Wednesday, 12 June 2013

Kehidupan Di Universiti #1

Assalamualaikum,
  Pertama sekali syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpah kurniaNya, dapat juga kita menghirup udara di bumi Allah ini.. Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat daripadaNya dan diberkati.. InsyaAllah~~ =) ..
 
  Jadi nak tanya ni, macam mana dengan kehidupan di Universiti2? Best? Orientasi macam mana? Hoho, saya punya banyak taklimat.. boleh tahan juga laa, mengantuknya.. =P Anyway, itu tidak penting.. Yang pentingnya ialah apa yg saya ingin nasihatkan kepada kamu semua... Tidak kiralah sama ada belum/sedang/sudah melanjutkan pelajaran di universiti ini..

  Yang pertamanya ialah apa yang kita ketahui bahawa kehidupan di universiti ini jauh lebih bebas jikalau ingin dibandingkan dengan di sekolah.. Jikalau di universiti yang saya lanjuti pelajaran ini, asrama lelaki dan asrama perempuan adalah di satu kawasan.. Dan dekat2.. Jadi, biasa laa remaja kan? Ramai laa yang ada "girlfriend/boyfriend".. Bermacam tempat ada golongan2 ini.. Well, kalau nak cegah.. Sememangnya 'harapan' laa.. Tapi tidak bermakna tidak perlu menegur langsung.. Jadi golongan2 ini, ada yg makan sama2, jalan sama2, dan seumpamanya.. Tapi yang sakit mata melihatnya ialah mereka2 yg 'berpegang-pegangan' tanpa ada rasa malu.. Pukul2 manja.. Alahai~~ manja ke??? Muntah ada laa.. Saya pun rasa nak pukul jugak.. Bagi penampo sebiji.. Pukulan kasih sayang.. =P ..

  Saya tahu bahawa kehidupan di universiti ini agak bebas.. Tetapi tidak bermakna yang kita ini bebas untuk melakukan apa2 sahaja.. Kepada yang sedang bercinta tu.. Jagalah batas2 pergaulan.. Janganlah sesekali kita membenarkan pasangan kita menyentuh kita.. melainkan dalam keadaan kecemasan.. Tidak perlulah 'dating' , bersms selalu, calling2, dan seumpamanya.. Ingatlah bahawa sekiranya tejadinya zina, maka rosaklah diri.. Jangan ambil mudah kerana ramai di luar sana (terutamanya perempuan) menyesal atas perbuatan keji tersebut.. Itupun SELEPAS berzina, mengandungkan anak luar nikah, melahirkan anak luar nikah, dan 'boyfriend' tidak mahu menanggungnya serta meninggalkan kita (perempuan) .. Jikalau kita menyesal SELEPAS itu, tidak berguna lagi kerana perkara sudah terjadi.. Jikalau ingin menyesal dan bertaubat, lakukanlah pada masa ini.. Kerana pintu taubat Allah S.W.T sentiasa terbuka kepada mereka2 yg amat2 menyesali salah laku..

Itu sahaja buat masa ni.. Nanti ada masa saya akan updater.. InsyaAllah ~~ =D

No comments:

Post a Comment