Tuesday, 19 March 2013

21 Mac .. Keputusan SPM !! Sudah Sedia?

Jadi macam mana rasanya lagi 2 hari untuk keputusan SPM keluar wahai calon2 SPM 2012? Hehe.. Cakap orang, saya juga bakal mengambilnya hari khamis ni.. apa2pun..
I won't say 'Good Luck' to 2012's SPM candidates.. Because for me..
'Luck' is NOTHING.. Instead, I'll pray for our successes.. Because..
'Pray' and 'Effort' is SOMETHING.. But, the most important thing is..


Effort > Pray > Tawakkal > Redha are EVERYTHING..


Ingatlah wahai rakan2ku bahawa.. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Setiap drpd kita pasti ada matlamat yg tersendiri utk keputusan SPM yg bkal kluar.. tetapi yg pasti kita smua inginkan kecemerlangan.. tetapi ingatlah bahawa.. tidak smua akan mncapai trget.. ada yg kurang.. ada juga yg mungkin lebih drpd target.. tetapi ingatlah..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Jadi kpd sesiapa yg tidak dapat mencapai target, janganlah bersedih tetapi muhasabah diri and find a WAY to fix it..Dan kpd sesiapa yg berjaya mencapai target (atau lebih lagi) (InsyaAllah kita semua).. bersyukurlah dan ucaplah "Alhamdulillah" dan "Terima Kasih" kpd
>ALLAH S.W.T (krana kurniaan-Nya)
>DIRI SENDIRI (krana itu berkat USAHA kita)
>IBU BAPA (krana sokongan & DOA mreka)
>GURU2 (krana mreka sentiasa membantu kita & berdoa)
>RAKAN2 (kerana pertolongan mreka)
kerana...

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah."
(Riwayat al-Tirmizi)

Dan jikalau kita berjaya, janganlah mempunyai rasa bangga diri.. kerana..

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)

Jikalau kita 'gagal', tidak semestinya kita sudah gagal dlm dunia.. kerana rmai orang yg 'gagal' di luar sana sudah berjaya jauh lebih bagus drpd orang2 yg 'brjya' dlm peperiksaan atau universiti (cth : Steve Jobs, Walt Disney, Oprah Winfrey, dan ramai lagi) 

For me,

" 'Failures' are just the beginning of a new better life." 


kerana..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa paras kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)

Jikalau kita BERUSAHA, InsyaAllah kurniaan-Nya jauh lebih baik drpd apa yg kamu sangkakan.. dan yg terakhir, TERUSKANLAH MENUNTUT ILMU (ilmu yg berfaedah) kerana..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'ala)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 2, 60, 82, 116,122)

Saya hanya mampu berdoa utk kejayaan kita smua..
yg lain marilah kita berserah kepada Allah S.W.T..

That's all.. A long post with a lot of Rasulullah's Hadith.. XD .. Now,Put A HAPPY SMILE On Your Face, shall we? =)

Monday, 18 March 2013

SAHABAT.. Bimbinglah Aku Ke Jalan Yg Benar~~

Sahabat.. Rakan.. Kawan.. itulah mereka2 yg menjadi peneman setiap manusia selepas ibu bapa, dan suami/isteri. Tidak dinafikan bahawa setiap manusia perlukan kawan untuk menjadi pendorong mereka. Tetapi beringatlah bahawa dalam persahabatan juga ada batas2nya, lebih-lebih lagi untuk kawan berlainan jantina. Mencari kawan amat penting, tetapi yang lebih penting ialah DENGAN SIAPAKAH KITA BERSAHABAT.. Banyak orang, banyak ragam.. Itulah istilah yg paling tepat untuk manusia.. Ada yang suka berkawan dengan mereka yg suka 'enjoy', ada yg suka berkawan dengan mereka yg suka belajar, dan macam2 lagilah.. Salah satu sebab mengapa amat penting dengan siapa kita berkawan ialah...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

