Assalam~~ =D
Cuma nak cerita serba sedikit
perbezaan antara mereka2 yg benar2 miskin (dan susah) dgn miskin (tp
senang) ... Tahun lepas, lepas bacaan Al-Mulk kat Surau kat sekolah, sebelah saya
ada seorang junior (yg lain dah pergi mkan kat DM dan lepak kat surau) , lepas tu saya ternampak dia pakai cermin mata (sbelum ni dia tak pakai), lepas tu saya
tanya laa, “Eh? Kau memang pakai spek eh?” ..
dia ckp, “Eh tak.. saya memang rabun sejak sekolah rendah lagi..” .. “Tapi kenapa
kau baru pakai sekarang?” .. Dia pun balas, “Saya baru dapat kumpul duit.. sebelum
ni tak cukup..” .. lepas tu barulah saya tahu cerita sebenar.. (panjang sangat, malas
nak tulis~~ =P ) Anyway, yep..
memang kehidupannya miskin dan susah.. CUMA perbezaan antara dia (dgn orang2
macam dia) , dgn orang2 ‘miskin’ (tapi hidup senang) ialah dia tak pernah nak kata
dia ni miskin dan dia menghadapi kehidupan seperti orang2 biasa.. (tak nampak
kemiskinannya walaupun hakikatnya dia susah) dan kalau nak kena beli sesuatu,
dia selalu berusaha utk dapatkannya sendri.. tak mintak tolong orang.. (melainkan
kalau ada orang ikhlas tolong dia).. tapi utk orang2 ‘miskin’ (tapi senang)
pula, selalu kata, “Alaa, aku ni tak mampu nak beli.. bla bla bla.” (tanpa
usaha..) sememangnya, mungkin betul orang2 camtu miskin.. Cuma, is it necessary
to say those kind of things? Tahu kan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri? Tahu kan yg apa2 yg
kita sebut adalah satu Doa? So, Always be grateful with whatever that you have
and get~~ And always say “thank u” when someone lend a hand~ =)
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah S.W.T.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Setiap kebaikan adalah sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
And Never Ever Forget To SMILE~~~ =D
No comments:
Post a Comment