Assalam..
Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan lari drpd membuat kesilapan. Tidak kiralah sama ada dalam kita menyedarinya atau tidak.. Kadang kala perbuatan baik kita juga boleh membawa kepada dosa. Bagaimana? Apabila niat kita serong (cth : Buat krna inginkan sesuatu yg tidak membawa faedah kpd diri). Huhu.. Rasanya tidak terkira laa dosa2 kita ye? Sebab tu laa selain melaksanakan perkara2 wajib, kita juga perlu sentiasa berbuat baik dan niatnya kerana Allah S.W.T. Dah sedar diri bahawa kita mempunyai banyak dosa? Rasa bersalah? Jadi inilah beberapa cara utk menghapuskan dosa.. =)
1) QIAMULLAIL
> "Setiap malam Allah turun ke langit dunia tatkala malam berbaki sepertiga lagi. Allah menyeru :
'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku sahutnya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, pasti Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan, pasti Aku ampuninya.'"
(Riwayat al-Bukhari)
2) BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT
> "Tidak ada seorang yang mandi sempena hari Jumaat, membersihkan dirinya sebersih mampunya, memakai minyak rambut kemudian dia solat dan senyap semasa imam berkhutbah, melainkan Allah mengampunkan semua dosanya antara hari itu dengan hari Jumaat yang akan datang."
(Riwayat al-Bukhari)
3) BERSYUKUR
> "Sesiapa yang makan satu juadah kemudian mengucapkan : 'Alhamdulillah yang memberikan aku makan dengan ini dan merezekikannya tanpa daya dan upaya daripadaku.' . maka diampunkan semua dosa lampaunya."
(Riwayat Abu Daud)
4) BERWUDHUK
> "Sesiapa yang berwudhuk dengan sebaik mungkin, maka akan keluarlah dosa-dosa daripada tubuhnya hatta terkeluar juga dari bawah jari-jarinya."
(Riwayat Muslim)
5) MUSIBAH
> "Tiada sesuatu pun yang menimpa seorang Mukmin sama ada berupa keletihan, kelelahan, kesakitan, kesedihan hatta kebimbangan melainkan dengannya Allah hapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[Sumber : Majalah SOLUSI Isu 54 . m/s 84]
Walau apapun, teruskanlah berbuat baik dengan niat yg ikhlas kerana Allah S.W.T. Sesungguhnya ganjaran daripadaNya sudah ada. Tidak di dunia, di akhirat pasti. Sentiasalah memohon ampun daripada Allah S.W.T dan orng2 yg telah kita melakukan kesilapan terhadapnya. Lakukanlah Solat Sunat Taubat. Walaupun kamu rasa kamu tidak membuat kesilapan. Kerana kita manusia yg tidak sempurna dan tidak lari daripada kesalahan. Wallahualam.. =D
No comments:
Post a Comment