Friday, 25 October 2013

Amanah .. Adakah Anda Telah Menunaikannya Dengan Sempurna?

Assalam~~ :3
  Alhamdulillah dapat lagi saya post utk bulan ini. Anyway, tadi sebelum menunaikan solat Jumaat, saya telah mendengar tazkirah pendek seperti apa yg ada hampir setiap minggu. Maka, minggu ini tajuknya~~

>AMANAH<

Perkara pertama yg terlintas di fikiran kita pastinya, tanggungjawab seorang ketua.. Tak kiralah ketua apa sekalipun. Itu sememangnya betul, cuma... Pernah tak terfikir bahawa setiap daripada kita sendiri adalah KETUA? Ketua kepada siapa atau untuk apa? Ketua kepada DIRI SENDIRI.. We Lead Ourselves.. Setiap daripada kita telah DIAMANAHKAN untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T .. Jadi siapa nak ketuainya? Yang pertama ialah, tidak lain, tidak bukan.. diri kitalah!! 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga petanda orang yang munafik; apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
   
  Jikalau kita adalah ketua yg "GOOD", maka kita akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut dgn ikhlas dan sempurna (utk diri sendiri). Jikalau kita adalah ketua yg "BETTER", maka kita akan sentiasa melaksanakan amanah utk diri kita dan org2 di sekeliling (contoh : keluarga, kawan2) (*teguran dan nasihat*) .. Dan sekiranya kita adalah ketua yg "THE BEST" maka kita akan melaksanakan serta memastikan segala perkara dan semua anak buah mengikut arahan kita dan Allah S.W.T (utk ketua2 yg berjawatan besar)..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang pada janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

  BERINGATLAH!! Wahai suami2 di luar sana, tidak kiralah sebanyak mana atau sehebat manapun amalan kita terhadapNya.. Jikalau kita tidak memastikan keluarga kita sama2 melaksanakan perintahNya, maka amatlah mudak untuk kita terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak, kerana amanah sebagai suami amatlah besar terhadap keluarganya. Kadang kala, suami tidak perasan bahawa anak perempuan atau isteri kita sering melakukan dosa (contoh yg paling ketara : TIDAK MENUTUP AURAT) .. Ingat!! Sekiranya mereka melakukan perkara2 haram sebegini, para suami juga akan mendapat dosa dan balasannya.. Maka, JAGA-JAGAlah!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Now SMILE~~ =D

[Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 32, 38, 86]

No comments:

Post a Comment