Assalam~~
Alhamdulillah utk post kali ni, saya nak menceritakan mengenai pengalaman yg saya sendiri lalui di
kediaman saya ni, saya ada laa kadang2 lepak kat satu tempat ni.. Kat tempat
ni saya datang saje je nak tolong kawan saya buat kerja sikit... Kebetulan satu
hari ni (minggu lpas) saya datang melepak-lepak sambil tunggu makanan yang saya 'order' siap..sambil tunggu ada laa seorang budak perempuan ni berbual-bual dengan saya.. saya pun ok je
laa, layan je la.. Saya ni jenis yg suka bergurau (cuma ada laa batasnya kalau dgn perempuan) Saya saja je laa cakap, "Jangan malas2!! Buat kerja!!" (Nada gurau) Lepas tu budak perempuan tu saje je laa buat2 marah kat saya (kalau dia terasa,, tak tau laa nak cakap apa) dan nak pukul saya
dgn TANGAN sendri.. Saya pun cuba laa mengelak.. Lepas tu saya ckp .. "Mana
boleh pukul2 dan bersentuhan, bukan mahram~~ Haram~~
" (nada gurau tp serious) .. Mula drpd situ dia sudah mula macam marah saya
betul2.. (mula2 saya ingat dia gurau2) ..Sampai hari ni, dia memang marah kat saya dlm keadaan tak puas hati.. Saya pun malas laa nak layan.. Well, saya
nasihat jew, tak pun naikkan suara atau kuatkan sampai orang lain dengar..
Pengajaran dia di sini.. Kalau nak menasihat tu, kita kena tahan drpd cemuhan2, ejekan, kebencian, dan seumpamanya drpd orang yg kita nasihati. Dan
wahai kaum perempuan, kebanyakan lelaki suka mengambil kesempatan, lagi2 kalau kamu ni jenis yg tak ambil kisah pasal 'sentuh2' ni.. Bukan nak kata apa
tapi~~
Daripada Mas'us al-Badri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang
terdahulu : 'Apabila engkau tidak merasai malu lakukan apa sahaja yang
kamu mahukan.’ "
(Riwayat al-Bukhari)
Daripada Usamah bin Zaid r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sekiranya kamu semua fikir mengenai maruah diri sebagai Muslim,
Lelaki/Wanita.. InsyaAllah kita tidak akan melakukan perkara2 sebegini.. Saya
doakan agar setiap drpd kita mendapat kekuatan utk menjaga maruah diri tanpa
sedikit 'kecalaran'.. lagi2 utk pelajar2 Universiti.. InsyaAllah~~ (Doakan saya juga
supaya dapat kuatkan iman dan ketaqwaan agar tidak berlaku perkara2 sebegini
lagi~~) Now SMILE~~ =D
No comments:
Post a Comment