Tuesday, 27 August 2013

Kehidupan Di Universiti #5

Assalamualaikum w.b.t,~~ :)
  Utk kehidupan di univesiti kali ini, saya ingin menceritakan tentang~

>"You Choose Your Own Path"<

Maknanya Kita Pilih Jalan Kita Sendiri. 

Mengapa? 
>Kerana di universiti ini sememangnya kita perlu "hidup" sendiri. 

Habis tu ada kawan kan?
>Sememangnya ada, tetapi cuba tengok betul2 ramai tak kawan yg bertegur sapa pabila berjumpa, sentiasa menolong kita sewaktu susah, senang, sentiasa menemani kita dan sebagaimana rakan yg baik akan lakukan. 

Kalau ada?
> Kalau ada, Alhamdulillah TETAPI, kena beringat bahawa adakah rakan kita itu bukan setakat baik sahaja, tetapi juga membawa kita utk mendekatkan diri lagi terhadap Allah S.W.T? Jika ya, jagalah perhubungan dengan rakan tersebut dan terimalah kekurangannya~~ =) Kerana bukan senang nak cari kawan sebegini.

Mengapa saya post sebegini?
>Di universiti, kehidupannya agak bebas, boleh keluar sana sini bila2, tak kisah hari apapun. Asalkan balik sebelum pukul 12am (di universiti yg sedang saya menuntut, yg lain tidak diketahui) Jadi, sekiranya tiada kawan, sememangnya hidup kita akan kebosanan yg amat walaupun bebas. Jadi setiap orang mesti ingin kawan utk "have Fun" kan? 
  Sebab saya lihat di sini, jikalau kita berkawan dengan orang yg salah, hmm... memang selalu laa akan PONTENG KELAS, DATANG KELAS LAMBAT, MELANGGAR PERATURAN yg menjadi KESALAHAN BESAR., dan seumpamanya.

Bukan kat sekolah pun sama ke?
> Ye agak sama, cuma di sekolah peraturannya lebih ketat berbanding di unversiti (terutamanya sekolah asrama). Sekurang-kurangnya, ada guru yg masih mengawal disiplin.

Aik? Takkan kat universiti tak ada org jaga kot~~
> Memang laa ada tetapi mereka hanya akan menahan mereka2 yg membuat kesalahan yg agak besar. Contohnya : Jikalau di sekolah, datang lambat akan didenda, tetapi di universiti, jikalau datang lambat, pensyarah tidak kisah (tetapi bukan semua pensyarah sebegini)

Bukannya apa, takut2 apabila kita buat perangai ikut kepala sendiri nanti membawa padah, seperti dibuang Universiti (dan sekiranya dibuang, jangan harap dapat masuk ke Universiti lg) Dan juga takut2 para pensyarah terasa hati dgn perangai kita, nanti ilmu tak berkat dan ilmu tersebut berkemungkinan besar akan dibawa ke alam pekerjaan. Dan kalau tak berkat dari awal... Macam mana nak berkat utk kehidupan seterusnya? Kan? Kan? Menuntut ilmu ini wajib sebagaimana dalam hadis :

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'ala)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Jadi? berusahalah utk mencari kawan yg bertepatan dgn syarat2 rakan yg baik~ InsyaAllah kita diberkati di dunia dan akhirat~ Now SMILE~~ =D

2 comments:

  1. hidup di universiti memang banyak dugaan.
    apa-apa pun all the best! :)

    Panggilan Percuma Setiap Hari Hanya RM8.00 sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp mmng banyak dugaan..Tapi InsyaAllah saya akan buat yg terbaik~~ =D .. Thnk u and all the best to u too~~ =)

      Delete