Assalam..
Nak tanya ni, siapa yg tak ada perasaan malu di sini? Ada? Atau tiada? Of course laa ada dalam diri setiap drpd kita. Cuma persoalannya.. Bila kita rasa malu? Dan kita malu sebab apa? Bagus tak kalau ada perasaan malu ni? Well.. Sememangnya bagus perasaan malu ni kerana...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga."
(Riwayat al-Tirmizi)
Well? Bagus tak? Sudah tentunya laa bagus!! Tetapi jikalau kita lihat keadaan sekarang ni, ada juga perasaan malu yg tidak bagus.. Contohnya? Ada pernah tak dengar atau lihat seseorang (terutamanya perempuan) yg berkata..
"Eh MALU laa nak bertudung.. Nanti orang kata apa pulak.. Mesti ada orang kata aku ni bajet alim.." .. atau ayat ini ..
"Nak tanya laa Ustaz tu pasal masalah aku ni.. tapi MALU laa pulak.. nanti mesti kawan2 aku gelakkan aku.."
Dan seumpamanya.. INGATLAH!! Bahawa sekiranya kita malu utk melakukan kebaikan, dan kita tidak melakukan kebaikan itu kerana perasaan malu kita, tidak lain tidak bukan kita adalah tergolong dalam mereka2 yg berdosa.. Kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati.. Sebab itu kita kena sentiasa berbuat baik dan melaksanakan kewajipan kita sebagai orang Islam.. PEDULIKAN apa kata rakan2 atau orang2 sekeliling kita terhadap perbuatan baik kita, kerana yg membalas kebaikannya bukanlah mereka tetapi Allah S.W.T.. Yang penting ialah NIAT kita.. USAHA kita.. dan PERLAKSANAAN kita.. Biarlah kita daripada 'zero' .. kerana lama kelamaan kita akan menjadi 'HERO'.. InsyaAllah.. Jikalau kita dahulu merupakan seseorang yg sentiasa diliputi dosa, teruskan usaha kita utk berubah ke arah kebaikan dan ke arah jalan yg benar, Dan niatlah kerana Allah S.W.T.. Menyesalkanlah atas kesalahan kita yg dahulu.. dan bertaubatlah!! Kerana...
Dariapda Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Penyesalan adalah taubat."
(Riwayat Ibn Majah)
Lihatlah betapa untungnya kita sebagai umat Islam.. Ini sedikit kata2 drpd Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya yg telah saya tonton di Youtube..
"Jikalau kita baru habis berjudi (dosa besar), lepas tu kita bertaubat, sedangkan kad terup ada lagi dalam kocek, Allah S.W.T terima taubat kita.. Jikalau kita baru habis minum arak (dosa besar), berbotol-botol sekalipun, lepas tu kita bertaubat, walaupun ada lagi botol arak di tangan.. Allah S.W.T terima taubat kita. Jikalau kita baru habis berzina (berdosa besar), dan lepas tu kita bertaubat, Allah S.W.T terima taubat kita.." Sememangnya kita teramatlah beruntung.. Alhamdulillah.. tetapi jikalau kita bertaubat, ingatlah syaratnya iaitu JANGAN MENGULANGINYA...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."
(Riwayat al-Tirmizi)
Jikalau kita malu, MALULAH kepada Allah S.W.T atas perbuatan serong kita. MALULAH kepada Allah S.W.T sekiranya kita tidak melaksanakan kewajipan.. Dan JANGAN sesekali kita hilangkan perasaan malu kita.. kerana,..
Daripada Mas'us al-Badri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu : 'Apabila engkau tidak merasai malu lakukan apa sahaja yang kamu mahukan."
(Riwayat al-Bukhari)
Apa yg kita dapat lihat tentang keadaan sekarang ini ialah.. ramai orang malu dan menyesal atas kesalahan SETELAH ditangkap atau dihebahkan di media. Nauzubillah.. Sebelum perkara sebegitu terjadi.. teruskanlah amal ibadat kita.. yg wajib pasti, yg sunat ditingkatkan.. dan malulah pada diri sendiri apabila kita melakukan kesalahan.. dan bertaubatlah.. Mudah-mudahan Allah S.W.T terima taubat kita dan buka hati utk melakukan lebih banyak kebaikan drpd biasa,. InsyaAllah... =)
(Sumber hadith : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 20, 48 ,136 ,138)
No comments:
Post a Comment