Tuesday, 12 February 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #1

Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
"Tanda-tanda Munafik ada tiga :
1) Apabila BERKATA, dia DUSTA
2) Apabila BERJANJI, dia INGKAR
3) Apabila DIPERCAYAI, dia KHIANAT"

(Sumber :Buku Terjemahan Hadis Shahih Bukhari Jilid I-IV  > m/s 26)

Keterangan : Terdapat DUA jenis munafik
1) Munafik Dlm I'tikad > iaitu mereka yg MENONJOLKAN keislamannya, TETAPI hakikatnya dia   TIDAK PERCAYA  kpd Allah & Rasul-Nya. Mereka TERMASUK golongan KAFIR, bahkan LEBIH JAHAT. Dan orang2 itulah yg dijanjikan Allah S.W.T di mana tempat mereka adalah yg PALING BAWAH di dalam neraka.

2) Munafik Dlm Amal > iaitu yg seperti disebut di dlm hadis ini. Dan munafik seperti ini tidak membawa kekafiran TETAPI AMAT MERUGIKAN DIRI dan MEROSAKKAN PERGAULAN.

>> Senang cerita.. JANGAN lakukan perkara2 seperti yg trnyata di dalam hadis di atas.. Jikalau betullah kita SAYANG Rasulullah maka ikutilah hadis2nya.. Mulut tu jaga, jangan pandai2 berjanji.. tetapi sebutlah InsyaAllah (jikalau diizin Allah).. Ingat bahawa pabila kita berjanji maka TEPATILAH.. JANGAN kita LEWATKAN janji tersebut.. contoh, sekiranya kita berjanji dgn seseorng itu pd pukul 10am, maka janganlah kita datang terlalu lewat tanpa sebab yg muhasabah..

No comments:

Post a Comment