Tuesday, 27 August 2013

Kehidupan Di Universiti #5

Assalamualaikum w.b.t,~~ :)
  Utk kehidupan di univesiti kali ini, saya ingin menceritakan tentang~

>"You Choose Your Own Path"<

Maknanya Kita Pilih Jalan Kita Sendiri. 

Mengapa? 
>Kerana di universiti ini sememangnya kita perlu "hidup" sendiri. 

Habis tu ada kawan kan?
>Sememangnya ada, tetapi cuba tengok betul2 ramai tak kawan yg bertegur sapa pabila berjumpa, sentiasa menolong kita sewaktu susah, senang, sentiasa menemani kita dan sebagaimana rakan yg baik akan lakukan. 

Kalau ada?
> Kalau ada, Alhamdulillah TETAPI, kena beringat bahawa adakah rakan kita itu bukan setakat baik sahaja, tetapi juga membawa kita utk mendekatkan diri lagi terhadap Allah S.W.T? Jika ya, jagalah perhubungan dengan rakan tersebut dan terimalah kekurangannya~~ =) Kerana bukan senang nak cari kawan sebegini.

Mengapa saya post sebegini?
>Di universiti, kehidupannya agak bebas, boleh keluar sana sini bila2, tak kisah hari apapun. Asalkan balik sebelum pukul 12am (di universiti yg sedang saya menuntut, yg lain tidak diketahui) Jadi, sekiranya tiada kawan, sememangnya hidup kita akan kebosanan yg amat walaupun bebas. Jadi setiap orang mesti ingin kawan utk "have Fun" kan? 
  Sebab saya lihat di sini, jikalau kita berkawan dengan orang yg salah, hmm... memang selalu laa akan PONTENG KELAS, DATANG KELAS LAMBAT, MELANGGAR PERATURAN yg menjadi KESALAHAN BESAR., dan seumpamanya.

Bukan kat sekolah pun sama ke?
> Ye agak sama, cuma di sekolah peraturannya lebih ketat berbanding di unversiti (terutamanya sekolah asrama). Sekurang-kurangnya, ada guru yg masih mengawal disiplin.

Aik? Takkan kat universiti tak ada org jaga kot~~
> Memang laa ada tetapi mereka hanya akan menahan mereka2 yg membuat kesalahan yg agak besar. Contohnya : Jikalau di sekolah, datang lambat akan didenda, tetapi di universiti, jikalau datang lambat, pensyarah tidak kisah (tetapi bukan semua pensyarah sebegini)

Bukannya apa, takut2 apabila kita buat perangai ikut kepala sendiri nanti membawa padah, seperti dibuang Universiti (dan sekiranya dibuang, jangan harap dapat masuk ke Universiti lg) Dan juga takut2 para pensyarah terasa hati dgn perangai kita, nanti ilmu tak berkat dan ilmu tersebut berkemungkinan besar akan dibawa ke alam pekerjaan. Dan kalau tak berkat dari awal... Macam mana nak berkat utk kehidupan seterusnya? Kan? Kan? Menuntut ilmu ini wajib sebagaimana dalam hadis :

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'ala)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Jadi? berusahalah utk mencari kawan yg bertepatan dgn syarat2 rakan yg baik~ InsyaAllah kita diberkati di dunia dan akhirat~ Now SMILE~~ =D

Thursday, 22 August 2013

Jagalah Bahasamu

Assalamualaikum w.b.t,
 Alhamdulillah, syukur kepada-Nya dapat juga saya post lagi utk kali ini. Apa2pun saya teruskan nasihat saya-lah ye? Pada malam semalam (21/8), di universiti yg sedang saya menuntut telah mengadakan Perjumpaan Bersama Dekan Dengan Pelajar2 Tahun 1. Maka selepas habis sahaja ucapan ketua dekan, maka adalah jamuan raya disediakan.

