Joke atau dlm bahasa melayunya disebut sbgai Jenaka. Berjenaka merupakan satu alternatif yg dapat membuatkan seseorang itu bergelak ketawa.. dan amat baik utk mengubati "penyakit2" seperti KEBOSANAN, RESAH, STRES, dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa setiap insan yg bergelar manusia sgt SUKA dgn jenaka2 atau lawak2 tidak kiralah di media2 massa ataupun secara "live".. Namun jenaka ini ADA BATASNYA.. Berjenaka ini tidak salah dlm Islam namun lawak2 zaman pasca modenisasi ini kebanyakannya MENYENTUH beberapa pihak yg menyebabkan pihak tersebut TERASA, atau SAKIT HATI.. Haa, lawak2 sebeginilah yg DILARANG.. Jenaka atau lawak yg sebenar haruslah mencuit hati penonton TANPA menyentuh mana2 pihak, lagi2 apabila menyentuh hal peribadi, keluarga, dan sebagainya. Jenaka yg TERBAIK adalah lawak2 yg dpt membuat orang gelak ketawa, juga ada input2 atau isi2 yg dapat meningkatkan kualiti hidup, DAN ada ilmu2 yg berguna utk dunia & akhirat.. seperti jenaka2 drpd ceramah2 Ustaz Azhar Idrus.. XD
Tujuan utama melawak adalah utk membuat para penonton terhibur melalui gelak ketawa.. Namun GELAK KETAWA juga ada BATASNYA.. Gelak itu biarlah secara rendah atau sederhana "volume"nya. Tidak perlulah gelak ternganga mulut macam tunggu 100 ekor lalat masuk sekaligus.. Rasulullah S.A.W TIDAK PERNAH gelak sebagaimana cara kita gelak sekarang. Baginda sekadar senyum sahaja. Dalam satu pertandingan melawak, saya menonton melalui TV dan saya sendiri rasa malu kerana ADA manusia yg MENJERIT-JERIT apabila pelawak kegemarannya muncul.. Subhanallah.. (Dlm hati : Kena rasuk ke cik kak oi??!!).. Sememangnya memanglah kita boleh bergelak ketawa, tetapi PERLU KE menjerit-jerit? Orang yg sedang dicabut nyawanya pun tidak seteruk tu (kecuali yg tidak beriman).
Maka marilah kita bergelak ketawa secara ringan atau sederhana!! Lets Laugh In A Muslim Way!
No comments:
Post a Comment