Thursday, 31 October 2013

Sayangi Pencipta Kita Serta KekasihNya Melalui PERBUATAN, Bukan PERCAKAPAN, LIKE, Dan Sebagainya

Assalam~~ :3
  Hey hai, Alhamdulillah dpt juga saya post utk haribulan terakhir utk bulan Oktober ini. Maka, apa yg ingin saya kongsikan ialah tentang kesilapan yg sering dilakukan oleh kita di laman2 sosial seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya.
  Tahukan bahawa tidak salah kita ada FB, Twitter, dsb? TAPI, apabila kita menyalahgunakan laman2 sosial tersebut, takut2 dosa kering sahaja yg kita dapat. Contoh? DP atau Default Picture yg kita letak, adakah menutup aurat? (lebih2 lagi perempuan) atau adakah ianya TIDAK MENGIURKAN? TIDAK MENGGODAKAN? Haa.. benda2 macam tu lah.. Sbb perkara sebegitu takut2 ditambah dosanya SENANTIASA walaupun tidak "Online".. Sbb ada yg bukan mahram bagi kita yg melihatnya..

Kes 1 :
  Jadi, apa kena mengena perkara di atas dgn tajuk ni?? Sepertimana yg saya lihat di FB (sbb saya tiada twitter =P ) .. Ramai yg "share" atau "post" dgn perkara2 yg berbentuk nasihat.. Alhamdulillah, itu teramatlah bagus, TAPI sekiranya kita sendiri TIDAK MELAKSANAKAN apa2 yg kita kongsikan itu.. Apa gunanya?
  Contoh : Saya ada lihat seorang budak perempuan yg "share" serta "post" mengenai perkara ilmiah dlm bab2 agama, TAPI dia sendiri TIDAK MENUTUP AURAT.. Jadi... anda fikir org2 yg membacanya itu nak ikut ke? Sedangkan diri juga tidak buat, apatah lagi orang lain nak ikut..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga petanda orang yang munafik; apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kes 2 :
  Haa.. yg kes 2 ni lagilah.. sekurang-kurangnya yg kes 1 tu, InsyaAllah mereka2 yg terlibat (serta terasa) tu ada lagi peluang utk mengubah diri.. Yg kes 2 ni pula, selalu sangat saya lihat gambar2 atau post2 yg berbentuk sebegini :
"Sekiranya anda sayangi serta merindui Rasulullah S.A.W, silalah 'Share' dan 'Like' gambar/post ini"
atau
"Sekiranya anda  mencintai Allah S.W.T, silalah 'Share' dan 'Like' "

Apa yg ingin saya katakan ialah, "Habis tu, aku yg tak 'Like' atau 'Share' tu maksudnya aku ni tak sayang dan cintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W laa?? Waah banyak cantik ayat kau, mana kau belajar??" .
Benda macam tu memang laa boleh katakan semua orang sayangi serta cintai Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W.. TAPI adakah kita telah melaksanakan yg WAJIB dan SUNNAH?? Jikalau YA, adakah kita pasti yg amalan kita itu DITERIMA?? Sebab itulah kita perlu SENTIASA MEMBAIKI DIRI dari masa ke masa.. 
Tidak 'LIKE' atau 'SHARE' post atau gambar tersebut TIDAK bermakna kita tidak mencintai serta cintai Allah S.W.T serta Rasulullah S.A.W, kerana apa yg penting ialah PERBUATAN kita atau PERLAKSANAAN kita atau AMALAN kita.. Itulah yg penting dan itulah yg terbaik..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Kes 3 :
  Huhu.. kes 3 ini lebih2 lagilah teruknya drpd kes 2.. Kerana orang2 yg post atau share benda2 sebegini boleh tentukan masa hadapan seseorang (walaupun hakikatnya TIDAK)~~ :3 Fuh.. Hebat Sokmo~~ =P .. Cuma post2 sebegini lebih kpd orang2 Barat, di negara kita juga tidak terlepas, cuma golongan yg minoriti.. Tentukan bagaimana? Pernah baca post2 atau gambar2 sebegini?
(*Gambar tersebut menunjukkan gambar peperangan/kemiskinan dan seumpamanya*)
Maka, 'Description' gambar tersebut berbunyi :
"1 Like = 1 Doa/Pahala dan seumpamanya"
"1 Share = blablabla"
Fuh hebat kan deskripsi dia? Kalau camtulah punya senang dapat pahala (dgn LIKE sahaja), memang setiap masa laa aku buat.. =P .. Tapi yg lebih "Loser"nya bukanlah yg post tu, tetapi yg pergi LIKE/SHARE benda2 macam tu kerana percaya.. WAKAKA XD .. Lawak ler~~ :3
atau
Pernah kena surat/sms/message di FB yg berantai?? Lagi2 yg sebut mengenai "Penjaga Mekkah yg Bermimpikan Rasulullah S.A.W" ~~ :3 .. Well, benda tu boleh jadi betul, memang benar ada orang boleh bermimpi Rasulullah S.A.W, dan syaitan TIDAK BOLEH menyerupai baginda.. CUMA yg SALAHNYA ialah yg part last2 tu.. yg berbunyi :
"Sila sebarkan kepada 20 orang rakan dalam masa 2 jam, sekiranya anda lakukannya, maka anda akan terima berita gembira, tetapi sekiranya tidak, maka anda akan menimpa nasib malang ( Dlm hati : BWAHAHAHA!! X'D)"
BWAHAHA!! Dude, aku pun pernah kena benda2 macam ni, dan aku TAK SEBARKAN pun.. Dan takde pun nasib malang aku kena, dpt rezeki lagi ada laa~~ Alhamdulillah.. Kenapa aku tak sebarkan?? Sebab aku BUKANNYA TUHAN utk tentukan nasib gembira atau malang seseorang.. BWAHAHA!! Kelakar betul laa~~ =3

