Thursday, 31 October 2013

Sayangi Pencipta Kita Serta KekasihNya Melalui PERBUATAN, Bukan PERCAKAPAN, LIKE, Dan Sebagainya

Assalam~~ :3
  Hey hai, Alhamdulillah dpt juga saya post utk haribulan terakhir utk bulan Oktober ini. Maka, apa yg ingin saya kongsikan ialah tentang kesilapan yg sering dilakukan oleh kita di laman2 sosial seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya.
  Tahukan bahawa tidak salah kita ada FB, Twitter, dsb? TAPI, apabila kita menyalahgunakan laman2 sosial tersebut, takut2 dosa kering sahaja yg kita dapat. Contoh? DP atau Default Picture yg kita letak, adakah menutup aurat? (lebih2 lagi perempuan) atau adakah ianya TIDAK MENGIURKAN? TIDAK MENGGODAKAN? Haa.. benda2 macam tu lah.. Sbb perkara sebegitu takut2 ditambah dosanya SENANTIASA walaupun tidak "Online".. Sbb ada yg bukan mahram bagi kita yg melihatnya..

Kes 1 :
  Jadi, apa kena mengena perkara di atas dgn tajuk ni?? Sepertimana yg saya lihat di FB (sbb saya tiada twitter =P ) .. Ramai yg "share" atau "post" dgn perkara2 yg berbentuk nasihat.. Alhamdulillah, itu teramatlah bagus, TAPI sekiranya kita sendiri TIDAK MELAKSANAKAN apa2 yg kita kongsikan itu.. Apa gunanya?
  Contoh : Saya ada lihat seorang budak perempuan yg "share" serta "post" mengenai perkara ilmiah dlm bab2 agama, TAPI dia sendiri TIDAK MENUTUP AURAT.. Jadi... anda fikir org2 yg membacanya itu nak ikut ke? Sedangkan diri juga tidak buat, apatah lagi orang lain nak ikut..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga petanda orang yang munafik; apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kes 2 :
  Haa.. yg kes 2 ni lagilah.. sekurang-kurangnya yg kes 1 tu, InsyaAllah mereka2 yg terlibat (serta terasa) tu ada lagi peluang utk mengubah diri.. Yg kes 2 ni pula, selalu sangat saya lihat gambar2 atau post2 yg berbentuk sebegini :
"Sekiranya anda sayangi serta merindui Rasulullah S.A.W, silalah 'Share' dan 'Like' gambar/post ini"
atau
"Sekiranya anda  mencintai Allah S.W.T, silalah 'Share' dan 'Like' "

Apa yg ingin saya katakan ialah, "Habis tu, aku yg tak 'Like' atau 'Share' tu maksudnya aku ni tak sayang dan cintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W laa?? Waah banyak cantik ayat kau, mana kau belajar??" .
Benda macam tu memang laa boleh katakan semua orang sayangi serta cintai Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W.. TAPI adakah kita telah melaksanakan yg WAJIB dan SUNNAH?? Jikalau YA, adakah kita pasti yg amalan kita itu DITERIMA?? Sebab itulah kita perlu SENTIASA MEMBAIKI DIRI dari masa ke masa.. 
Tidak 'LIKE' atau 'SHARE' post atau gambar tersebut TIDAK bermakna kita tidak mencintai serta cintai Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W, kerana apa yg penting ialah PERBUATAN kita atau PERLAKSANAAN kita atau AMALAN kita.. Itulah yg penting dan itulah yg terbaik..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Kes 3 :
  Huhu.. kes 3 ini lebih2 lagilah teruknya drpd kes 2.. Kerana orang2 yg post atau share benda2 sebegini boleh tentukan masa hadapan seseorang (walaupun hakikatnya TIDAK)~~ :3 Fuh.. Hebat Sokmo~~ =P .. Cuma post2 sebegini lebih kpd orang2 Barat, di negara kita juga tidak terlepas, cuma golongan yg minoriti.. Tentukan bagaimana? Pernah baca post2 atau gambar2 sebegini?
(*Gambar tersebut menunjukkan gambar peperangan/kemiskinan dan seumpamanya*)
Maka, 'Description' gambar tersebut berbunyi :
"1 Like = 1 Doa/Pahala dan seumpamanya"
"1 Share = blablabla"
Fuh hebat kan deskripsi dia? Kalau camtulah punya senang dapat pahala (dgn LIKE sahaja), memang setiap masa laa aku buat.. =P .. Tapi yg lebih "Loser"nya bukanlah yg post tu, tetapi yg pergi LIKE/SHARE benda2 macam tu kerana percaya.. WAKAKA XD .. Lawak ler~~ :3
atau
Pernah kena surat/sms/message di FB yg berantai?? Lagi2 yg sebut mengenai "Penjaga Mekkah yg Bermimpikan Rasulullah S.A.W" ~~ :3 .. Well, benda tu boleh jadi betul, memang benar ada orang boleh bermimpi Rasulullah S.A.W, dan syaitan TIDAK BOLEH menyerupai baginda.. CUMA yg SALAHNYA ialah yg part last2 tu.. yg berbunyi :
"Sila sebarkan kepada 20 orang rakan dalam masa 2 jam, sekiranya anda lakukannya, maka anda akan terima berita gembira, tetapi sekiranya tidak, maka anda akan menimpa nasib malang ( Dlm hati : BWAHAHAHA!! X'D)"
BWAHAHA!! Dude, aku pun pernah kena benda2 macam ni, dan aku TAK SEBARKAN pun.. Dan takde pun nasib malang aku kena, dpt rezeki lagi ada laa~~ Alhamdulillah.. Kenapa aku tak sebarkan?? Sebab aku BUKANNYA TUHAN utk tentukan nasib gembira atau malang seseorang.. BWAHAHA!! Kelakar betul laa~~ =3

Jadi, marilah kita sama2 betulkan kesilapan yg sering kita lakukan, tidak kiralah sedar atau tidak.. Kerana kita manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.. Now SMILE~~ =D

 

No comments:

Post a Comment