Sunday, 3 March 2013

Soal & Jawab #7 ( Bersama Ustaz Fadhli Al-Yamani )

Soalan : Adakah sah solat bg makmum duduk tahiyat tatkala imam terlupa dan terus qiyam (berdiri) untuk rakaat ketiga. Adakah imam mesti turun semula melakukan tahiyat awal setelah ditegur makmum?

Jawapan : Makmum yg melakukan duduk tahiyat awal sedangkan imam qiyam, maka solatnya BATAL. Sebaliknya jika makmum meninggalkan tahiyat awal sedangkan imam melakukan tahiyat awal, maka solatnya tetap SAH.
  SUNAT bagi imam turun utk melakukan tahiyat awal dan sujud sahwi, sekiranya dia duduk semula utk tahiyat awal, selepas ditegur oleh makmum ataupun dia mengetahui dengan sendiri kesilapannya dengan syarat imam tersebut belum berdiri betul, hanya melepasi tahap rukuk.
  Sebaliknya jika kedudukan imam sebelum tahap rukuk dan dia turun utk tahiyat awal, maka tidak perlu untuknya melakukan sujud sahwi.


Soalan : Saya bekerja di luar negara. Saya kerap menunaikan solat di dalam tandas yg bersih kerana mahu bersembunyi daripada majikan yg tidak memberi peluang utk menunaikan solat kerana mengutamakan kerja. Adakah solat saya diterima?

Jawapan : Solat yg dilaksanakan di dalam tandas adalah MAKRUH, tetapi SAH SEKIRANYA dialaskan dengan sesuatu yg bersih dan kering.

No comments:

Post a Comment