Assalam..
Nak tanya ni, siapa yg tak ada perasaan malu di sini? Ada? Atau tiada? Of course laa ada dalam diri setiap drpd kita. Cuma persoalannya.. Bila kita rasa malu? Dan kita malu sebab apa? Bagus tak kalau ada perasaan malu ni? Well.. Sememangnya bagus perasaan malu ni kerana...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga."
(Riwayat al-Tirmizi)
Well? Bagus tak? Sudah tentunya laa bagus!! Tetapi jikalau kita lihat keadaan sekarang ni, ada juga perasaan malu yg tidak bagus.. Contohnya? Ada pernah tak dengar atau lihat seseorang (terutamanya perempuan) yg berkata..
"Eh MALU laa nak bertudung.. Nanti orang kata apa pulak.. Mesti ada orang kata aku ni bajet alim.." .. atau ayat ini ..
"Nak tanya laa Ustaz tu pasal masalah aku ni.. tapi MALU laa pulak.. nanti mesti kawan2 aku gelakkan aku.."
Dan seumpamanya.. INGATLAH!! Bahawa sekiranya kita malu utk melakukan kebaikan, dan kita tidak melakukan kebaikan itu kerana perasaan malu kita, tidak lain tidak bukan kita adalah tergolong dalam mereka2 yg berdosa.. Kerana kita tidak tahu bilakah kita akan mati.. Sebab itu kita kena sentiasa berbuat baik dan melaksanakan kewajipan kita sebagai orang Islam.. PEDULIKAN apa kata rakan2 atau orang2 sekeliling kita terhadap perbuatan baik kita, kerana yg membalas kebaikannya bukanlah mereka tetapi Allah S.W.T.. Yang penting ialah NIAT kita.. USAHA kita.. dan PERLAKSANAAN kita.. Biarlah kita daripada 'zero' .. kerana lama kelamaan kita akan menjadi 'HERO'.. InsyaAllah.. Jikalau kita dahulu merupakan seseorang yg sentiasa diliputi dosa, teruskan usaha kita utk berubah ke arah kebaikan dan ke arah jalan yg benar, Dan niatlah kerana Allah S.W.T.. Menyesalkanlah atas kesalahan kita yg dahulu.. dan bertaubatlah!! Kerana...
Dariapda Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Penyesalan adalah taubat."
(Riwayat Ibn Majah)
Lihatlah betapa untungnya kita sebagai umat Islam.. Ini sedikit kata2 drpd Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya yg telah saya tonton di Youtube..
"Jikalau kita baru habis berjudi (dosa besar), lepas tu kita bertaubat, sedangkan kad terup ada lagi dalam kocek, Allah S.W.T terima taubat kita.. Jikalau kita baru habis minum arak (dosa besar), berbotol-botol sekalipun, lepas tu kita bertaubat, walaupun ada lagi botol arak di tangan.. Allah S.W.T terima taubat kita. Jikalau kita baru habis berzina (berdosa besar), dan lepas tu kita bertaubat, Allah S.W.T terima taubat kita.." Sememangnya kita teramatlah beruntung.. Alhamdulillah.. tetapi jikalau kita bertaubat, ingatlah syaratnya iaitu JANGAN MENGULANGINYA...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Daripada kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan suatu yang tidak bermanfaat kepadanya."
(Riwayat al-Tirmizi)
Jikalau kita malu, MALULAH kepada Allah S.W.T atas perbuatan serong kita. MALULAH kepada Allah S.W.T sekiranya kita tidak melaksanakan kewajipan.. Dan JANGAN sesekali kita hilangkan perasaan malu kita.. kerana,..
Daripada Mas'us al-Badri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu : 'Apabila engkau tidak merasai malu lakukan apa sahaja yang kamu mahukan."