  Maka sewaktu semua sedang menjamu selera, maka pengerusi majlis pun berilah kpd sesiapapun yg ingin buat ucapan. Setelah beberapa orang memberi ucapan, maka adalah seorang mamat ni bagi ucapan. Well, bukan nak kata apa, tapi majlis tu agak rasmi sebab ada orang besar. Jadi kesalahan dia ialah bahasanya. Dia menggunakan perkataan "Aku" dalam membahasakan dirinya walhal orang lain menggunakan "Saya". Yg keduanya dan juga kelakar ialah, dia nak jadi "sweet" (Kononnya~~ =P) dengan membuat pantun dan ucap selamat hari raya kpd "aweknya". Dude, tak perlulah heboh, suami isteri pun belum lagi. Haish, remaja sekrang nih~~ :-|

  Anyway, untuk bahasa kita, TENGOKLAH PADA TEMPAT. Jangan main lepas je. Tahu tak perkataan HORMAT? Jadi, silalah jaga bahasa kita di mana2 sekalipun dan kpd sesiapa sekalipun. Agar tiada pihak yg terasa. Ok? Now SMILE~~ =D

Wednesday, 14 August 2013

Kehidupan Di Universiti #4

Assalamualaikum w.b.t,
  Hey Hai .. Alhamdulillah dapat saya update post di blog ni lagi.. Anyway, siapa2 di sini yang sudah mula untuk puasa 6 di bulan Syawal ni? Siapa yg sudah mula tu, Alhamdulillah.. Yang tidak tu, tidak apa, tak dosa pun... Untuk post kali saya nak menceritakan mengenai

 >"PANGGILAN NAMA TERHADAP PARA PENSYARAH"<

Haa.. ini salah satu perkara yg agak penting utk para pelajar Universiti.. Sebab panggilan2 kat Universiti ni dan di sekolah amat berbeza.. Kalau kat sekolah, kita akan panggil "CIKGU" sebagai panggilan kpd para pengajar. Tetapi di alam Universiti, macam2 ada~~ :3 :-

1) ENCIK - Kpd pensyarah lelaki (of course~ =P ) yg tiada pangkat lain.

2) PUAN/CIK - Kpd pensyarah perempuan .. Puan utk yg sudah berkahwin .. Cik utk yg belum
                          berkahwin .. Memang ini semua sudah tahu.. Tapi kita kena berjaga-jaga jugak, sebab
                          takut2 pensyarah kita tu terasa hati jikalau tersilap panggil .. Lagi2 kalau yg "Cik"
                          .. Ye la, perempuan kan hatinya lembut ~~ :)

3) PROFESOR/PROF. MADYA - Biasanya kita akan panggil "Prof" sahaja .. Tapi panggilan ini
                                                       khas kpd mereka2 yg banyak berjasa kpd sesuatu Universiti
                                                       sehinggakan mereka diberi pangkat ini..

4) DOKTOR - Panggilan ini adalah khas kpd mereka2 yg menamatkan pengajian pada peringkat
                        Ph.D ..

<Warning> : NO MORE "Cikgu2", Ok?? =)

Kenapa saya post benda2 ini? Sebab takut2 ada pensyarah yg terasa hati dengan panggilan kita.. Contohnya, kita panggil seseorang pensyarah itu "Encik" tetapi pangkatnya ialah Doktor.. Hmm.. Penat2 je dia belajar sehingga peringkat Ph.D .. Panggilan2 ni penting terutamanya kpd pensyarah perempuan .. Sebab beberapa minggu lepas, ada pensyarah yg tegur kami mengenai panggilan ini.. Jadi saya rasa agak penting laa pengetahuan am ni buat adik2 yg bakal ke Universiti tu nanti~~ InsyaAllah .. BERUSAHALAH sehingga BERJAYA ke menara gading !! Terutamanya kpd yg bakal menghadapi peperiksaan Trial SPM dan SPM sebenar~~ Now SMILE~~ =D

Tuesday, 6 August 2013

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Assalamualaikum..
  Alhamdulillah~~ Tahun ni bulan Ramadhan semakin hampir ke pengakhiran dan bulan Syawal akan tiba.. InsyaAllah.. Jadi, biasa laa bulan Syawal atau Hari Raya ni merupakan apa yg amat disukai oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seperti di negara kita sendiri iaitu Malaysia~~

>SeLamAT HaRi RayA AiDilFiTri< 

  Tapi beringatlah bahwa masih ramai Muslimin dan Muslimat di luar sana seperti di Palestin, Syria, dll yg masih sambut raya dalam ketakutan. Jika kita suka dengar bunyi mercun, di sana selalu dengar bunyi tembakan, bom dan seumpamanya. Jika kita di sini bersuka ria, di sana sedang mempertahankan maruah diri, keluarga, bangsa, negara dan yg paling penting AGAMA.

