Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 82)
Keterangan : Terdapat pelbagai jenis bentuk ujian Allah S.W.T, seperti KESENANGAN dan KESUSAHAN.. Jikalau kita senang (hidup dalam keadaan berada), maka adakah kita mensyukuri nikmat2Nya dgn memberi rezeki ke jalan Allah?? Ataupun kita lupa dan alpa daripada mengingati Allah S.W.T.. Kadang kala, kesenangan sebeginilah menyebabkan ramai manusia berada di jalan yg salah.. Igtlah apabila kita tidak melaksanakan perintah wajib, maka NERAKA jawabnya dia akhirat kelak. Sebab itulah kesenangan dikategorikan sebagai satu ujian Allah. Utk kesusahan pula, adakah kita sentiasa BERUSAHA utk mengubah hidup kita?? Ataupun menggunakan alternatif yg salah utk mendapat kesenangan hidup (seperti mencuri, meragut).. Ataupun kita hanya pandai MENRUNGUT sahaja setiap kali kesusahan menimpa?? Maka jikalau kita diuji dalam kesusahan, BERUSAHALAH utk mengubah kehidupan kita. Jangan fikir jikalau kita GAGAL sekali, brmkna kita telah gagal.. TIDAK!! Gagal itu merupakan satu cara untuk kita bangkit kembali supaya menjadi lebih BERJAYA di masa akan datang. Konklusinya, jikalau kita diuji KESENANGAN, maka BERSYUKURLAH, dan dermalah kepada jalan yg diredhai Allah S.W.T.. Tetapi jikalau kita diuji KESUSAHAN, maka TAWAKKAL pada diri,CARI KESALAHAN DIRI, BERUSAHA untuk mengubah hidup kita.. Wallahualam.. =)
No comments:
Post a Comment