  Perlu ingat bahawa tidak semua orang kita boleh jadikan rakan... Contohnya, mereka2 yg terlalu suka 'enjoy' sehingga tidak ingat perintah Allah S.W.T.. Rakan yg terbaik BUKANLAH rakan yg terlalu ketat mengikut perintah agama, tetapi mereka yg melaksanakan perintah WAJIB Allah S.W.T dan juga berhibur seketika yg dihalalkan syarak. Rakan yg terbaik adalah mereka2 yg sering mengajak kita ke arah perbuatan yg baik dan diredhai Allah S.W.T, sentiasa berada di sisi kita di waktu suka atau duka, sentiasa menjadi 'telinga' untuk segala rintihan kita, dan menolong kita di waktu susah.. Tetapi rakan sebegini makin sukar di cari.. Kadang kala ada diantara kita menganggap bahawa si dia adalah kawan baik kita, tetapi di belakang kita mengutuk, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Seorang Muslim adalah saudara kepada orang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Ada juga jenis kawan makan kawan. Fuh!! Ini cukup bahaya.. Selalunya terkena kepada mereka2 yg TERLALU cepat mempercayai seseorang.. Ada yg ditipu sehingga hilang hartanya, dan juga ada yg hilang kehormatannya. Sukar untuk kita ketahui siapakah yg suka 'makan kawan' ni kerana selalunya mereka sudah 'expert' dlm hal sebegini. Kes2 sebegini juga selalunya yg terkena adalah kaum Hawa (wanita) dan yg mengenakan pula ialah kaum Adam (lelaki).. Jadi kepada gadis2 di luar sana, berhati-hatilah dengan kawan2 lelaki anda...

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah diharamkan darahnya, hartanya dan kehormatannya."
(Riwayat Muslim)

  Dalam setiap persahabatan itu, pastinya ada pertelingkahan kerana salah faham atau tidak sekepala tentang sesuatu.. Tetapi beringatlah, JANGANLAH kita melanjutkan sesuatu pergaduhan itu telalu lama.. Paling lama pun sehingga 3 hari.. Kerana hari Pertama > Pergaduhan/tidak bersefahaman.. hari Kedua > Renungkan seketika & Fikirkan solusi.. hari Ketiga > Memohon maaf atas kesilapan.. Janganlah terlalu keras permusuhan kita, lebih2 lagi sehingga terputus hubungan silaturrahim.. JANGAN!! Kerana..

Daripada Aisyah r.ha., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jubair bin Mu'tim r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga pemutus silaturrahim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Jadi beringat-ingatlah, jikalau kita ingin memilih kawan, pilihlah yg paling baik akhlaknya. Jikalau kita berasa tidak puas hati kepada seseorang, beritahulah si dia apa salahnya. Tolonglah si dia ubah sikapnya. Mudah-mudahan hubungannya dengan kita dan Allah S.W.T lebih akrab. InsyaAllah.. =D

 (Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 6, 14, 64, 66,152)
 

Friday, 15 March 2013

Ingin Mencarut? Think Again!!

Setiap manusia mempunyai perasaan marah dan sedih. Cuma tidak ramai yang dapat mengawalnya, lebih-lebih lagi apabila tahap kesabaran mereka sudah 'meletus'. Marah juga ada tahapnya dan caranya, ramai yang ketahuinya, namun tidak teringat padanya sewaktu marah. Bagaimana caranya? Salah satu caranya ialah :
1) MENGAMBIL WUDHU' (kerana apabila kita marah, itu diibaratkan api, kerana disukai syaitan, untuk memadamkannya ialah... AIR).
2) DUDUK jika kita berdiri atau DIRI jika kita duduk  dan selepas itu TARIK NAFAS dan HEMBUS perlahan-lahan dan juga BERSELAWAT atau BERZIKIR.
3) NANGISLAH sepuas-puasnya di tempat lain (jangan berdekatan atau terbayang orang yg membuat kita marah.)
4) Lakukanlah sesuatu yang dapat MENGGEMBIRAKAN hati kita (walaupun kita tidak gembira, ia boleh mengurangkan kemarahan kita. InsyaAllah.)
5) MENGADULAH pada Allah S.W.T terlebih dahulu sebelum mengadunya kepada seseorang yang MEMAHAMI (seperti ibu atau bapa, kawan baik)

