Friday, 15 March 2013

Ingin Mencarut? Think Again!!

Setiap manusia mempunyai perasaan marah dan sedih. Cuma tidak ramai yang dapat mengawalnya, lebih-lebih lagi apabila tahap kesabaran mereka sudah 'meletus'. Marah juga ada tahapnya dan caranya, ramai yang ketahuinya, namun tidak teringat padanya sewaktu marah. Bagaimana caranya? Salah satu caranya ialah :
1) MENGAMBIL WUDHU' (kerana apabila kita marah, itu diibaratkan api, kerana disukai syaitan, untuk memadamkannya ialah... AIR).
2) DUDUK jika kita berdiri atau DIRI jika kita duduk  dan selepas itu TARIK NAFAS dan HEMBUS perlahan-lahan dan juga BERSELAWAT atau BERZIKIR.
3) NANGISLAH sepuas-puasnya di tempat lain (jangan berdekatan atau terbayang orang yg membuat kita marah.)
4) Lakukanlah sesuatu yang dapat MENGGEMBIRAKAN hati kita (walaupun kita tidak gembira, ia boleh mengurangkan kemarahan kita. InsyaAllah.)
5) MENGADULAH pada Allah S.W.T terlebih dahulu sebelum mengadunya kepada seseorang yang MEMAHAMI (seperti ibu atau bapa, kawan baik)

Tetapi, ramai diantara kita marah seseorang dengan cara yg tidak diredhai Allah S.W.T, seperti memaki hamun, memukul, dan yang paling 'common' ialah MENCARUT.. Astarafirullah... (contohnya [maaf atas bahasa yg kurang sopan] : F**k, S**t, B**ch, S*al, B*d*h, dan juga yang paling 'famous' > B**I) Lebih berpuluh perkataan2 mencarut digunakan terutamanya oleh golongan remaja. Tetapi yang saya hairan ialah mengapa 'babi' juga dijadikan sebagai perkataan lucah? Setahu saya, babi hanya HARAM dimakan dan disentuh... Tetapi binatang itu sendiri tidak haram.. Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda tentang mencarut..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Maka sikap kasar balasannya ialah neraka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 80)

Memang saya akui, saya juga pernah mencarut. Tetapi saya sentiasa berusaha untuk mengurangkannya malah ingin menghilangkannya daripada mulut saya menyebutnya. Jadi marilah kita sama2 berusaha untuk mengelakkan sikap kasar ini, iaitu mencarut.. Wallahualam.. Now, LET'S SMILE =)

No comments:

Post a Comment