Friday, 8 March 2013

Soal & Jawab #8 (Bersama Ustaz Azhar Idrus)



Soalan : Hukum Sambut Countdown. Bukankah Ini Perayaan Orang Kafir?

Jawapan : Kata Ulama2, countdown  ini sebenarnya BUKAN perayaan. TIDAK HARAM menyambut countdown.. TETAPI yg  HARAMnya  adalah PERBUATAN KITA. CARA SAMBUTAN itu yg boleh menyebabkannya HARAM. Contohnya.. Babi itu sendiri tidak haram tetapi yg HARAMnya ialah MAKAN BABI. Jikalau kita menyambutnya dgn MINUM ARAK, BERZINA, BERPESTA sehingga lupa diri, itulah yg HARAM. Tetapi jikalau kita menyambutnya dgn pergi ke kuliah2 atau ceramah2 agama, itu yg HALALnya.



Soalan : Hukum Main Bunga Api

Jawapan : Benda yg MEMBAZIR hanyalah diantara MAKRUH atau HARAM. Maka bunga api ini dikira sebagai MEMBAZIR. Ia boleh jadi MAKRUH dan boleh juga jadi HARAM. Jikalau kita membelinya sekadar main secara kecil-kecilan (utk anak2 khususnya) maka ia adalah MAKRUH kerana tidak menggunakan kadar perbelanjaan yg tinggi, hanya rendah (dlm beberapa ringgit). Tetapi membazir  seperti saudara syaitan iaitu HARAM adalah apabila membelanjakan bunga api sehingga BERIBU-RIBU ringgit (kadar perbelanjaan yg TINGGI). Jikalau menggunakan duit orang ramai (seperti  duit rakyat) LEBIH-LEBIH lagilah HARAMnya. MEMBAZIR melebihi HAK BATAS maka ia akan jadi HARAM. Utk MERCUN, jikalau sehingga HILANG ANGGOTA BADAN (putus jari, etc) maka HARAM hukumnya.


Soalan : Ustaz Pernah Berkata Dalam Satu Ceramah Di Youtube Bahawa Isteri Solehah Akan Menghibur Dan Menyanyi Utk Suami Di Rumah.. Kalau Suara Isteri Tak Sedap.. Kena Nyanyi Jugak Ke??

Jawapan : BUKAN WAJIB seorng isteri itu MENYANYI tetapi yg WAJIB ialah MENGHIBUR SUAMI. Tidak kiralah sama ada menghibur suami melalui SENYUMAN, PERCAKAPAN, CARA JALAN dan sebagainya.. Kalau kita mahukan suara yg sedap, kita dengar suara orang lain (penyanyi), TETAPI dia BUKANlah penghibur kita (suami).. PENGHIBUR kita, ISTERI kitalah.. kerana dialah yg basuh baju, beranakkan anak kita, sediakan makan minum kita.. Dan itulah PENGHIBUR NO.1..

(Sumber : Sambutan Ambang 2012 Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Raja Lawak)

No comments:

Post a Comment