Friday, 10 October 2014

Adakah Engkau Mendoakan Saudara dan Sahabatmu Sesudah Untukmu? #Pengalamanku 1



Assalamualaikum w.b.t ,


Hey Hai! Pertama sekali, nak minta maaf sebab dah lama tak update blog ni.. Saya agak sibuk. Haha, al-maklumlah dengan Test, Assignment lagi. Kehidupan di universiti kan? Well, apa-apa pun InsyaAllah saya akan mula meng-update balik blog ni dari masa ke semasa~ =)


Pada bulan 5 haritu, saya telah pergi ke Padang, Indonesia utk program kemasyarakatan.. Cuma nak ceritakan, ada satu masa tu kitorng dibawa berjalan-jlan di Bukittinggi, dan ada satu waktu tu saya duduk di tangga kompleks membeli-belah sbb penat.. Dan ada datang seorang peminta sedekah ni datang kat saya, maka saya pun berilah apa yg saya mampu beri dan jumlahnya tidak banyak.. Cuma yg sentapkan saya ialah kata2 peminta sedekah itu,


"Terima kasih banyak2 ye? Smoga Allah mempermudahkan segala perjalanan (dia ulang 2/3 kali)"


Dan selepas tu, dia bacakan saya satu doa

(maaf tapi saya tak pasti apakah doanya.. mungkin doa org yg memberi prtolongan)


Lepas tu saya pun meng"amiin"kan doa tersebut.. Selepas dia pergi, secara jujurnya saya terus menangis sbb terfikir..

Berapa ramaikah yg mendoakan aku secara ikhlas pabila aku menghulurkan bantuan?
Dan yg lebih penting,
Berapa kalikah aku mendoakan mereka2 yg membantu ku? Tidak kiralah di depanku atau dibelakangku?


Maka di sini ingin saya nasihatkan agar setiap kali selepas solat atau selepas kita dibantu, doakanlah kpd mereka2 yg membantu kita agar dipermudahkan juga urusan dan perjalanan kerana..


"Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata: "Semoga untukmu juga."
(Hadis Riwayat Muslim)


Now SMILE~~

No comments:

Post a Comment