Saturday, 30 November 2013

Perbetulkanlah Niat Kita Utk Kesejahteraan Hidup



Assalam~~ =)

  Alhamdulillah, dapat juga saya post utk bulan ini. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tidak update post2, bukanlah kerana saya sengaja, tetapi saya agak sibuk kebelakangan ini, dengan berbagai-bagai amanah serta masalah yg melanda. Apa2pun Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.

  Utk kali ini saya ingin menceritakan tentang niat seseorang pelajar asing di Universiti yg sedang saya menuntut.. Perkara ini berlaku pada beberapa bulan lepas sewaktu dalam kelas Ko-Q (kokurikulum) iaitu kelas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).. 

  Sewaktu sedang kami menunggu pensyarah, saya sempat bertanya kpd salah seorang ahli kumpulan saya yg merupakan pelajar jurusan jurutera Mekanikal (sama seperti saya) cuma dia adalah pelajar drpd Oman..  (Maaf tapi saya tidak ingat namanya) Soalan saya ialah :

Me : “Actually why did you choose a University in Malaysia? But not some other better countries? Such as United Kingdom (UK), or Japan, or USA?”

(“Kenapa awak memilih universiti di Malaysia? Bukannya di negara2 lain yang lebih baik? Seperti UK, Jepun atau USA?”)


The Oman Student : “Well, Malaysia is an ISLAMIC country.. So we don’t really need to worry anything about the foods (halal), the prayer, or anything about Islamic things.. Another thing is Malaysia is a great country. It is peaceful and the people are really nice. =)”

(“Malaysia adalah negara ISLAM. Maka kami tidak beberapa risau apa2 perkara mengenai makanan, solat atau apa2 sahaja mengenai Islam.. Selain itu, Malaysia adalah sebuah negara yang baik, aman dan penduduk2nya juga baik2.”)

  Mendengar jawapan tersebut.. Saya tidaklah terkejut, kerana dari tengok reaksi mukanya, boleh dikatakan saya sudah tahu akan jawapannya.. Namun, saya masih rasa gembira dan bangga dgn jawapan tersebut. Cuma perasaan rasa bersalah juga menyelubungi diri saya. Kenapa? Kerana selama ini, ramai di antara kita (termasuk diri saya) sentiasa inginkan belajar “oversea” tetapi niatnya sahaja yg berbeza-beza.. Sememangnya kami semua ingin berjaya, cuma adalah NIAT kita kerana Allah S.W.T ?? Adakah niat kita ingin menolong Umat Islam di dunia ?? Adakah niat kita akan memberkati hidup kita di dunia & akhirat?? Adakah?? Maka, marilah kita renung-renungkan kita kembali, tidak kiralah yg belajar di dalam atau luar negara. Kerana takut2 niat kita akan menyebabkan perubahan dlm diri kita yg lebih teruk atau disebut sebagai ‘culture shock’ . Ok?

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Marilah kita sama2 mengubah dan menetapkan niat kita kerana Allah S.W.T~~ =) Now SMILE~~ =D

No comments:

Post a Comment