Friday, 26 April 2013

Soal & Jawab #10 (Bersama Ustaz Azhar Idrus)



Soalan : Ada Orang Kata Hiburan Itu Melalaikan, Sebab Itu Haram. Apa Pendapat Ustaz?

Jawapan : Dalam Al-Quran ada menjelaskan bahawa kebanyakan hidupan ini adalah hiburan, BUKAN menunjukkan bahawa ianya haram tetapi menunjukkan bahawa manusia memang suka kpd hiburan. Kita bermain (hibur) utk HILANGkan KELESUAN atau RESAH atau BOSAN. Islam ini BUKAN agama menghalang tetapi ia adalah utk MENDIDIK. Maka hiburan adalah DIBENARKAN cuma kita perlulah MENGAWAL DIRI. JANGAN sehingga MELALAIKAN diri drpd melakukan perkara2 yg wajib. Tetapi janganlah kita berhibur hiburan yg HARAM seperti MINUM ARAK, ZINA. Kita cipta hiburan maka kita kena KAWAL hiburan, biarlah kerana ALLAH S.W.T.



Soalan : Di Dalam Satu VCD Kuliah Ustaz, Ustaz Ada Kata Bahawa Orang Perempuan Tidak Wajib Memakai Tudung.. Lepas Tu VCD Saya Sangkut. Soalannya Ialah Wajib Atau Tidak Perempuan Pakai Tudung?

Jawapan : Ni mesti vcd pirate nih.. XP ... Memang betul orang perempuan tidak wajib memakai tudung, sebab orang perempuan ini WAJIB MENUTUP AURAT bukan wajib pakai tudung. Sebab kalau perempuan pakai tudung tapi pakai baju ketat, boleh?? Kalau perempuan pakai tudung tapi seluar belah sampai ke peha, boleh?? TIDAK BOLEH kerana itu tidak menepati syarat menutup aurat. Dua syarat menutup aurat, yg pertama ialah MENUTUP TUBUH yg wajib ditutup dan yg kedua ialah TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH BADAN



Soalan : Semasa Sedang Saya Tahiyat Awal, Anak Saya Yg Berumur 2 Tahun Naik Atas Riba Saya. Batal Tak Solat Saya?

Jawapan : Disebut oleh para ulama, apabila anak kita ADA NAJIS (sama ada pd kemaluannya, pd seluarnya, atau mana2 di tubuh badannya)dan anak kita datang duduk di atas riba kita (atau di mana2) ketika sedang solat atas maka kita kena ANGKAT dan LETAK di sebelah kerana kita MENANGGUNG NAJIS. Tetapi sekiranya TIADA najis, tidak mengapa kerana memang perangai budak2 yg suka bermain. Dan jikalau BINATANG (spt kucing) datang dan duduk di ats kita (ketika solat) juga tidak mengapa asalkan TIADA NAJIS.  Pd suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang menjadi imam, datang cucunya (Hussin)dan naik di belakang baginda ketika sedang sujud. Maka lamalah Rasulullah S.A.W sujud sehingga Hussin itu habis bermain di belakang baginda. Bukan suruh mian dlm solat, tetapi dlm solat juga boleh meraikan kanak2

No comments:

Post a Comment