Thursday, 7 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #13

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah S.W.T pada hari kiamat ialah; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."
(Riwayat al-Hakim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 50)

Keterangan : Ingatlah bahawa JANGAN sesekali kita menderhakai ibu bapa kita kerana sesungguhnya balasan akan dikenakan di dunia & akhirat.. Sebab itu, apabila kita berjaya dalam kerjaya, JAGALAH ibu bapa kita sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil.. Kerana mereka hanya SEPASANG (ibu dan bapa) di dunia ini.. Apabila mereka meninggal dunia, JANGANLAH kita MENYESAL atas perbuatan kita terhadap mereka sebaliknya DOAKANLAH mereka supaya ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.. InsyaAllah.. Manakala utk arak pula..

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia adalah pembuka segala kejahatan."
(Riwayat al-Hakim)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 78)

Kerana apabila kita mabuk (akibat minum arak), kita tidak akan dapat berfikir dengan waras, maka lebih banyak perkara2 jahat yg boleh kita lakukan ketika mabuk.. Dan jikalau kita mati selepas minum arak, ia bermakna kita mati dalam keadaan yg hina.. Utk yg ketiga, apabila kita menyebut pemberian (sedekah, dll) itu menunjukkan bahawa kita ini riak dan takbur atas pemberian Allah S.W.T.. Ini boleh menyebabkan kita lupa dan alpa pada Allah dan seterusnya berkuranganlah amalan2 kita terhadapNya.. Dan...

Daripada bin Mas'ud r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga bagi orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 116)

Apabila kita bersedekah atau memberi sesuatu yg dapat menyenangkan orang lain (utk berbuat baik), buatlah secara IKHLAS tanpa memberitahu orang lain.. Kerana..

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan."
(Riwayat al-Tabrani)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 110)

Tingkatkanlah amalan kita (terutamanya yg Sunat, dan kualiti yg Wajib) supaya kita dapat menghindari ketiga-tiga perkara yg telah disabdakan Rasulullah S.A.W... Wallahulam.. =D

No comments:

Post a Comment