Tetapi, ramai diantara kita marah seseorang dengan cara yg tidak diredhai Allah S.W.T, seperti memaki hamun, memukul, dan yang paling 'common' ialah MENCARUT.. Astarafirullah... (contohnya [maaf atas bahasa yg kurang sopan] : F**k, S**t, B**ch, S*al, B*d*h, dan juga yang paling 'famous' > B**I) Lebih berpuluh perkataan2 mencarut digunakan terutamanya oleh golongan remaja. Tetapi yang saya hairan ialah mengapa 'babi' juga dijadikan sebagai perkataan lucah? Setahu saya, babi hanya HARAM dimakan dan disentuh... Tetapi binatang itu sendiri tidak haram.. Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda tentang mencarut..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Maka sikap kasar balasannya ialah neraka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 80)

Memang saya akui, saya juga pernah mencarut. Tetapi saya sentiasa berusaha untuk mengurangkannya malah ingin menghilangkannya daripada mulut saya menyebutnya. Jadi marilah kita sama2 berusaha untuk mengelakkan sikap kasar ini, iaitu mencarut.. Wallahualam.. Now, LET'S SMILE =)

Thursday, 14 March 2013

Janji Dan Amanah.. Adakah Anda Telah Menepatinya?

  Janji dan amanah merupakan perkara yang WAJIB kita menepatinya. Kerana jikalau kita mungkir janji atau pecah amanah, maka kita akan menyusahkan orang lain dan boleh memudaratkan keluarga, bangsa, agama dan negara. Dan berdosa besarlah kita. Mulut ini merupakan satu-satunya anggota tubuh badan yang boleh MENIPU, seperti berjanji dengan seseorang tetapi kita tidak menepatinya. Ingatlah bahawa jikalau kita berjanji dengan seseorang itu, dan kita tidak menepatinya (tanpa alasan yg kukuh) maka berdosa besarlah kita. Contohnya, jikalau kita berjanji dengan kawan kita untuk keluar bermain pada pukul 10am, tetapi kita terlewat (melebihi 10 minit) tanpa alasan yang kukuh, maka tanggunglah kita dosanya. Ini amat penting lagi2 buat pemimpin kita. Jikalau kita memilih pemimpin yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menepatinya (salah memilih pemimpin), kita bakal jawab di hadapan Allah S.W.T di akhirat kelak. Pemimpin pula akan jawab di hadapan Allah S.W.T mengapa mereka tidak memakmurkan negara, tidak memelihara agama Islam, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah sewajarnya (jikalau mereka tidak melakukan sedemikian). Jangan fikir berjanji atau beramanah ini suatu perkara yg mudah kerana..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 32)

Jikalau kita diamanahkan untuk melakukan sesuatu, dan amanah itu agak sukar, TUNAIKANLAH kerana amanah tersebut adalah kewajipan kita. Allah S.W.T tidak akan menguji seseorang itu dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh si dia. Ingatlah bahawa semakin besar ujian Allah S.W.T kepada kita, semakin lumayanlah ganjaran buat kita.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu menkhianati orang yang mengkhianati engkau."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 38)

  Melalui hadis di atas, jikalau ada orang mengkhianati kita (memecah amanah atau tidak menepati janji), JANGANLAH kita melakukan sedemikian kepadanya (membalas dendam dengan cara yang sama) kerana balasan kepada si dia sudah ada. (Tidak di dunia, di akhirat PASTI). Dalam sesuatu kumpulan, jikalau mereka bermesyuarat, itu adalah amanah, kerana...

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Orang yang bermesyuarat adalah amanah."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 96)

  Mengapa mesyuarat juga amanah? Kerana SEBELUM mesyuarat, kita WAJIB menghadirinya (jikalau kita terlibat), SEMASA mesyuarat, kita beramanah untuk menyampaikan, dan SELEPAS mesyuarat, kita WAJIB melaksanakannya.
   Jadi, adakah anda sudah menepati janji anda? Melaksanakan amanah sepenuhnya? Pasti? Renungkan semula... Ingatlah bahawa kita ini manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.. Jikalau kita melakukan kesalahan, cepat-cepatlah bertaubat sementara belum lagi ajal atau belum lagi kiamat. Kerana...