(Riwayat al-Bukhari)
Apa yg kita dapat lihat tentang keadaan sekarang ini ialah.. ramai orang malu dan menyesal atas kesalahan SETELAH ditangkap atau dihebahkan di media. Nauzubillah.. Sebelum perkara sebegitu terjadi.. teruskanlah amal ibadat kita.. yg wajib pasti, yg sunat ditingkatkan.. dan malulah pada diri sendiri apabila kita melakukan kesalahan.. dan bertaubatlah.. Mudah-mudahan Allah S.W.T terima taubat kita dan buka hati utk melakukan lebih banyak kebaikan drpd biasa,. InsyaAllah... =)
(Sumber hadith : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 20, 48 ,136 ,138)
Tuesday, 30 April 2013
Friday, 26 April 2013
Soal & Jawab #10 (Bersama Ustaz Azhar Idrus)
Soalan : Ada Orang Kata Hiburan
Itu Melalaikan, Sebab Itu Haram. Apa Pendapat Ustaz?
Jawapan : Dalam Al-Quran ada
menjelaskan bahawa kebanyakan hidupan ini adalah hiburan, BUKAN menunjukkan
bahawa ianya haram tetapi menunjukkan bahawa manusia memang suka kpd hiburan.
Kita bermain (hibur) utk HILANGkan KELESUAN atau RESAH atau BOSAN. Islam ini
BUKAN agama menghalang tetapi ia adalah utk MENDIDIK. Maka hiburan adalah
DIBENARKAN cuma kita perlulah MENGAWAL DIRI. JANGAN sehingga MELALAIKAN diri
drpd melakukan perkara2 yg wajib. Tetapi janganlah kita berhibur hiburan yg
HARAM seperti MINUM ARAK, ZINA. Kita cipta hiburan maka kita kena KAWAL
hiburan, biarlah kerana ALLAH S.W.T.
Soalan : Di Dalam Satu VCD Kuliah
Ustaz, Ustaz Ada Kata Bahawa Orang Perempuan Tidak Wajib Memakai Tudung.. Lepas
Tu VCD Saya Sangkut. Soalannya Ialah Wajib Atau Tidak Perempuan Pakai Tudung?
Jawapan : Ni mesti vcd pirate
nih.. XP ... Memang betul orang perempuan tidak wajib memakai tudung, sebab
orang perempuan ini WAJIB MENUTUP AURAT bukan wajib pakai tudung. Sebab kalau
perempuan pakai tudung tapi pakai baju ketat, boleh?? Kalau perempuan pakai
tudung tapi seluar belah sampai ke peha, boleh?? TIDAK BOLEH kerana itu tidak
menepati syarat menutup aurat. Dua syarat menutup aurat, yg pertama ialah
MENUTUP TUBUH yg wajib ditutup dan yg kedua ialah TIDAK MENAMPAKKAN BENTUK
TUBUH BADAN
Soalan : Semasa Sedang Saya Tahiyat Awal, Anak Saya Yg Berumur 2 Tahun Naik Atas Riba Saya. Batal Tak Solat Saya?
Jawapan : Disebut oleh para
ulama, apabila anak kita ADA NAJIS (sama ada pd kemaluannya, pd seluarnya, atau
mana2 di tubuh badannya)dan anak kita datang duduk di atas riba kita (atau di
mana2) ketika sedang solat atas maka kita kena ANGKAT dan LETAK di sebelah
kerana kita MENANGGUNG NAJIS. Tetapi sekiranya TIADA najis, tidak mengapa
kerana memang perangai budak2 yg suka bermain. Dan jikalau BINATANG (spt
kucing) datang dan duduk di ats kita (ketika solat) juga tidak mengapa asalkan
TIADA NAJIS. Pd suatu hari ketika
Rasulullah S.A.W sedang menjadi imam, datang cucunya (Hussin)dan naik di
belakang baginda ketika sedang sujud. Maka lamalah Rasulullah S.A.W sujud
sehingga Hussin itu habis bermain di belakang baginda. Bukan suruh mian dlm
solat, tetapi dlm solat juga boleh meraikan kanak2
Wednesday, 24 April 2013
Nak Menghapuskan Dosa?
Assalam..
