Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dapat memberi kita peluang menghirup udara di bumi ini dalam bulan yg baharu iaitu September.. Tetapi marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kpd mereka2 yg terkorban dlm memperjuangkan agama Allah S.W.T..
Jadi utk post kali ini saya ingin bercerita tentang~~
> "Keberkatan Itu Penting!" <
Seperti yg kita sedia maklum, di Universiti pastinya ada 'test','quiz','exam' dan sebagainya. Benda2 ni sama sahaja seperti di sekolah2. (Cuma tarikh dan waktunya berlainan bergantung pd pensyarah) Jadi, apa yg saya ingin tekankan ialah. JANGAN SESEKALI MENIRU atau MENIPU dalam peperiksaan semata-mata utk mendapat keputusan cemerlang. Mengapa? Utk keberkatan hidup di dunia dan akhirat kerana takut2 kejayaan kita adalah kerana penipuan tersebut.
Biarlah kita gagal sekali, kerana ia dapat membangunkan kita utk berjaya dalam sesuatu aspek yg kadang kala kita tidak tersangka. Impian kadang kala boleh jadi kenyataan, kadang kala sebaliknya. Apa yg penting adalah usaha kita utk mencapai sesuatu.
Seperti apa yg berlaku di dlm satu test baru2 ini utk course saya, ada beberapa rakan saya (yg duduk berdekatan) yg MENIRU jawapan. Bukannya apa, tapi takut nanti tak berkat hidup selama-lamanya. Lagi2 jikalau kita mendapat pekerjaan gara2 peniruan tersebut. Habis isteri dan anak2 kita, tak berkat hidup mereka.
Sememangya kita tidak dapat lihat apakah pentingnya kebekatan itu, kerana kita masih lagi belum lalui ke alam akhirat. Pabila kita di sana nanti, baharulah kita sedar dan menyesal atas perbuatan kita. Jadi sementara masih ada masa ini, marilah kita sama2 bertaubat kepadaNya. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun~~ Now SMILE~~ =D
No comments:
Post a Comment