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Penyesalan adalah taubat."
(Riwayat Ibn Majah)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 136)

Sentiasalah berbuat baik dan jauhi yang jahat. Wallahualam.. SMILE ALWAYS =) ~~~ 

Monday, 11 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #14

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 82)

Keterangan : Terdapat pelbagai jenis bentuk ujian Allah S.W.T, seperti KESENANGAN dan KESUSAHAN.. Jikalau kita senang (hidup dalam keadaan berada), maka adakah kita mensyukuri nikmat2Nya dgn memberi rezeki ke jalan Allah?? Ataupun kita lupa dan alpa daripada mengingati Allah S.W.T.. Kadang kala, kesenangan sebeginilah menyebabkan ramai manusia berada di jalan yg salah.. Igtlah apabila kita tidak melaksanakan perintah wajib, maka NERAKA jawabnya dia akhirat kelak. Sebab itulah kesenangan dikategorikan sebagai satu ujian Allah. Utk kesusahan pula, adakah kita sentiasa BERUSAHA utk mengubah hidup kita?? Ataupun menggunakan alternatif yg salah utk mendapat kesenangan hidup (seperti mencuri, meragut).. Ataupun kita hanya pandai MENRUNGUT sahaja setiap kali kesusahan menimpa?? Maka jikalau kita diuji dalam kesusahan, BERUSAHALAH utk mengubah kehidupan kita. Jangan fikir jikalau kita GAGAL sekali, brmkna kita telah gagal.. TIDAK!! Gagal itu merupakan satu cara untuk kita bangkit kembali supaya menjadi lebih BERJAYA di masa akan datang. Konklusinya, jikalau kita diuji KESENANGAN, maka BERSYUKURLAH, dan dermalah kepada jalan yg diredhai Allah S.W.T.. Tetapi jikalau kita diuji KESUSAHAN, maka TAWAKKAL pada diri,CARI KESALAHAN DIRI, BERUSAHA untuk mengubah hidup kita.. Wallahualam.. =)

Friday, 8 March 2013

Soal & Jawab #8 (Bersama Ustaz Azhar Idrus)



Soalan : Hukum Sambut Countdown. Bukankah Ini Perayaan Orang Kafir?

Jawapan : Kata Ulama2, countdown  ini sebenarnya BUKAN perayaan. TIDAK HARAM menyambut countdown.. TETAPI yg  HARAMnya  adalah PERBUATAN KITA. CARA SAMBUTAN itu yg boleh menyebabkannya HARAM. Contohnya.. Babi itu sendiri tidak haram tetapi yg HARAMnya ialah MAKAN BABI. Jikalau kita menyambutnya dgn MINUM ARAK, BERZINA, BERPESTA sehingga lupa diri, itulah yg HARAM. Tetapi jikalau kita menyambutnya dgn pergi ke kuliah2 atau ceramah2 agama, itu yg HALALnya.



Soalan : Hukum Main Bunga Api

Jawapan : Benda yg MEMBAZIR hanyalah diantara MAKRUH atau HARAM. Maka bunga api ini dikira sebagai MEMBAZIR. Ia boleh jadi MAKRUH dan boleh juga jadi HARAM. Jikalau kita membelinya sekadar main secara kecil-kecilan (utk anak2 khususnya) maka ia adalah MAKRUH kerana tidak menggunakan kadar perbelanjaan yg tinggi, hanya rendah (dlm beberapa ringgit). Tetapi membazir  seperti saudara syaitan iaitu HARAM adalah apabila membelanjakan bunga api sehingga BERIBU-RIBU ringgit (kadar perbelanjaan yg TINGGI). Jikalau menggunakan duit orang ramai (seperti  duit rakyat) LEBIH-LEBIH lagilah HARAMnya. MEMBAZIR melebihi HAK BATAS maka ia akan jadi HARAM. Utk MERCUN, jikalau sehingga HILANG ANGGOTA BADAN (putus jari, etc) maka HARAM hukumnya.


Soalan : Ustaz Pernah Berkata Dalam Satu Ceramah Di Youtube Bahawa Isteri Solehah Akan Menghibur Dan Menyanyi Utk Suami Di Rumah.. Kalau Suara Isteri Tak Sedap.. Kena Nyanyi Jugak Ke??

Jawapan : BUKAN WAJIB seorng isteri itu MENYANYI tetapi yg WAJIB ialah MENGHIBUR SUAMI. Tidak kiralah sama ada menghibur suami melalui SENYUMAN, PERCAKAPAN, CARA JALAN dan sebagainya.. Kalau kita mahukan suara yg sedap, kita dengar suara orang lain (penyanyi), TETAPI dia BUKANlah penghibur kita (suami).. PENGHIBUR kita, ISTERI kitalah.. kerana dialah yg basuh baju, beranakkan anak kita, sediakan makan minum kita.. Dan itulah PENGHIBUR NO.1..

