Assalamualaikum w.b.t,
Hey Hai .. Alhamdulillah dapat saya update post di blog ni lagi.. Anyway, siapa2 di sini yang sudah mula untuk puasa 6 di bulan Syawal ni? Siapa yg sudah mula tu, Alhamdulillah.. Yang tidak tu, tidak apa, tak dosa pun... Untuk post kali saya nak menceritakan mengenai
>"PANGGILAN NAMA TERHADAP PARA PENSYARAH"<
Haa.. ini salah satu perkara yg agak penting utk para pelajar Universiti.. Sebab panggilan2 kat Universiti ni dan di sekolah amat berbeza.. Kalau kat sekolah, kita akan panggil "CIKGU" sebagai panggilan kpd para pengajar. Tetapi di alam Universiti, macam2 ada~~ :3 :-
1) ENCIK - Kpd pensyarah lelaki (of course~ =P ) yg tiada pangkat lain.
2) PUAN/CIK - Kpd pensyarah perempuan .. Puan utk yg sudah berkahwin .. Cik utk yg belum
berkahwin .. Memang ini semua sudah tahu.. Tapi kita kena berjaga-jaga jugak, sebab
takut2 pensyarah kita tu terasa hati jikalau tersilap panggil .. Lagi2 kalau yg "Cik"
.. Ye la, perempuan kan hatinya lembut ~~ :)
3) PROFESOR/PROF. MADYA - Biasanya kita akan panggil "Prof" sahaja .. Tapi panggilan ini
khas kpd mereka2 yg banyak berjasa kpd sesuatu Universiti
sehinggakan mereka diberi pangkat ini..
4) DOKTOR - Panggilan ini adalah khas kpd mereka2 yg menamatkan pengajian pada peringkat
Ph.D ..
<Warning> : NO MORE "Cikgu2", Ok?? =)
Kenapa saya post benda2 ini? Sebab takut2 ada pensyarah yg terasa hati dengan panggilan kita.. Contohnya, kita panggil seseorang pensyarah itu "Encik" tetapi pangkatnya ialah Doktor.. Hmm.. Penat2 je dia belajar sehingga peringkat Ph.D .. Panggilan2 ni penting terutamanya kpd pensyarah perempuan .. Sebab beberapa minggu lepas, ada pensyarah yg tegur kami mengenai panggilan ini.. Jadi saya rasa agak penting laa pengetahuan am ni buat adik2 yg bakal ke Universiti tu nanti~~ InsyaAllah .. BERUSAHALAH sehingga BERJAYA ke menara gading !! Terutamanya kpd yg bakal menghadapi peperiksaan Trial SPM dan SPM sebenar~~ Now SMILE~~ =D
No comments:
Post a Comment