Janji dan amanah merupakan perkara yang WAJIB kita menepatinya. Kerana jikalau kita mungkir janji atau pecah amanah, maka kita akan menyusahkan orang lain dan boleh memudaratkan keluarga, bangsa, agama dan negara. Dan berdosa besarlah kita. Mulut ini merupakan satu-satunya anggota tubuh badan yang boleh MENIPU, seperti berjanji dengan seseorang tetapi kita tidak menepatinya. Ingatlah bahawa jikalau kita berjanji dengan seseorang itu, dan kita tidak menepatinya (tanpa alasan yg kukuh) maka berdosa besarlah kita. Contohnya, jikalau kita berjanji dengan kawan kita untuk keluar bermain pada pukul 10am, tetapi kita terlewat (melebihi 10 minit) tanpa alasan yang kukuh, maka tanggunglah kita dosanya. Ini amat penting lagi2 buat pemimpin kita. Jikalau kita memilih pemimpin yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menepatinya (salah memilih pemimpin), kita bakal jawab di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak. Pemimpin pula akan jawab di hadapan Allah S.W.T mengapa mereka tidak memakmurkan negara, tidak memelihara agama Islam, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah sewajarnya (jikalau mereka tidak melakukan sedemikian). Jangan fikir berjanji atau beramanah ini suatu perkara yg mudah kerana..
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 32)
Jikalau kita diamanahkan untuk melakukan sesuatu, dan amanah itu agak sukar, TUNAIKANLAH kerana amanah tersebut adalah kewajipan kita. Allah S.W.T tidak akan menguji seseorang itu dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh si dia. Ingatlah bahawa semakin besar ujian Allah S.W.T kepada kita, semakin lumayanlah ganjaran buat kita.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu menkhianati orang yang mengkhianati engkau."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 38)
Melalui hadis di atas, jikalau ada orang mengkhianati kita (memecah amanah atau tidak menepati janji), JANGANLAH kita melakukan sedemikian kepadanya (membalas dendam dengan cara yang sama) kerana balasan kepada si dia sudah ada. (Tidak di dunia, di akhirat PASTI). Dalam sesuatu kumpulan, jikalau mereka bermesyuarat, itu adalah amanah, kerana...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Orang yang bermesyuarat adalah amanah."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 96)
Mengapa mesyuarat juga amanah? Kerana SEBELUM mesyuarat, kita WAJIB menghadirinya (jikalau kita terlibat), SEMASA mesyuarat, kita beramanah untuk menyampaikan, dan SELEPAS mesyuarat, kita WAJIB melaksanakannya.
Jadi, adakah anda sudah menepati janji anda? Melaksanakan amanah sepenuhnya? Pasti? Renungkan semula... Ingatlah bahawa kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. Jikalau kita melakukan kesalahan, cepat-cepatlah bertaubat sementara belum lagi ajal atau belum lagi kiamat. Kerana...
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Penyesalan adalah taubat."
(Riwayat Ibn Majah)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 136)
Sentiasalah berbuat baik dan jauhi yang jahat. Wallahualam.. SMILE ALWAYS =) ~~~
No comments:
Post a Comment