Saturday, 28 September 2013

Rupaku Ciptaan Tuhanku



Assalam~~ :3
  Alhamdulillah dapat juga saya post lagi utk bulan ini.. Jadi utk post saya kali ini ialah yg bertajuk :

“Rupaku Ciptaan Tuhanku”

  Sebab mengapa saya membesarkan tajuk ini ialah, boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti ada sahaja yg diantara kita yg mengutuk/mengejek rupa paras seseorang. Tidak kiralah kpd seseorang lelaki atau perempuan. Tapi yg ‘mengutuk’ lebihnya ialah seseorang lelaki terhadap seseorang perempuan. Bukanlah di depan, tapi kutuk di belakang. Sebab? Katanya perempuan tu tak cantik laa, tak comel laa, gemuk dan sebagainya. Well, satu sahaja yg saya ingin bertanya, “Umm.. Kau tu hensem sangat ke?” .. atau.. “Dah tengok cermin?” .. Bukan lelaki sahaja yg mengutuk, perempuan pun 2X5 je.  Cuma tidak seteruk lelaki laa.. 

  Ada seorang rakan saya ini (perempuan) sewaktu di sekolah dahulu, sering dikutuk lelaki lain. Kerana rupa parasnya yg bukan gred ‘A’ .. (Hmm.. yg lelaki pun.. bukannya ‘A’ pun~~) .. Dan dia agak sedih laa, kerana sering dikenakan oleh org sekeliling. Bukan lelaki sahaja, malah perempuan pun sama juga.. Tapi segelintir sahaja. Jadi saya agak rapat dgn budak perempuan ini, maka dia kadang kala ada juga sebut, “Ye, aku tahu yg aku ni tak lawa..” .. Hmm.. dengar dia cakap begitu, rasa sedih. Mengapa?

  Wahai lelaki dan perempuan sekalian, INGAT!! Rupa paras kita, DICIPTA oleh ALLAH S.W.T.. Maka sekiranya kamu mengutuk rupa paras seseorang, bukankah kamu juga telah MENGUTUK CIPTAAN ILLAHI yg sememangnya indah??? Sila JANGAN fikir yg rupa paras kita ini KEKAL, sebab semua akan bertambah TUA. Ingatlah pada KEMATIAN yg tidak tahu akan masanya! Kerana..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kelazatan (mati).”
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Dan kepada mereka2 yg sering dikutuk kerana rupa paras, BERSABARLAH kerana ..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.”
(Riwayat al-Bukhari)

(Rujukan : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 114, 60, 76)

And Neve ever forget to SMILE~~ =D

Monday, 23 September 2013

Pendirian Seorang Perempuan~

Assalam~~ :3
Alhamdulillah, dapat jugak update status kat blog ni setelah sekian lama 'menghilang'. Well, utk post kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang apa yg berlaku dlm satu kelas ni, ada laa seorang budak perempuan (saya panggil A) ni tepuk belakang seorang budak lelaki ni (saya panggil B).. lepas tu Si B ni pun cari laa siapa buat.. kebetulan sebelah dia ada seorang lagi budak perempuan (saya panggil C).. Lepas tu, si B pun tanya laa.. "Kau eh pukul aku?".. Haaa Si C ni pun jawab (dgn marah ok?) ."Mana ada!! HARAPAN laa aku NAK SENTUH/PUKUL BUDAK LELAKI." dgn muka dan nada marah.. hoho.. terus Si B tu terdiam~~ Dlm hati saya cakap : "Padan muka.. kan kena sebijik.." dan Si B tu jenis yg tak kisah kalau bersentuh-sentuhan dgn bukan mahram.. Lepas dengar dan lihat peristiwa tu, saya rasa bangga dgn Si C tu.. sebab walaupun dia jenis yg sosial jugak, tapi dia masih ada pendirian yg meletakkan peraturan agama sebagai no. 1 dalam.. Doa2 agar pendirian itu kekal, InsyaAllah..  Bukan utk dia sahaja, tetapi kita semua.. Jadi, kpd perempuan2 di luar sana (especially siswi).. Behave & Take Care of Yourselves~~ =)

Daripada Mas'us al-Badri r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sebahagian daripada apa yang manusia ketahui tentang bicara nabi yang terdahulu : 'Apabila engkau tidak merasai malu lakukan apa sahaja yang kamu mahukan.’ "
(Riwayat al-Bukhari)

Daripada Usamah bin Zaid r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Aku tidak meninggalkan selepasku suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Semoga ini membuka hati utk berubah ke arah yg lebih baik.. InsyaAllah~~ Now SMILE~~ =D

Wednesday, 4 September 2013

Kehidupan Di Universiti #6

Assalamualaikum w.b.t
  Alhamdulillah syukur kepadaNya kerana dapat memberi kita peluang menghirup udara di bumi ini dalam bulan yg baharu iaitu September.. Tetapi marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kpd mereka2 yg terkorban dlm memperjuangkan agama Allah S.W.T..

  Jadi utk post kali ini saya ingin bercerita tentang~~

> "Keberkatan Itu Penting!" <

  Seperti yg kita sedia maklum, di Universiti pastinya ada 'test','quiz','exam' dan sebagainya. Benda2 ni sama sahaja seperti di sekolah2. (Cuma tarikh dan waktunya berlainan bergantung pd pensyarah)  Jadi, apa yg saya ingin tekankan ialah. JANGAN SESEKALI MENIRU atau MENIPU dalam peperiksaan semata-mata utk mendapat keputusan cemerlang. Mengapa? Utk keberkatan hidup di dunia dan akhirat kerana takut2 kejayaan kita adalah kerana penipuan tersebut.

  Biarlah kita gagal sekali, kerana ia dapat membangunkan kita utk berjaya dalam sesuatu aspek yg kadang kala kita tidak tersangka. Impian kadang kala boleh jadi kenyataan, kadang kala sebaliknya. Apa yg penting adalah usaha kita utk mencapai sesuatu. 

  Seperti apa yg berlaku di dlm satu test baru2 ini utk course saya, ada beberapa rakan saya (yg duduk berdekatan) yg MENIRU jawapan. Bukannya apa, tapi takut nanti tak berkat hidup selama-lamanya. Lagi2 jikalau kita mendapat pekerjaan gara2 peniruan tersebut. Habis isteri dan anak2 kita, tak berkat hidup mereka. 

  Sememangya kita tidak dapat lihat apakah pentingnya kebekatan itu, kerana kita masih lagi belum lalui ke alam akhirat. Pabila kita di sana nanti, baharulah kita sedar dan menyesal atas perbuatan kita. Jadi sementara masih ada masa ini, marilah kita sama2 bertaubat kepadaNya. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun~~ Now SMILE~~ =D