Jadi, marilah kita sama2 betulkan kesilapan yg sering kita lakukan, tidak kiralah sedar atau tidak.. Kerana kita manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.. Now SMILE~~ =D

 

Friday, 25 October 2013

Amanah .. Adakah Anda Telah Menunaikannya Dengan Sempurna?

Assalam~~ :3
  Alhamdulillah dapat lagi saya post utk bulan ini. Anyway, tadi sebelum menunaikan solat Jumaat, saya telah mendengar tazkirah pendek seperti apa yg ada hampir setiap minggu. Maka, minggu ini tajuknya~~

>AMANAH<

Perkara pertama yg terlintas di fikiran kita pastinya, tanggungjawab seorang ketua.. Tak kiralah ketua apa sekalipun. Itu sememangnya betul, cuma... Pernah tak terfikir bahawa setiap daripada kita sendiri adalah KETUA? Ketua kepada siapa atau untuk apa? Ketua kepada DIRI SENDIRI.. We Lead Ourselves.. Setiap daripada kita telah DIAMANAHKAN untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T .. Jadi siapa nak ketuainya? Yang pertama ialah, tidak lain, tidak bukan.. diri kitalah!! 

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga petanda orang yang munafik; apabila dia bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
   
  Jikalau kita adalah ketua yg "GOOD", maka kita akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut dgn ikhlas dan sempurna (utk diri sendiri). Jikalau kita adalah ketua yg "BETTER", maka kita akan sentiasa melaksanakan amanah utk diri kita dan org2 di sekeliling (contoh : keluarga, kawan2) (*teguran dan nasihat*) .. Dan sekiranya kita adalah ketua yg "THE BEST" maka kita akan melaksanakan serta memastikan segala perkara dan semua anak buah mengikut arahan kita dan Allah S.W.T (utk ketua2 yg berjawatan besar)..

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang pada janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

  BERINGATLAH!! Wahai suami2 di luar sana, tidak kiralah sebanyak mana atau sehebat manapun amalan kita terhadapNya.. Jikalau kita tidak memastikan keluarga kita sama2 melaksanakan perintahNya, maka amatlah mudak untuk kita terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak, kerana amanah sebagai suami amatlah besar terhadap keluarganya. Kadang kala, suami tidak perasan bahawa anak perempuan atau isteri kita sering melakukan dosa (contoh yg paling ketara : TIDAK MENUTUP AURAT) .. Ingat!! Sekiranya mereka melakukan perkara2 haram sebegini, para suami juga akan mendapat dosa dan balasannya.. Maka, JAGA-JAGAlah!!

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
" Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Now SMILE~~ =D

[Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 32, 38, 86]

Friday, 18 October 2013

You 'R' Not Poor, Just Poor Minded

Assalam~~  =D
  Cuma nak cerita serba sedikit perbezaan antara mereka2 yg benar2 miskin (dan susah) dgn miskin (tp senang) ... Tahun lepas, lepas bacaan Al-Mulk kat Surau kat sekolah, sebelah saya ada seorang junior (yg lain dah pergi mkan kat DM dan lepak kat surau) , lepas tu saya ternampak dia pakai cermin mata (sbelum ni dia tak pakai), lepas tu
saya tanya laa, “Eh? Kau memang pakai spek eh?” .. dia ckp, “Eh tak.. saya memang rabun sejak sekolah rendah lagi..” .. “Tapi kenapa kau baru pakai sekarang?” .. Dia pun balas, “Saya baru dapat kumpul duit.. sebelum ni tak cukup..” .. lepas tu barulah saya tahu cerita sebenar.. (panjang sangat, malas nak tulis~~ =P ) Anyway, yep.. memang kehidupannya miskin dan susah.. CUMA perbezaan antara dia (dgn orang2 macam dia) , dgn orang2 ‘miskin’ (tapi hidup senang) ialah dia tak pernah nak kata dia ni miskin dan dia menghadapi kehidupan seperti orang2 biasa.. (tak nampak kemiskinannya walaupun hakikatnya dia susah) dan kalau nak kena beli sesuatu, dia selalu berusaha utk dapatkannya sendri.. tak mintak tolong orang.. (melainkan kalau ada orang ikhlas tolong dia).. tapi utk orang2 ‘miskin’ (tapi senang) pula, selalu kata, “Alaa, aku ni tak mampu nak beli.. bla bla bla.” (tanpa usaha..) sememangnya, mungkin betul orang2 camtu miskin.. Cuma, is it necessary to say those kind of things? Tahu kan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri? Tahu kan yg apa2 yg kita sebut adalah satu Doa? So, Always be grateful with whatever that you have and get~~ And always say “thank u” when someone lend a hand~ =)

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah S.W.T.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Setiap kebaikan adalah sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


And Never Ever Forget To SMILE~~~ =D