Wednesday, 26 June 2013

Kehidupan Di Universiti #2

Assalam,
  Hey hai semua~~ =) Alhamdulillah.. dapat jugak update blog ni lagi.. Well, apa2pun ni merupakan lagi satu benda2 yg selalu berlaku di universiti2..
  Selalunya di kediaman2 mahasiswa/siswi pasti ada masjid/surau (dalam kawasan). Jadi nak cakap laa yg jumlah mahasiswa/siswi selalunya 1000++ tapi yg peliknya jumlah orang yg bersolat jemaah di surau sangat sedikit. Selalunya jikalau subuh, maksima hanya 1-2 barisan sahaja.. Itupun hari kelas (kalau hari cuti, tak payah cakap laa.. =P) Yang paling ramai pun utk solat Maghrib dan Isyak (paling banyak 5-6 baris) .. tapi Alhamdulillah ok laa drpd tiada.. And utk bacaan Yaasiin pula juga tidak ramai..
  Jadi di sini ingin saya nasihatkan bahawa sememangnya di universiti2 bebas utk tidak turun ke surau utk solat berjemaah TAPI ingatlah bahawa pahala utk solat berjemaah adalah 27 kali ganda berbanding solat seorang diri.. Sekarang ni memanglah kita sebagai remaja ingin berseronok tapi TIDAK bermakna umur kita panjang dan tidak perlu melakukan perkara2 sunat.. Masa2 sebeginilah kita sempurnakan yg wajib, tingkatkan yg sunat dan tinggalkan yg haram.. Kerana kita lebih bertenaga berbanding orang dewasa dan orang tua.. dan ramai di antara kita yg sempurna sifat fizikal (kepada yg tidak, maafkan saya tapi sentiasalah tabah hati dan menghadapi ujian Allah S.W.T dengan penuh kesabaran.. =') ) Dan kepada mahasiswa2/siswi di luar sana (atau yg bakal), ingatlah bahawa laksanakanlah perkara wajib, jangan ditinggalkan.. Sebelum saya akhiri post ini, ingin saya ceritakan astu peristiwa yg saya alami sewaktu solat jumaat 2 minggu lepas..
  Well, waktu tu kat sebelah kiri saya ialah seorang pakcik umur dlm 50/60++ . Anywy, pakcik ni ada penyakit laa rasanya.. sebab belakang dia tu macam 'hunchback' dan kaki kanan pula serong, waktu duduk pula tak boleh tegakkan badan, waktu solat pula nampak dia macam susah nak bangun.. TAPI walaupun macam tu.. tapi masih dia solat macam oarng biasa (tak duduk).. waktu solat sunat ,dia buat.. waktu khutbah, dia tak tidur.. waktu bca doa, dia cuba duduk tegak..Dan tidak pula saya mendengar dia mengeluh (cuma bunyi kesusahan utk berdiri) Jadi apa yg diperktakan di sini.. Bersyukurlah dgn tenaga dan kesempurnaan yg ada.. seboleh-bolehnya lakukanlah perkara2 sunat.. sempurnakanlah solat2 fardhu.. dan buatlah yg terbaik dan pelajarilah perkara2 baharu.. kerana di luar sana ramai yg ingin ksempurnaan fizikal seperti kita.. :') ok? Now SMILE~~ =)

No comments:

Post a Comment