Sahabat.. Rakan.. Kawan.. itulah mereka2 yg menjadi peneman setiap manusia selepas ibu bapa, dan suami/isteri. Tidak dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kawan untuk menjadi pendorong mereka. Tetapi beringatlah bahawa dalam persahabatan juga ada batas2nya, lebih-lebih lagi untuk kawan berlainan jantina. Mencari kawan amat penting, tetapi yang lebih penting ialah DENGAN SIAPAKAH KITA BERSAHABAT.. Banyak orang, banyak ragam.. Itulah istilah yg paling tepat untuk manusia.. Ada yang suka berkawan dengan mereka yg suka 'enjoy', ada yg suka berkawan dengan mereka yg suka belajar, dan macam2 lagilah.. Salah satu sebab mengapa amat penting dengan siapa kita berkawan ialah...
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Seseorang
insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka
hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Perlu ingat bahawa tidak semua orang kita boleh jadikan rakan... Contohnya, mereka2 yg terlalu suka 'enjoy' sehingga tidak ingat perintah Allah S.W.T.. Rakan yg terbaik BUKANLAH rakan yg terlalu ketat mengikut perintah agama, tetapi mereka yg melaksanakan perintah WAJIB Allah S.W.T dan juga berhibur seketika yg dihalalkan syarak. Rakan yg terbaik adalah mereka2 yg sering mengajak kita ke arah perbuatan yg baik dan diredhai Allah S.W.T, sentiasa berada di sisi kita di waktu suka atau duka, sentiasa menjadi 'telinga' untuk segala rintihan kita, dan menolong kita di waktu susah.. Tetapi rakan sebegini makin sukar di cari.. Kadang kala ada diantara kita menganggap bahawa si dia adalah kawan baik kita, tetapi di belakang kita mengutuk, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Seorang Muslim adalah saudara kepada orang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ada juga jenis kawan makan kawan. Fuh!! Ini cukup bahaya.. Selalunya terkena kepada mereka2 yg TERLALU cepat mempercayai seseorang.. Ada yg ditipu sehingga hilang hartanya, dan juga ada yg hilang kehormatannya. Sukar untuk kita ketahui siapakah yg suka 'makan kawan' ni kerana selalunya mereka sudah 'expert' dlm hal sebegini. Kes2 sebegini juga selalunya yg terkena adalah kaum Hawa (wanita) dan yg mengenakan pula ialah kaum Adam (lelaki).. Jadi kepada gadis2 di luar sana, berhati-hatilah dengan kawan2 lelaki anda...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya."
(Riwayat Muslim)
Dalam setiap persahabatan itu, pastinya ada pertelingkahan kerana salah faham atau tidak sekepala tentang sesuatu.. Tetapi beringatlah, JANGANLAH kita melanjutkan sesuatu pergaduhan itu telalu lama.. Paling lama pun sehingga 3 hari.. Kerana hari Pertama > Pergaduhan/tidak bersefahaman.. hari Kedua > Renungkan seketika & Fikirkan solusi.. hari Ketiga > Memohon maaf atas kesilapan.. Janganlah terlalu keras permusuhan kita, lebih2 lagi sehingga terputus hubungan silaturrahim.. JANGAN!! Kerana..
Daripada Aisyah r.ha., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Jubair bin Mu'tim r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga pemutus silaturrahim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jadi beringat-ingatlah, jikalau kita ingin memilih kawan, pilihlah yg paling baik akhlaknya. Jikalau kita berasa tidak puas hati kepada seseorang, beritahulah si dia apa salahnya. Tolonglah si dia ubah sikapnya. Mudah-mudahan hubungannya dengan kita dan Allah S.W.T lebih akrab. InsyaAllah.. =D
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 6, 14, 64, 66,152)
No comments:
Post a Comment