Sememangnya kita sebagai manusia tidak akan lari drpd membuat kesilapan. Tidak kiralah sama ada dalam kita menyedarinya atau tidak.. Kadang kala perbuatan baik kita juga boleh membawa kepada dosa. Bagaimana? Apabila niat kita serong (cth : Buat krna inginkan sesuatu yg tidak membawa faedah kpd diri). Huhu.. Rasanya tidak terkira laa dosa2 kita ye? Sebab tu laa selain melaksanakan perkara2 wajib, kita juga perlu sentiasa berbuat baik dan niatnya kerana Allah S.W.T. Dah sedar diri bahawa kita mempunyai banyak dosa? Rasa bersalah? Jadi inilah beberapa cara utk menghapuskan dosa.. =)
1) QIAMULLAIL
> "Setiap malam Allah turun ke langit dunia tatkala malam berbaki sepertiga lagi. Allah menyeru :
'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku sahutnya. Sesiapa yang meminta kepada-Ku, pasti Aku berikannya. Sesiapa yang memohon keampunan, pasti Aku ampuninya.'"
(Riwayat al-Bukhari)
2) BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT
> "Tidak ada seorang yang mandi sempena hari Jumaat, membersihkan dirinya sebersih mampunya, memakai minyak rambut kemudian dia solat dan senyap semasa imam berkhutbah, melainkan Allah mengampunkan semua dosanya antara hari itu dengan hari Jumaat yang akan datang."
(Riwayat al-Bukhari)
3) BERSYUKUR
> "Sesiapa yang makan satu juadah kemudian mengucapkan : 'Alhamdulillah yang memberikan aku makan dengan ini dan merezekikannya tanpa daya dan upaya daripadaku.' . maka diampunkan semua dosa lampaunya."
(Riwayat Abu Daud)
4) BERWUDHUK
> "Sesiapa yang berwudhuk dengan sebaik mungkin, maka akan keluarlah dosa-dosa daripada tubuhnya hatta terkeluar juga dari bawah jari-jarinya."
(Riwayat Muslim)
5) MUSIBAH
> "Tiada sesuatu pun yang menimpa seorang Mukmin sama ada berupa keletihan, kelelahan, kesakitan, kesedihan hatta kebimbangan melainkan dengannya Allah hapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[Sumber : Majalah SOLUSI Isu 54 . m/s 84]
Walau apapun, teruskanlah berbuat baik dengan niat yg ikhlas kerana Allah S.W.T. Sesungguhnya ganjaran daripadaNya sudah ada. Tidak di dunia, di akhirat pasti. Sentiasalah memohon ampun daripada Allah S.W.T dan orng2 yg telah kita melakukan kesilapan terhadapnya. Lakukanlah Solat Sunat Taubat. Walaupun kamu rasa kamu tidak membuat kesilapan. Kerana kita manusia yg tidak sempurna dan tidak lari daripada kesalahan. Wallahualam.. =D

Monday, 22 April 2013
Bahayanya Godaan Wanita...
Assalam..
Hawa, itulah isteri kepada Nabi Adam A.S dan juga perempuan pertama diciptakan oleh-Nya drpd tulang rusuk Nabi Adam A.S. Perempuan sebenar-benarnya maruah mereka amat bernilai atau amat tinggi nilainya. Tetapi mudah tercalar jikalau tidak dijaga dgn betul. Sebab itulah had aurat mereka terhadap bukan mahram bagi mereka lebih ketat berbanding lelaki.
Kerana apa had aurat mereka lebih ketat?
>Mereka (perempuan) suka dan mudah menggoda lelaki sekeliling mereka. Dan lelaki pula mudah tergoda.
Bagaimana seseorang perempuan itu boleh menggoda?
>Pakaian, cara pemakaian, cara percakapan, gaya jalan, gaya pergerakan, bentuk badan, facial expression, dan kebanyakan perkara drpd seseorang perempuan itu boleh menggoda lelaki2 sekeliling mereka, tidak kiralah sama ada perempuan itu sedar atau tidak.
> Pakaian - Pakaian KETAT, TIDAK MENUTUP AURAT, dan JARANG.
> Cara Pemakaian - Bertudung tetapi tidak menutup bahagian dada, Bertudung tetapi ada 'bonggol' yg besar di belakang tudung (ikatan rambut yg panjang) yg boleh menyebabkan bahagian aurat (spt leher) terdedah ketika tunduk, Baju labuh tetapi berlengan pendek, dan seumpamanya.
> Cara Percakapan - Bercakap dengan nada yg 'slow' dan menggodakan, atau bercakap tentang sesuatu yg dapat meningkatkan nafsu syahwat (ini selalunya lelaki, tetapi makin ramai juga perempuan yg suka berbual tentang topik sebegini dgn 'bf' atau kawan lelaki)
> Gaya Jalan - Jalan tergedik-gedik, berjalan sehingga menyebabkan pergerakan pinggul, 'cat walk', berjalan terlalu mendada.
