Wednesday, 6 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #12

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan."
(Riwayat al-Bukhari)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 18)

Keterangan : Mungkin kita sendiri pernah mengalaminya atau melihatnya, bahawa apabila kita atau seseorang itu sihat, akan melakukan sesuatu yg tidak diredhai Allah S.W.T seperti mencuri, menipu, merasuah, atau melakukan perkara2 yg haram.. Itulah perkara yg sering kebanyakan manusia lakukan apabila mereka sihat. Tetapi apabila sakit, baru nak mula beribadah kepada Allah S.W.T.. Barulah nak sedar.. Barulah nak bertaubat.. Subhanallah.. Tetapi jikalau kita BERTAUBAT pada masa itu juga Allah mengampunkan kita.. Dengan syarat tidak mengulangi perkara keji tersebut.. Tetapi apa gunanya jikalau kita bertaubat apabila sakit?? Adakah kita dapat melakukan ibadah dengan lebih banyak atau lebih sempurna?? Melainkan sewaktu kita SIHAT.. Yang kedua, sewaktu lapang atau free time, adakah kita mengisinya dengan perkara-perkara berfaedah?? Ataupun kita hanya melakukan perkara2 lara?? Ingatlah bahawa sewaktu kita sihat dan lapang inilah masa yg terbaik utk meningkatkan amal ibadah kita terhadap Allah S.W.T.. Berubahlah kpd jalan yg benar.. Biarlah perubahan itu sedikit demi sedikit.. Kerana Allah Maha Mengetahui.. Apa yg Allah lihat adalah HATI kamu BUKANNYA rupa paras kamu... Wallahualam.. =)

No comments:

Post a Comment