Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud :
“Kamu meluruskan saf kamu, atau Allah menanamkan
permusuhan di antara kamu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
> Meluruskan saf sewaktu bersolat jemaah
merupakan satu keperluan dan kesempurnaan. Tetapi apa yg saya dapat lihat
sewaktu solat berjemaah ialah, ramai di antara kita yg ambil endah tak endah
tentang kesempurnaan saf kita. Bagaimana? Dengan tidak menyamakan buku lali
kita bersamaan dgn jemaah2 di kiri dan kanan, serta tidak merapatkan bahu.
Ingatlah bahawa maksud syaitan dan sekutu2nya ditugaskan utk melalaikan kita.
Maka jikalau terdapat ruang di dalam solat jemaah, maka itu merupakan peluang
bagi syaitan laknatullah utk menjalankan tugasnya yg terkutuk. Sebab itulah
kita sering sukar mengingati Allah S.W.T sewaktu solat, kerana syaitan sedang
mengkhayalkan kita. Berhati-hatilah!
No comments:
Post a Comment