>Gaya Pergerakan - Hampir sama macam gaya jalan. Cuma ini adalah waktu tidak berjalan. Duduk, berdiri, dan sebagainya. Kadang2 perempuan duduk, melentok sana melentok sini dan ada yg suka menayangkan badan. Ingat seksi laa tu, seksa ada laa.. =P
> Bentuk Badan - Ini khas kpd sesiapa yg suka pakai baju ketat, kerana boleh nampak bentuk badan. And I have to tell that guys love to watch girls' bodies so much. Seriously. So watch out. Kes2 zina, rogol dan seumpamanya selalunya sebab bentuk badan seseorang perempuan.
> Facial Expression - Hoho.. ini sgt tepat kpd perempuan2 yg ada acc social network (FB, Twitter).. Igt, kalau korang buat muka comel korang tu sebenar-benarnya lelaki amat mudah tergoda. (Kecuali 'duck face' sbb ramai lelaki menyampah tengok. Tp still ada yg tergoda. So jangan buat). Dan juga kamu (perempuan) kalau berbual-bual dgn lelaki, janganlah buat reaksi muka yg mengghairahkan atau menggoda.
Apa nasihat utk perempuan2 di luar sana? Khususnya yg beragama Islam?
> Pakaian dan Cara Pemakaian - Menepati kehendak Allah S.W.T. Jadi, pakaian dilabuhkan, tidak jarang, bertudung dan menutup dada, dan 'sorokkan' rambut panjang (ikat sekecil-kecilnya sehingga tidak 'berbonggol', melainkan rambut terlalu panjng dan tidak boleh 'disorokkan' lagi) dan pakaian yg menutup aurat.
> Cara Percakapan - Cakap dgn nada tegas dan berlembut pada waktu yg tertentu. [Atau ckp mcm askar, confirm lelaki pun takut nak dekat.. Hehe XD]
> Cara Jalan - Berjalan seperti biasa, kelajuan seperti biasa. [Atau jalan macam kawat.. kan senang? =P]
> Gaya Pergerakan - Apabila duduk, duduk spt seorang CEO dan jangan melentok-lentokkan badan macam ulat gonggok. Berdiri tegak macam askar dan jangan macam lalang ditiup angin (tak tetap posisi badan)
> Bentuk Badan - Pakaian jangan menampakkan bentuk tubuh badan, jalan dan pergerakan jangan mendada dan 'cat walk'.
> Facial Expression - Senang cerita, kalau utk DP kat acc social network tu, letak gmbr cartoon ke, atau gambar passport, IC ataupun gambar yg reaksi mukanya macam biasa [Reaksi muka 'mintak pelempang' yg terbaik.. Wakaka XD]
>> Sebab utama saya membuat post sebegini adalah kerana di FB dan YouTube, makin ramai perempuan (terutamanya beragama Islam) membuat video2 ..Uhh.. Gwiyomi? Gyiwomi? Tak kisahlah apapun ejaannya. Tp apa yg saya tahu ialah video2 ini menampilkan gaya2 comel perempuan (Kalau lelaki buat, memang putus selera makan.. =P) .. Ingat!! Walaupun kamu menutup aurat dgn betul tetapi GAYA kamu menggodakan atau mengghairahkan. Tetap hukumnya HARAM.. Kerana menggodakan.. Sehinggakan ada hadis yg menyebutkan tentang godaan wanita..
Daripada Usamah bin Zaid r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
[Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 88]
Sebab itu, hati-hatilah wahai kaum hawa.. Kerana takut2 godaan kamu (dalam sedar atau tidak sedar), menyebabkan kamu tergolong dalam mereka2 yg terlibat dalam jenayah rogol, zina, maksiat dan seumpamanya. Lelaki ini mudah tergoda. Mereka sentiasa berusaha utk mendapatkan apa yg nafsu mereka inginkan. Sekarang ini apa yg saya dengar ialah, ada pihak yg menggunakan sejenis pil yg dapat mengkhayalkan seseorang dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengingat peristiwa yg berlaku selepas memakan atau termakan pil tersebut. Dan menyebabkan kejadian rogol pun berlaku tanpa disedari. Waspadalah wahai kaum Hawa !! Tingkatkanlah hubungan kamu dengan Allah S.W.T, InsyaAllah kejadiaan yg tidak diingini tidak berlaku.. Wallahualam.. =)

Thursday, 18 April 2013
Surah Al-Kahfi? Apa Kelebihannya?
