Tuesday, 12 February 2013

Soal & Jawab #6 (Bersama Ustaz Azhar Idrus)


Soalan : Bagaimanakah Jika Ibu Bapa Sendiri Tidak Bersetuju Dgn Bakal Suami Atau Isteri?

Jawapan :
(Utk Lelaki) > Jikalau bakal isteri kita itu BAIK dan SOLEHAH (walaupun pilihan hati kita tu tidak dipersetujui ibu bapa sendiri), TERUSKAN sahaja kerana lelaki tidak perlu wali.
(Utk Perempuan) > Jikalau bakal suami kita itu BAIK dan SOLEH (walaupun tidak dipersetujui ibu bapa sendiri) MASIH BOLEH TERUSKAN dgn menggunakan WALI HAKIM.
(Utk Semua) > Senang cerita.. KAHWINLAH dgn seseorang yg BAIK, BERBUDI BAHASA, SOLEH/SOLEHAH, boleh MENUNAIKAN NAFKAH ZAHIR & BATIN.. ELAKKAN drpd berkahwin dgn seseorang dgn HANYA melihat drpd segi RUPA PARAS & HARTA KEKAYAANNYA..



Soalan : Bagaimana Sekiranya Tiada Air Utk Wudhu’ Dan Tiada Debu Utk Tayammum

Jawapan : BOLEH Solat walaupun TIADA AIR & DEBU


Soalan : Untuk  Solat Jamak, Sekiranya Kita Berada Dlm Waktu Asar.. Solat Manakah Yg Perlu Ditunaikan Dahulu? Zohor Atau Asar?

Jawapan : Dlm waktu Asar, itu sudah dikira sebagai JAMAK TAAKHIR.. Maka utk Jamak Taakhir, Kita BOLEH PILIH MANA2 Solat kita nak tunaikan dahulu.. Zohor atau Asar Dalam WAKTU ASAR, atau Maghrib Atau Isyak Dalam WAKTU ISYAK. Asalkan utk JAMAK TAAKHIR..
TETAPI utk JAMAK TAAKDIM, TIDAK BOLEH pilih mana2 solat utk ditunaikan..  jikalau kita berada dlm waktu Zohor, maka kita PERLU menunaikan Solat Zohor terlebih dahulu sebelum Solat Asar.. Begitu juga dgn solat Maghrib dan Isyak.. Kita PERLU tunaikan Solat Maghrib terlebih dahulu sebelum Solat Isyak.

(Sumber : Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Ep. 3)

No comments:

Post a Comment