Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya dapat juga saya post lagi utk kali ini. Apa2pun saya teruskan nasihat saya-lah ye? Pada malam semalam (21/8), di universiti yg sedang saya menuntut telah mengadakan Perjumpaan Bersama Dekan Dengan Pelajar2 Tahun 1. Maka selepas habis sahaja ucapan ketua dekan, maka adalah jamuan raya disediakan.
Maka sewaktu semua sedang menjamu selera, maka pengerusi majlis pun berilah kpd sesiapapun yg ingin buat ucapan. Setelah beberapa orang memberi ucapan, maka adalah seorang mamat ni bagi ucapan. Well, bukan nak kata apa, tapi majlis tu agak rasmi sebab ada orang besar. Jadi kesalahan dia ialah bahasanya. Dia menggunakan perkataan "Aku" dalam membahasakan dirinya walhal orang lain menggunakan "Saya". Yg keduanya dan juga kelakar ialah, dia nak jadi "sweet" (Kononnya~~ =P) dengan membuat pantun dan ucap selamat hari raya kpd "aweknya". Dude, tak perlulah heboh, suami isteri pun belum lagi. Haish, remaja sekrang nih~~ :-|
Anyway, untuk bahasa kita, TENGOKLAH PADA TEMPAT. Jangan main lepas je. Tahu tak perkataan HORMAT? Jadi, silalah jaga bahasa kita di mana2 sekalipun dan kpd sesiapa sekalipun. Agar tiada pihak yg terasa. Ok? Now SMILE~~ =D
No comments:
Post a Comment