(Sumber : Sambutan Ambang 2012 Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Raja Lawak)

Thursday, 7 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #13

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah S.W.T pada hari kiamat ialah; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."
(Riwayat al-Hakim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 50)

Keterangan : Ingatlah bahawa JANGAN sesekali kita menderhakai ibu bapa kita kerana sesungguhnya balasan akan dikenakan di dunia & akhirat.. Sebab itu, apabila kita berjaya dalam kerjaya, JAGALAH ibu bapa kita sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil.. Kerana mereka hanya SEPASANG (ibu dan bapa) di dunia ini.. Apabila mereka meninggal dunia, JANGANLAH kita MENYESAL atas perbuatan kita terhadap mereka sebaliknya DOAKANLAH mereka supaya ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.. InsyaAllah.. Manakala utk arak pula..

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Hindarkanlah diri daripada arak, sesungguhnya ia adalah pembuka segala kejahatan."
(Riwayat al-Hakim)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 78)

Kerana apabila kita mabuk (akibat minum arak), kita tidak akan dapat berfikir dengan waras, maka lebih banyak perkara2 jahat yg boleh kita lakukan ketika mabuk.. Dan jikalau kita mati selepas minum arak, ia bermakna kita mati dalam keadaan yg hina.. Utk yg ketiga, apabila kita menyebut pemberian (sedekah, dll) itu menunjukkan bahawa kita ini riak dan takbur atas pemberian Allah S.W.T.. Ini boleh menyebabkan kita lupa dan alpa pada Allah dan seterusnya berkuranganlah amalan2 kita terhadapNya.. Dan...

Daripada bin Mas'ud r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga bagi orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 116)

Apabila kita bersedekah atau memberi sesuatu yg dapat menyenangkan orang lain (utk berbuat baik), buatlah secara IKHLAS tanpa memberitahu orang lain.. Kerana..

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Bersedekah secara sembunyi 'memadam' kemarahan Tuhan."
(Riwayat al-Tabrani)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 110)

Tingkatkanlah amalan kita (terutamanya yg Sunat, dan kualiti yg Wajib) supaya kita dapat menghindari ketiga-tiga perkara yg telah disabdakan Rasulullah S.A.W... Wallahulam.. =D

Wednesday, 6 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #12

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan."
(Riwayat al-Bukhari)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 18)

Keterangan : Mungkin kita sendiri pernah mengalaminya atau melihatnya, bahawa apabila kita atau seseorang itu sihat, akan melakukan sesuatu yg tidak diredhai Allah S.W.T seperti mencuri, menipu, merasuah, atau melakukan perkara2 yg haram.. Itulah perkara yg sering kebanyakan manusia lakukan apabila mereka sihat. Tetapi apabila sakit, baru nak mula beribadah kepada Allah S.W.T.. Barulah nak sedar.. Barulah nak bertaubat.. Subhanallah.. Tetapi jikalau kita BERTAUBAT pada masa itu juga Allah mengampunkan kita.. Dengan syarat tidak mengulangi perkara keji tersebut.. Tetapi apa gunanya jikalau kita bertaubat apabila sakit?? Adakah kita dapat melakukan ibadah dengan lebih banyak atau lebih sempurna?? Melainkan sewaktu kita SIHAT.. Yang kedua, sewaktu lapang atau free time, adakah kita mengisinya dengan perkara-perkara berfaedah?? Ataupun kita hanya melakukan perkara2 lara?? Ingatlah bahawa sewaktu kita sihat dan lapang inilah masa yg terbaik utk meningkatkan amal ibadah kita terhadap Allah S.W.T.. Berubahlah kpd jalan yg benar.. Biarlah perubahan itu sedikit demi sedikit.. Kerana Allah Maha Mengetahui.. Apa yg Allah lihat adalah HATI kamu BUKANNYA rupa paras kamu... Wallahualam.. =)

