Wednesday, 17 April 2013

Soal & Jawab #9 (Bersama Ustaz Fadhli Al-Yamani)

Soalan : Jika seseorang itu tertelan sedikit sisa makanan di dalam mulutnya ketika solat, adakah sah solatnya?

Jawapan : BATAL solatnya jika dilakukan secara sengaja walaupun makanan itu sedikit. Tetapi tidak batal sekiranya tidak sengaja. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, disunatkan berkumur-kumur secara berlebihan lebih2 lagi jikalau kita ingin bersolat selepas makan. Jikalau terdapat sisa makanan di dalam mulut, selepas berwudhuk & sebelum bersolat, ludahlah ke bawah untuk mengelak tertelannya.
(Daripada Ustaz Azhar Idrus) > Jikalau terdapat sisa makanan ketika bersolat, ludahlah ke dalam kocek sendiri dan jangan membatalkan solat secara sengaja.


Soalan : Apakah hukum solat seseorang lelaki yang memakai cincin emas dan baju sutera?

Jawapan : Solatnya SAH, tetapi perbuatannya HARAM. Harus bagi seorang lelaki dengan pakaian sutera JIKA peratusan suteranya lebih rendah daripada kain biasa.


Soalan : Bolehkah saya mengambil duit suami saya tanpa kebenarannya untuk urusan makan dan minum kami anak beranak ketika beliau melupakan nafkah kami?

Jawapan : BOLEH mengambil duit suami tanpa kebenarannya dengan hajat keperluan nafkah. Tetapi HARAM jikalau kadar pengambilannya berlebihan daripada hajat isteri dan anak-anak. NASIHATILAH suami anda dan perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T agar suami anda mengambil berat tentang perkara sebegini.


(Sumber : Majalah SOLUSI Isu 47 > m/s 38 & 39)

No comments:

Post a Comment