kerana jikalau kita tidak membersihkannya, nanti ada "cleaner" yg datang dan memakannya. Siapa? Syaitan lah jawabnya.. Rasulullah S.A.W juga menjilat jarinya selepas makan, maka itu perkara yg elok.. Dan dari sudut sains pula, jikalau tak salah saya, ada enzyme2 di jari jemari kita yg dapat menghapuskan bakteria..
5) MENYUKAT KADAR MAKANAN
> Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud :
"Sukatlah Makanan Kalian, Maka Kalian Akan Diberkati"
(Riwayat Al-Bukhari)
>>Makanlah secara kuantitinya SEDERHANA.. Janganlah melebih-lebih drpd hadnya.. Kerana takut kita tak habiskan makanan tersebut dan menjadikannya suatu PEMBAZIRAN.. Maka sukatlah secara sederhana...
(Sumber : Majalah SOLUSI Isu No. 47 > m/s 21-24.. Dan ditambah sedikit oleh saya sendiri)
Itulah serba sedikit Sunnah2 Rasulullah S.A.W ketika Baginda SEBELUM/SEDANG/SELEPAS makan.. Kita sebagai umat Baginda, ikutlah cara Baginda kerana itulah yg TERBAIK.. Wallahualam.. =D
Itulah serba sedikit Sunnah2 Rasulullah S.A.W ketika makan.. Ada
No comments:
Post a Comment