Assalamualaikum, sebelum saya mengolah tajuk di atas, saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak 'update' blog ini. Bukannya tidak mahu tapi ada internet connection problem. Agak lama sebenarnya. Tapi apa2pun, mulai dari hari ini, InsyaAllah saya akan terus update blog ini... =)
Semua tahu bahawa perasaan riak & takabbur amat berbahaya, tetapi ramai yg tidak tahu bahawa bukan sahaja hanya perbuatan berunsurkan riak & takabbur ini sahaja yg dilarang TETAPI juga yg terdapat di HATI.. Maka ramai yg telah melalui perkara sebegini tetapi tidak sedar. Sebagaimana dalam hadis :
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Cuba lihat 5 ayat yg terakhir --> "Walau sebesar zarah perasaan takabbur" <-- ... Ini menunjukkan bahawa begitu bahayanya perasaan ini.. Pernah dengar tentang seorang hartawan yg bernama Qarun? Tahu tentang kisahnya? Qarun ini merupakan seorang yang mempunyai harta yg amat banyak, namun kerana ketamakannya dan tidak mendermakan walau sedikit hartanya kepada fakir miskin dan anak2 yatim, akibatnya balasan Allah S.W.T menimpa dia.. Iaitu ditenggelamkan di dalam bumi termasuk harta2nya. (Kalau tak silap saya, sebab itulah harta karun ada perkataan Karun di belakangnya.. sebab harta karun kan harta yg dijumpai di tempat2 yg tersembunyi..)
Bagaimana perasaan riak & takabbur ini boleh terjadi?
> Selalunya kerana HARTA & PANGKAT... Malahan AMAL IBADAT.. Seseorang itu yg terlalu suka menunjuk-nunjuk atau suka menyebut pemberiannya akan perkara2 tersebut.. Sehingga berasa terlalu BANGGA DIRI dan menindas orang2 yg 'lemah' atau 'kurang' daripada orang2 riak ini..
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."
(Riwayat al-Hakim)
Apa perkara yg boleh terjadi akibat perasaan riak & takabbur ini?
> Apabila riak & takabbur ini 'bersatu' dalam diri, mula2 akan timbullah perasaan meninggi diri, kedua mulalah perasaan benci atau tidak suka terhadap orang2 'lemah', ketiga semakin lama semakin sukar mereka2 ini untuk berbuat baik (sedekah) dan mulalah menyebut2 pemberiannya, keempat duniawi jauh lebih tinggi berbanding teringat kepada akhirat, kelima mulalah meninggalkan pekara2 wajib dilaksanakan (solat), keenam lupa kepada Allah S.W.T dan perkara2 tentang agama... Sebab itulah setinggi manapun iman kamu, JANGAN sesekali ada perasaan riak & takabbur.. Apatah lagi kepada yg masih goyah lagi imannya..
Bagaimana nak mengelakkan perasaan atau perbuatan sebegini?
> Kejar kemajuan & kekayaan duniawi tiada masalah ASALKAN jangan tinggalkan perkara2 wajib dan ilmu2 tentang akhirat.. Sentiasa melakukan solat sunat taubat, bersedekah, memberi dgan ikhlas (tanpa menyebut2 pemberian), sentiasa mendengar teguran & nasihat orang2 sekeliling, membahagikan harta kekayaan untuk keperluan diri & keluarga dan juga untuk akhirat (menunaikan haji/umrah, zakat, sedekah), dan sentiasa bersifat sederhana walau banyak manapun harta.. InsyaAllah tiadalah perasaan riak & takabbur dalam diri.. =)
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Wallahulam.. =D
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 50, 106, 116)
No comments:
Post a Comment