Tuesday, 6 August 2013

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Assalamualaikum..
  Alhamdulillah~~ Tahun ni bulan Ramadhan semakin hampir ke pengakhiran dan bulan Syawal akan tiba.. InsyaAllah.. Jadi, biasa laa bulan Syawal atau Hari Raya ni merupakan apa yg amat disukai oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seperti di negara kita sendiri iaitu Malaysia~~

>SeLamAT HaRi RayA AiDilFiTri< 

  Tapi beringatlah bahwa masih ramai Muslimin dan Muslimat di luar sana seperti di Palestin, Syria, dll yg masih sambut raya dalam ketakutan. Jika kita suka dengar bunyi mercun, di sana selalu dengar bunyi tembakan, bom dan seumpamanya. Jika kita di sini bersuka ria, di sana sedang mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa, negara dan yg paling penting AGAMA.

  Beringatlah wahai saudara2ku yg sedang berada di negara2 yg tidak bergolak, sentiasalah BERSEDERHANA dalam segala perkara, SEMPURNAKANLAH yg fardhu, TINGKATKANLAH yg sunat.. Kerana sukar utk kita membantu mereka2 di sana secara fizikal melainkan doa2 drpd kita semua.. sentiasalah berdoa agar mereka diberi kekuatan, dan kemenangan yg hakiki.. Kita hanya perlu MENADAH TANGAN, manakala mereka perlu MENGANGKAT SENJATA.. Tidak mengira usia dan jantina..

  Maka utk hari raya ini dan juga hari2 seterusnya, sentiasa berdoa kpd mereka, melaksanakan kewajipan dan meninggalkan larangan-Nya. Makan2 itu biarlah secara sederhana. Jangan melantak! Main mercun itu biarlah sedikit dan mercun yg tidak bebahaya. Jangan membazir secara berlebihan! Persiapan raya itu biarlah biasa2 sahaja. Dan selebihnya? Dermakanlah kpd mereka2 yg memerlukan (anak yatim, orng2 miskin, etc)

  Dan jangan lupa utk MEMAAFKAN semua orang yg pernah menyakiti hati kita, sama ada secara sengaja atau tidak. Kerana terdapat satu kisah di mana ada seorang hamba Allah yg menjadi ahli Syurga... Kenapa? Amalan sunatnya? Tidak~~ Jawapannya adalah kerana... Beliau MEMAAFKAN setiap orang yg telah melakukan kesalahan terhadap dirinya pada SETIAP MALAM... (Cerita ini pernah saya baca tetapi tidak ingat buku mana... Maaf jika saya tersilap.. Tegur2lah saya.. :') )Berlainan pula dengan kita.. yg penuh dendam dan rasa benci terhadap sesama sendiri.. maka, BUANGLAH sikap tersebut dan BERUBAHLAH utk kebaikan diri, bangsa, agama dan negara~~
Now have a BIG SMILE~~~ XD =D

No comments:

Post a Comment