Sebelum makan bacalah basmalah, atau lebih baik lagi Doa Makan.. Sesudah makan atau selepas sendawa, ucaplah "Alhamdulillah". Itulah tanda bahawa kita mensyukuri nikmat Allah S.W.T.. tetapi apakah makanan yg kita makan itu 100% Halal?? Makanan yg Halal adalah makanan yg dibenarkan utk makan dlm Islam.. Juga makanan daripada SUMBER yg Halal.. Makanan yg BERSIH.. Tidak kotor atau dicampur adukkan dgn yg Haram.. Jikalau kita (suami) memberi makan minum kepada keluarga kita drpd sumber yg Haram (seperti rasuah, hasil riba', penjualan yg haram), maka HARAMLAH makanan dan minuman itu.. Jikalau para isteri atau anak2 ketahui hal sebegini.. NASIHATILAH si suami/ayah.. Jauhilah makanan dan minuman ini.. Dan JANGANLAH SESEKALI makan atau minum yg Haram (seperti Arak, Daging Babi).. Dan tunjukkanlah apakah bahananya makanan HARAM.. Dan bahana2 tersebut ialah :
1) HATI MENJADI GELAP~~~
Para Ulama sering berpesan :"Sesiapa yg memakan makanan syubhah selama 40 hari maka gelaplah hatinya." Hati yg gelap tersangat-sangatlah sukarnya untuk kita menunaikan kewajipan terhadap Allah S.W.T.. Imam al-Ghazali menukilkan dalam Ihya' 'Ulum al-Din bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, maksudnya :
"Sesiapa yang memakan sesuatu yang halal selama 40 hari, nescaya Allah akan menerangi hatinya dan mengalirkan kearifan hati melalui lidahnya."
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq pernah memuntahkan susu yg terminum olehnya apabila diketahui susu itu diperoleh dengan cara yg haram.
2) FIKIRAN ROSAK
Firman Allah S.W.T, Maksudnya :
"Wahai orang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal), daripada yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar beribadah kepada-Nya."
(Surah al-Baqarah 2: 172)
Makanan yang haram akan ada sesuatu yg dapat merosakkan minda fikiran kita.. Ada kesan pada tubuh badan kita atau sel2 badan kita.. misalnya daging babi mempunyai sejenis kuman di mana walaupun dimasak berkali-kali, tidak mati kuman itu. Dan lama kelamaan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan.. Manakala arak dapat memabukkan atau mengkhayalkan kita, dan apabila kita mabuk, kita tidak dapat berfikir dengan waras.. Dan menyebabkan tindakan kita di luar kawalan dan selalunya membahayakan diri sendiri dan orang2 di sekeliling kita.
3) TIDAK DAPAT MENJANA IBADAH
Imam al-Ghazali telah menulis :
"Jangan banyak makan dan minum pada waktu siang dan awal malam. Banyak makan akan mengundang rasa mengantuk dan memberatkan seseorang bangun malam untuk beribadah."
Janganlah kita makan makanan terlalu banyak kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan kita sukar untuk melakukan ibadah pada waktu malam, seperti Qiyamulail. Kerana apabila perut terlalu kenyang, ia memerlukan oksigen yg banyak untuk proses penghadaman. Apabila aliran oksigen ke otak tidak lancar, ia menyebabkan kita mudah rasa mengantuk.
4) EMOSI TIDAK STABIL
Seperti yg telah dinyatakan di atas, misalnya kita meminum minuman yg memabukkan (cth arak), minuman tersebut akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal diri dan menyebabkan emosi terganggu.. Dan emosi yg terganggu amat merbahaya kepada diri sendiri dan kepada orang sekeliling kita..
(Sumber : Majalah SOLUSI Isu 47 > m/s 18-19, dan ada ditambah)
No comments:
Post a Comment