Tuesday, 5 March 2013

Jom Makan & Minum Yg HALAL

Sebelum makan bacalah basmalah, atau lebih baik lagi Doa Makan.. Sesudah makan atau selepas sendawa, ucaplah "Alhamdulillah". Itulah tanda bahawa kita mensyukuri nikmat Allah S.W.T.. tetapi apakah makanan yg kita makan itu 100% Halal?? Makanan yg Halal adalah makanan yg dibenarkan utk makan dlm Islam.. Juga makanan daripada SUMBER yg Halal.. Makanan yg BERSIH.. Tidak kotor atau dicampur adukkan dgn yg Haram.. Jikalau kita (suami) memberi makan minum kepada keluarga kita drpd sumber yg Haram (seperti rasuah, hasil riba', penjualan yg haram), maka HARAMLAH makanan dan minuman itu.. Jikalau para isteri atau anak2 ketahui hal sebegini.. NASIHATILAH si suami/ayah.. Jauhilah makanan dan minuman ini.. Dan JANGANLAH SESEKALI makan atau minum yg Haram (seperti Arak, Daging Babi).. Dan tunjukkanlah apakah bahananya makanan HARAM.. Dan bahana2 tersebut ialah :

1) HATI MENJADI GELAP~~~
Para Ulama sering berpesan :"Sesiapa yg memakan makanan syubhah selama 40 hari maka gelaplah hatinya." Hati yg gelap tersangat-sangatlah sukarnya untuk kita menunaikan kewajipan terhadap Allah S.W.T..  Imam al-Ghazali menukilkan dalam Ihya' 'Ulum al-Din bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, maksudnya :
"Sesiapa yang memakan sesuatu yang halal selama 40 hari, nescaya Allah akan menerangi hatinya dan mengalirkan kearifan hati melalui lidahnya."
Sayidina Abu Bakar al-Siddiq pernah memuntahkan susu yg terminum olehnya apabila diketahui susu itu diperoleh dengan cara yg haram.

2) FIKIRAN ROSAK
Firman Allah S.W.T, Maksudnya :
"Wahai orang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal), daripada yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar beribadah kepada-Nya."
(Surah al-Baqarah 2: 172)
Makanan yang haram akan ada sesuatu yg dapat merosakkan minda fikiran kita.. Ada kesan pada tubuh badan kita atau sel2 badan kita.. misalnya daging babi mempunyai sejenis kuman di mana walaupun dimasak berkali-kali, tidak mati kuman itu. Dan lama kelamaan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan.. Manakala arak dapat memabukkan atau mengkhayalkan kita, dan apabila kita mabuk, kita tidak dapat berfikir dengan waras.. Dan menyebabkan tindakan kita di luar kawalan dan selalunya membahayakan diri sendiri dan orang2 di sekeliling kita.

3) TIDAK DAPAT MENJANA IBADAH
Imam al-Ghazali telah menulis :
"Jangan banyak makan dan minum pada waktu siang dan awal malam. Banyak makan akan mengundang rasa mengantuk dan memberatkan seseorang bangun malam untuk beribadah."
Janganlah kita makan makanan terlalu banyak kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan kita sukar untuk melakukan ibadah pada waktu malam, seperti Qiyamulail. Kerana apabila perut terlalu kenyang, ia memerlukan oksigen yg banyak untuk proses penghadaman. Apabila aliran oksigen ke otak tidak lancar, ia menyebabkan  kita mudah rasa mengantuk.

4) EMOSI TIDAK STABIL
Seperti yg telah dinyatakan di atas, misalnya kita meminum minuman yg memabukkan (cth arak), minuman tersebut akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal diri dan menyebabkan emosi terganggu.. Dan emosi yg terganggu amat merbahaya kepada diri sendiri dan kepada orang sekeliling kita..

(Sumber : Majalah SOLUSI Isu 47 > m/s 18-19, dan ada ditambah)

Monday, 4 March 2013

Mengikut Jejak Langkah Rasulullah S.A.W #11

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W Bersabda yang bermaksud :
"Seseorang insan dalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 14)