  Beringatlah wahai saudara2ku yg sedang berada di negara2 yg tidak bergolak, sentiasalah BERSEDERHANA dalam segala perkara, SEMPURNAKANLAH yg fardhu, TINGKATKANLAH yg sunat.. Kerana sukar utk kita membantu mereka2 di sana secara fizikal melainkan doa2 drpd kita semua.. sentiasalah berdoa agar mereka diberi kekuatan, dan kemenangan yg hakiki.. Kita hanya perlu MENADAH TANGAN, manakala mereka perlu MENGANGKAT SENJATA.. Tidak mengira usia dan jantina..

  Maka utk hari raya ini dan juga hari2 seterusnya, sentiasa berdoa kpd mereka, melaksanakan kewajipan dan meninggalkan larangan-Nya. Makan2 itu biarlah secara sederhana. Jangan melantak! Main mercun itu biarlah sedikit dan mercun yg tidak bebahaya. Jangan membazir secara berlebihan! Persiapan raya itu biarlah biasa2 sahaja. Dan selebihnya? Dermakanlah kpd mereka2 yg memerlukan (anak yatim, orng2 miskin, etc)

  Dan jangan lupa utk MEMAAFKAN semua orang yg pernah menyakiti hati kita, sama ada secara sengaja atau tidak. Kerana terdapat satu kisah di mana ada seorang hamba Allah yg menjadi ahli Syurga... Kenapa? Amalan sunatnya? Tidak~~ Jawapannya adalah kerana... Beliau MEMAAFKAN setiap orang yg telah melakukan kesalahan terhadap dirinya pada SETIAP MALAM... (Cerita ini pernah saya baca tetapi tidak ingat buku mana... Maaf jika saya tersilap.. Tegur2lah saya.. :') )Berlainan pula dengan kita.. yg penuh dendam dan rasa benci terhadap sesama sendiri.. maka, BUANGLAH sikap tersebut dan BERUBAHLAH utk kebaikan diri, bangsa, agama dan negara~~
Now have a BIG SMILE~~~ XD =D

Monday, 5 August 2013

Kehidupan Di Universiti #3

Assalamualaikum w.b.t,
  Huwaah~~ Alhamdulillah.. Sudah menjelang cuti raya.. Boleh laa rehat sikit.. Maklumlah, sibuk dan banyak kerja laa sekarang ni.. sebab tu jarang2 post kat blog nih.. Apa2pun Alhamdulillah Allah izinkan utk saya post hari ini... Jadi utk post ni, nak ceritakan mengenai kewajipan yg wajib dilakukan oleh setiap Muslim 5 kali sehari semalam... Apa dia? SOLAT FARDHU of course!! =D
 
  Utk post haritu, saya ceritakan pasal solat berjemaah. Tapi utk kali ini, saya nak ceritakan mengenai AURAT di dalam SOLAT.. Penting tu!! Sebab kat Universiti ni... nak kata semua solat berjemaah surau/masjid memang tak laa... Tapi yg bersolat berjemaah pun ada salah dan silapnya (biasa laa kita kan manusia?) ..

  Ni khas utk LELAKI MUSLIM .. Sebab ramai yg ketika bersolat terdedah AURATNYA..

Bila? >> Sewaktu SUJUD

Kenapa?? >> Kerana PAKAIAN terlalu KETAT & SINGKAT

Siapa?? >> LELAKI terutamanya REMAJA

Well, biasa laa remaja sememangnya nak nampak "gah" sentiasa.. Gah2 pun ingat.. Dalam Islam ada hukum hakamnya.. jangan sesuka hati main redah je~~ Takut2 TIDAK SAH solat kita.. ingatlah bahawa MENUTUP AURAT juga salah satu SYARAT WAJIB utk bersolat.. Jadi nak buat macam mana??

>> Pakai pakaian yg LONGGAR sedikit dan TIDAK SINGKAT
>> Kalau tidak mahu, Pakai KAIN PELIKAT.. Kan senang.. habis cerita.. The End~~ :3

Itu sahajalah teguran dan cerita mengenai kehidupan di universiti ini.. InsyaAllah nanti saya akan post lagi.. Now SMILE~~ =D