Pernah dengar tentang Surah Al-Kahfi? Ataupun kamu baca sahaja tanpa mengetahui apa surah yg kamu baca? "Lantak pi laa, asalkan aku baca..." =P .. Well, utk post hari ini saya ingin mengajak anda semua mengamalkan surah ini.
Surah Al-Kahfi ini merupakan surah ke-18 dalam Al-Quran.. Mempunyai 110 ayat dan terletak pada akhir juzuk ke-15 dan awal juzuk ke-16.. Ada menceritakan mengenai Zul-Qarnain, Yakjuj dan Makjuj, dan sebagainya.. Tetapi apa sebenar-benarnya kelebihan surah ini?
Ramai orang menganggap bahawa surah yg afdal baca pada malam Jumaat ialah Surah Yaasiin.. Tetapi hadith yg mengatakan perkara itu ialah hadith dha'if.. Apa itu hadith dha'if? Hadith dha'if ialah hadith yg boleh diamalkan tetapi tidak boleh dibawa berbincang mengenainya. Habis tu, apa surah yg afdal dibaca pada malam Jumaat? Haa, ini barulah jawapannya > Surah Al-Kahfi !!!
Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah S.W.T baginya dengan antara dua Jumaat."
(Hadith direkodkan oleh Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
[Sumber : Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus (Siri 2) > m/s 107]
Ini tidak bermakna tak perlu baca Surah Yaasiin, bacalah Surah Yaasiin dan amalkanlah, cuma tidak perlu hanya pada malam Jumaat. Bacalah bila2 pun kerana keberkatan dan kelebihan membacanya pasti ada. Cuma apabila kita membaca ayat2 Al-Quran tu pastikan bacaan tajwid kita betul, takut2 terlari makna. Bahaya tu.
Itu je ke kelebihan Surah Al-Kahfi ini? Tidak!! Kelebihan yg seterusnya ialah.. Dapat melindungi kita daripada fitnah terbesar di dunia.. iaitu fitnah Dajjal.. Bagaimana? Dengan membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir di hadapan dajjal.. Maksudnya kita kena hafaz laa.. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal adalah fitnah paling bahaya. Dan itu juga salah satu tanda besar kiamat.
[Sumber : Buku Ketika Malaikat Tidak Bersayap > m/s 152]
Jadi, marilah sama2 kita meningkatkan amal ibadat kita kepada-Nya.. Wallahualam.. =)

Wednesday, 17 April 2013
Soal & Jawab #9 (Bersama Ustaz Fadhli Al-Yamani)
Soalan : Jika seseorang itu tertelan sedikit sisa makanan di dalam mulutnya ketika solat, adakah sah solatnya?
Jawapan : BATAL solatnya jika dilakukan secara sengaja walaupun makanan itu sedikit. Tetapi tidak batal sekiranya tidak sengaja. Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, disunatkan berkumur-kumur secara berlebihan lebih2 lagi jikalau kita ingin bersolat selepas makan. Jikalau terdapat sisa makanan di dalam mulut, selepas berwudhuk & sebelum bersolat, ludahlah ke bawah untuk mengelak tertelannya.
(Daripada Ustaz Azhar Idrus) > Jikalau terdapat sisa makanan ketika bersolat, ludahlah ke dalam kocek sendiri dan jangan membatalkan solat secara sengaja.
Soalan : Apakah hukum solat seseorang lelaki yang memakai cincin emas dan baju sutera?
Jawapan : Solatnya SAH, tetapi perbuatannya HARAM. Harus bagi seorang lelaki dengan pakaian sutera JIKA peratusan suteranya lebih rendah daripada kain biasa.
Soalan : Bolehkah saya mengambil duit suami saya tanpa kebenarannya untuk urusan makan dan minum kami anak beranak ketika beliau melupakan nafkah kami?