Keterangan : Lihat sahaja keadaan sekarang ini.. Ramai anak2 muda berperangai sama seperti rakan2 mereka.. Sebab itulah BERHATI-HATI dalam memilih kawan.. BIARLAH jikalau kita tiada kawan sekalipun jikalau semua orang di situ berperangai kurang elok.. Kerana kadang kala kawanlah yg boleh menarik kita ke neraka.. TETAPI bukan semua begitu... Segelintir sahaja.. Tetapi jikalau dilihat pada zaman sekarang ini, amat SUKAR utk kita mencari kawan yg baik dari segi rohani dan jasmaninya.. BIARLAH kita dicai/dihina/dikutuk atau dikata "BERLAGAK/SOMBONG" oleh orang ramai, JANGAN kita tersalah pilih kawan.. Pilihlah sahabat yg baik.. Setiap orang pasti ada kekurangan dan kelebihannya.. Maka TERIMALAH dgn hati terbuka.. Dan bantulah dia mengubah kekurangannya.. Dan tukarkannya menjadi satu KELEBIHAN.. InsyaAllah kita akan dipelihara di dunia & Akhirat... Jikalau kita berperangai baik, InsyaAllah kawan2 kita juga baik.. Jikalau pilih pasangan hidup juga.. Pilihlah yg baik2 serta taat pada perintah Allah S.W.T.. Wallahualam.. =)

Sunday, 3 March 2013

Soal & Jawab #7 ( Bersama Ustaz Fadhli Al-Yamani )

Soalan : Adakah sah solat bg makmum duduk tahiyat tatkala imam terlupa dan terus qiyam (berdiri) untuk rakaat ketiga. Adakah imam mesti turun semula melakukan tahiyat awal setelah ditegur makmum?

Jawapan : Makmum yg melakukan duduk tahiyat awal sedangkan imam qiyam, maka solatnya BATAL. Sebaliknya jika makmum meninggalkan tahiyat awal sedangkan imam melakukan tahiyat awal, maka solatnya tetap SAH.
  SUNAT bagi imam turun utk melakukan tahiyat awal dan sujud sahwi, sekiranya dia duduk semula utk tahiyat awal, selepas ditegur oleh makmum ataupun dia mengetahui dengan sendiri kesilapannya dengan syarat imam tersebut belum berdiri betul, hanya melepasi tahap rukuk.
  Sebaliknya jika kedudukan imam sebelum tahap rukuk dan dia turun utk tahiyat awal, maka tidak perlu untuknya melakukan sujud sahwi.


Soalan : Saya bekerja di luar negara. Saya kerap menunaikan solat di dalam tandas yg bersih kerana mahu bersembunyi daripada majikan yg tidak memberi peluang utk menunaikan solat kerana mengutamakan kerja. Adakah solat saya diterima?

Jawapan : Solat yg dilaksanakan di dalam tandas adalah MAKRUH, tetapi SAH SEKIRANYA dialaskan dengan sesuatu yg bersih dan kering.

Friday, 1 March 2013

March Already ??

  Pertama sekali, marilah kita bersyukur kpd Allah S.W.T kerana telah memberi kita peluang utk bernafas sebulan dlm bulan Februari.. Kpd umat Islam yg telah kembali ke Rahmatullah, saya ingin ucapkan takziah serta doakan agar mereka2 yg telah pergi berada dalam kalangan orang2 yg beriman.. InsyaAllah.. Bersempena dgn bulan ini, janganlah kita terlalu leka dgn perkara duniawi dan tingkatkanlah keimanan serta ketaqwaan kita terhadap Allah S.W.T.. kerana..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat kepadanya."
(Riwayat al-Tirmizi)

(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 48)

  Selalunya bulan march ini para pelajar sekolah sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi ujian penilaian.. Ketahuilah bahawa apa yg Allah lihat ialah USAHA kamu.. Tidak semestinya jikalau kamu "gagal" mencapai target kamu bererti kamu gagal.. Tidak sama sekali.. Kerana KEGAGALAN itulah sebenar-benarnya mendidik kamu untuk bangkit dan berusaha utk mencapai cita2 kamu.. Maka TERUSKANLAH USAHA!! Huhu.. dlm bulan ini juga.. KEPUTUSAN SPM bakal keluar.. Maka perbanyakkanlah DOA serta TAWAKKAL kepada-Nya.. InsyaAllah kamu akan berjaya.. Rasa "seram" laa pulak dengar perkataan SPM.. sebab saya pun bakal mengambil keputusannya.. Tetapi saya sudah berbagai-bagai usaha telah saya lakukan.. Maka sekarang ini saya akan teruskan berdoa kepada-Nya dan tawakkal.. Apa2pun keputusan yang bakal saya dapat.. saya REDHA.. InsyaAllah.. Doakan kami calon2 SPM 2012 yg terbaik.. SMILE ALWAYS,, =)