Assalam~~ :3
Alhamdulillah dapat
juga saya post lagi utk bulan ini.. Jadi utk post saya kali ini ialah yg
bertajuk :
“Rupaku Ciptaan
Tuhanku”
Sebab mengapa saya
membesarkan tajuk ini ialah, boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti ada
sahaja yg diantara kita yg mengutuk/mengejek rupa paras seseorang. Tidak
kiralah kpd seseorang lelaki atau perempuan. Tapi yg ‘mengutuk’ lebihnya ialah
seseorang lelaki terhadap seseorang perempuan. Bukanlah di depan, tapi kutuk di
belakang. Sebab? Katanya perempuan tu tak cantik laa, tak comel laa, gemuk dan
sebagainya. Well, satu sahaja yg saya ingin bertanya, “Umm.. Kau tu hensem
sangat ke?” .. atau.. “Dah tengok cermin?” .. Bukan lelaki sahaja yg mengutuk,
perempuan pun 2X5 je. Cuma tidak seteruk
lelaki laa..
Ada seorang rakan
saya ini (perempuan) sewaktu di sekolah dahulu, sering dikutuk lelaki lain.
Kerana rupa parasnya yg bukan gred ‘A’ .. (Hmm.. yg lelaki pun.. bukannya ‘A’
pun~~) .. Dan dia agak sedih laa, kerana sering dikenakan oleh org sekeliling.
Bukan lelaki sahaja, malah perempuan pun sama juga.. Tapi segelintir sahaja.
Jadi saya agak rapat dgn budak perempuan ini, maka dia kadang kala ada juga
sebut, “Ye, aku tahu yg aku ni tak lawa..” .. Hmm.. dengar dia cakap begitu,
rasa sedih. Mengapa?
Wahai lelaki dan
perempuan sekalian, INGAT!! Rupa paras kita, DICIPTA oleh ALLAH S.W.T.. Maka
sekiranya kamu mengutuk rupa paras seseorang, bukankah kamu juga telah MENGUTUK
CIPTAAN ILLAHI yg sememangnya indah??? Sila JANGAN fikir yg rupa paras kita ini
KEKAL, sebab semua akan bertambah TUA. Ingatlah pada KEMATIAN yg tidak tahu
akan masanya! Kerana..
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud :
“Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan (mati).”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
Dan kepada mereka2 yg sering dikutuk kerana rupa paras,
BERSABARLAH kerana ..
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa
bentuk kamu tetapi Allah melihat hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang
bermaksud :
“Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih
baik dan lebih luas daripada sabar.”
(Riwayat al-Bukhari)
(Rujukan : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 114, 60, 76)
And Neve ever forget to SMILE~~ =D
No comments:
Post a Comment