Pernah dengar tentang Surah Al-Kahfi? Ataupun kamu baca sahaja tanpa mengetahui apa surah yg kamu baca? "Lantak pi laa, asalkan aku baca..." =P .. Well, utk post hari ini saya ingin mengajak anda semua mengamalkan surah ini.
Surah Al-Kahfi ini merupakan surah ke-18 dalam Al-Quran.. Mempunyai 110 ayat dan terletak pada akhir juzuk ke-15 dan awal juzuk ke-16.. Ada menceritakan mengenai Zul-Qarnain, Yakjuj dan Makjuj, dan sebagainya.. Tetapi apa sebenar-benarnya kelebihan surah ini?
Ramai orang menganggap bahawa surah yg afdal baca pada malam Jumaat ialah Surah Yaasiin.. Tetapi hadith yg mengatakan perkara itu ialah hadith dha'if.. Apa itu hadith dha'if? Hadith dha'if ialah hadith yg boleh diamalkan tetapi tidak boleh dibawa berbincang mengenainya. Habis tu, apa surah yg afdal dibaca pada malam Jumaat? Haa, ini barulah jawapannya > Surah Al-Kahfi !!!
Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah S.W.T baginya dengan antara dua Jumaat."
(Hadith direkodkan oleh Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
[Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus (Siri 2) > m/s 107]
Ini tidak bermakna tak perlu baca Surah Yaasiin, bacalah Surah Yaasiin dan amalkanlah, cuma tidak perlu hanya pada malam Jumaat. Bacalah bila2 pun kerana keberkatan dan kelebihan membacanya pasti ada. Cuma apabila kita membaca ayat2 Al-Quran tu pastikan bacaan tajwid kita betul, takut2 terlari makna. Bahaya tu.
Itu je ke kelebihan Surah Al-Kahfi ini? Tidak!! Kelebihan yg seterusnya ialah.. Dapat melindungi kita daripada fitnah terbesar di dunia.. iaitu fitnah Dajjal.. Bagaimana? Dengan membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir di hadapan dajjal.. Maksudnya kita kena hafaz laa.. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal adalah fitnah paling bahaya. Dan itu juga salah satu tanda besar kiamat.
[Sumber : Buku Ketika Malaikat Tidak Bersayap > m/s 152]
Jadi, marilah sama2 kita meningkatkan amal ibadat kita kepada-Nya.. Wallahualam.. =)
No comments:
Post a Comment