Assalam..
Hawa, itulah isteri kepada Nabi Adam A.S dan juga perempuan pertama diciptakan oleh-Nya drpd tulang rusuk Nabi Adam A.S. Perempuan sebenar-benarnya maruah mereka amat bernilai atau amat tinggi nilainya. Tetapi mudah tercalar jikalau tidak dijaga dgn betul. Sebab itulah had aurat mereka terhadap bukan mahram bagi mereka lebih ketat berbanding lelaki.
Kerana apa had aurat mereka lebih ketat?
>Mereka (perempuan) suka dan mudah menggoda lelaki sekeliling mereka. Dan lelaki pula mudah tergoda.
Bagaimana seseorang perempuan itu boleh menggoda?
>Pakaian, cara pemakaian, cara percakapan, gaya jalan, gaya pergerakan, bentuk badan, facial expression, dan kebanyakan perkara drpd seseorang perempuan itu boleh menggoda lelaki2 sekeliling mereka, tidak kiralah sama ada perempuan itu sedar atau tidak.
> Pakaian - Pakaian KETAT, TIDAK MENUTUP AURAT, dan JARANG.
> Cara Pemakaian - Bertudung tetapi tidak menutup bahagian dada, Bertudung tetapi ada 'bonggol' yg besar di belakang tudung (ikatan rambut yg panjang) yg boleh menyebabkan bahagian aurat (spt leher) terdedah ketika tunduk, Baju labuh tetapi berlengan pendek, dan seumpamanya.
> Cara Percakapan - Bercakap dengan nada yg 'slow' dan menggodakan, atau bercakap tentang sesuatu yg dapat meningkatkan nafsu syahwat (ini selalunya lelaki, tetapi makin ramai juga perempuan yg suka berbual tentang topik sebegini dgn 'bf' atau kawan lelaki)
> Gaya Jalan - Jalan tergedik-gedik, berjalan sehingga menyebabkan pergerakan pinggul, 'cat walk', berjalan terlalu mendada.
>Gaya Pergerakan - Hampir sama macam gaya jalan. Cuma ini adalah waktu tidak berjalan. Duduk, berdiri, dan sebagainya. Kadang2 perempuan duduk, melentok sana melentok sini dan ada yg suka menayangkan badan. Ingat seksi laa tu, seksa ada laa.. =P
> Bentuk Badan - Ini khas kpd sesiapa yg suka pakai baju ketat, kerana boleh nampak bentuk badan. And I have to tell that guys love to watch girls' bodies so much. Seriously. So watch out. Kes2 zina, rogol dan seumpamanya selalunya sebab bentuk badan seseorang perempuan.
> Facial Expression - Hoho.. ini sgt tepat kpd perempuan2 yg ada acc social network (FB, Twitter).. Igt, kalau korang buat muka comel korang tu sebenar-benarnya lelaki amat mudah tergoda. (Kecuali 'duck face' sbb ramai lelaki menyampah tengok. Tp still ada yg tergoda. So jangan buat). Dan juga kamu (perempuan) kalau berbual-bual dgn lelaki, janganlah buat reaksi muka yg mengghairahkan atau menggoda.
Apa nasihat utk perempuan2 di luar sana? Khususnya yg beragama Islam?
> Pakaian dan Cara Pemakaian - Menepati kehendak Allah S.W.T. Jadi, pakaian dilabuhkan, tidak jarang, bertudung dan menutup
dada, dan 'sorokkan' rambut panjang (ikat sekecil-kecilnya sehingga
tidak 'berbonggol', melainkan rambut terlalu panjng dan tidak boleh
'disorokkan' lagi) dan pakaian yg menutup aurat.
> Cara Percakapan - Cakap dgn nada tegas dan berlembut pada waktu yg tertentu.
[Atau ckp mcm askar, confirm lelaki pun takut nak dekat.. Hehe XD]
> Cara Jalan - Berjalan seperti biasa, kelajuan seperti biasa. [Atau jalan macam kawat.. kan senang? =P]
> Gaya Pergerakan - Apabila duduk, duduk spt seorang CEO dan jangan
melentok-lentokkan badan macam ulat gonggok. Berdiri tegak macam askar
dan jangan macam lalang ditiup angin (tak tetap posisi badan)
> Bentuk Badan - Pakaian jangan menampakkan bentuk tubuh badan, jalan dan pergerakan jangan mendada dan 'cat walk'.
> Facial Expression - Senang cerita, kalau utk DP kat acc social network tu, letak
gmbr cartoon ke, atau gambar passport, IC ataupun gambar yg reaksi
mukanya macam biasa [Reaksi muka 'mintak pelempang' yg terbaik.. Wakaka
XD]
>> Sebab utama saya membuat post sebegini adalah kerana di FB dan YouTube, makin ramai perempuan (terutamanya beragama Islam) membuat video2 ..Uhh.. Gwiyomi? Gyiwomi? Tak kisahlah apapun ejaannya. Tp apa yg saya tahu ialah video2 ini menampilkan gaya2 comel perempuan (Kalau lelaki buat, memang putus selera makan.. =P) .. Ingat!! Walaupun kamu menutup aurat dgn betul tetapi GAYA kamu menggodakan atau mengghairahkan. Tetap hukumnya HARAM.. Kerana menggodakan.. Sehinggakan ada hadis yg menyebutkan tentang godaan wanita..
Daripada Usamah bin Zaid r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 88]
Sebab itu, hati-hatilah wahai kaum hawa.. Kerana takut2 godaan kamu (dalam sedar atau tidak sedar), menyebabkan kamu tergolong dalam mereka2 yg terlibat dalam jenayah rogol, zina, maksiat dan seumpamanya. Lelaki ini mudah tergoda. Mereka sentiasa berusaha utk mendapatkan apa yg nafsu mereka inginkan. Sekarang ini apa yg saya dengar ialah, ada pihak yg menggunakan sejenis pil yg dapat mengkhayalkan seseorang dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengingat peristiwa yg berlaku selepas memakan atau termakan pil tersebut. Dan menyebabkan kejadian rogol pun berlaku tanpa disedari. Waspadalah wahai kaum Hawa !! Tingkatkanlah hubungan kamu dengan Allah S.W.T, InsyaAllah kejadiaan yg tidak diingini tidak berlaku.. Wallahualam.. =)
No comments:
Post a Comment