Jawapan : BOLEH mengambil duit suami tanpa kebenarannya dengan hajat keperluan nafkah. Tetapi HARAM jikalau kadar pengambilannya berlebihan daripada hajat isteri dan anak-anak. NASIHATILAH suami anda dan perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T agar suami anda mengambil berat tentang perkara sebegini.
(Sumber : Majalah SOLUSI Isu 47 > m/s 38 & 39)

Tuesday, 16 April 2013
Bahayanya Riak & Takabbur !!
Assalamualaikum, sebelum saya mengolah tajuk di atas, saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak 'update' blog ini. Bukannya tidak mahu tapi ada internet connection problem. Agak lama sebenarnya. Tapi apa2pun, mulai dari hari ini, InsyaAllah saya akan terus update blog ini... =)
Semua tahu bahawa perasaan riak & takabbur amat berbahaya, tetapi ramai yg tidak tahu bahawa bukan sahaja hanya perbuatan berunsurkan riak & takabbur ini sahaja yg dilarang TETAPI juga yg terdapat di HATI.. Maka ramai yg telah melalui perkara sebegini tetapi tidak sedar. Sebagaimana dalam hadis :
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Cuba lihat 5 ayat yg terakhir --> "Walau sebesar zarah perasaan takabbur" <-- ... Ini menunjukkan bahawa begitu bahayanya perasaan ini.. Pernah dengar tentang seorang hartawan yg bernama Qarun? Tahu tentang kisahnya? Qarun ini merupakan seorang yang mempunyai harta yg amat banyak, namun kerana ketamakannya dan tidak mendermakan walau sedikit hartanya kepada fakir miskin dan anak2 yatim, akibatnya balasan Allah S.W.T menimpa dia.. Iaitu ditenggelamkan di dalam bumi termasuk harta2nya. (Kalau tak silap saya, sebab itulah harta karun ada perkataan Karun di belakangnya.. sebab harta karun kan harta yg dijumpai di tempat2 yg tersembunyi..)
Bagaimana perasaan riak & takabbur ini boleh terjadi?
> Selalunya kerana HARTA & PANGKAT... Malahan AMAL IBADAT.. Seseorang itu yg terlalu suka menunjuk-nunjuk atau suka menyebut pemberiannya akan perkara2 tersebut.. Sehingga berasa terlalu BANGGA DIRI dan menindas orang2 yg 'lemah' atau 'kurang' daripada orang2 riak ini..
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat; penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya."
(Riwayat al-Hakim)
Apa perkara yg boleh terjadi akibat perasaan riak & takabbur ini?
> Apabila riak & takabbur ini 'bersatu' dalam diri, mula2 akan timbullah perasaan meninggi diri, kedua mulalah perasaan benci atau tidak suka terhadap orang2 'lemah', ketiga semakin lama semakin sukar mereka2 ini untuk berbuat baik (sedekah) dan mulalah menyebut2 pemberiannya, keempat duniawi jauh lebih tinggi berbanding teringat kepada akhirat, kelima mulalah meninggalkan pekara2 wajib dilaksanakan (solat), keenam lupa kepada Allah S.W.T dan perkara2 tentang agama... Sebab itulah setinggi manapun iman kamu, JANGAN sesekali ada perasaan riak & takabbur.. Apatah lagi kepada yg masih goyah lagi imannya..
Bagaimana nak mengelakkan perasaan atau perbuatan sebegini?
> Kejar kemajuan & kekayaan duniawi tiada masalah ASALKAN jangan tinggalkan perkara2 wajib dan ilmu2 tentang akhirat.. Sentiasa melakukan solat sunat taubat, bersedekah, memberi dgan ikhlas (tanpa menyebut2 pemberian), sentiasa mendengar teguran & nasihat orang2 sekeliling, membahagikan harta kekayaan untuk keperluan diri & keluarga dan juga untuk akhirat (menunaikan haji/umrah, zakat, sedekah), dan sentiasa bersifat sederhana walau banyak manapun harta.. InsyaAllah tiadalah perasaan riak & takabbur dalam diri.. =)
Daripada Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Wallahulam.. =D
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 50, 106, 116)

Subscribe to:
Posts (Atom)